Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops July 9, 2019 @ 6:05pm

Anak anda nakal? Jangan risau, dia mungkin anak yang bijak

Pasti tahap stres anda makin bertambah apabila  saat pulang ke rumah setelah penat seharian di tempat kerja, rumah bersepah dan tidak keruan. Ditambah pula belum sempat meletakkan beg dan menyalin baju, si kecil sudah bertanya bermacam-macam soalan.

Tentunya sedikit sebanyak timbul rasa marah bukan? Jangan begitu ya ibu bapa kerana anak-anak yang suka menyepahkan rumah serta banyak bertanya memperlihatkan ciri-ciri anak yang bijak.

Tingkah laku menyepah menunjukkan anak anda seorang yang kreatif ketika bermain. Adakalanya mereka menggunakan barangan rumah seperti bakul, tudung saji dan sebagainya untuk dijadikan alat permainan mereka. Ini menunjukkan otak mereka kreatif serta berfikir di luar kotak. Mereka juga kreatif mengguna dan mencipta sesuatu di luar imaginasi kita.

Bagi anak yang suka bertanya banyak soalan pula, itu tandanya otak mereka sedang ligat berfikir. Umur dua hingga enam tahun merupakan fasa di mana mereka sedang belajar banyak perkara, justeru jawablah soalan mereka dengan teruja dan tanpa jemu.

Berikut ialah ciri-ciri lain yang menunjukkan anak anda seorang yang bijak.

1. Bercakap pelat.

2. Gemar conteng dinding rumah.

anak bijak

Foto: Happy You, Happy Family

3. Suka berlari dan melompat.

4. Tidak boleh duduk diam (aktif).

5. Suka bercakap sendiri.

6. Suka main lawan-lawan.

Foto: News.com.au

Walaupun mereka kelihatan ‘nakal’ dan sukar dikawal, namun ia adalah tingkah laku normal terhadap anak-anak yang cerdik. Mereka ialah anak yang aktif serta ceria dan ia adalah salah satu proses yang menunjukkan otak mereka sedang berkembang. Justeru, jangan larang minat serta kreativitinya dan beri mereka peluang untuk terokai benda baru.

Sumber: Pa & Ma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Wed, 13 May 2020
Featured Wed, 20 Mar 2024

Jalani Pembedahan, Gelagat Harris Annuar Bikin Berdekah -“Medina Dah Form 1, Siapa Ambik Report Card Dia?”

Mak aih, kelakar lah! 🤣🤣🤣 tak oernha tak lawak tau laki bini ni.

Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Wed, 8 Dec 2021
familuv Fri, 7 Sep 2018

Penyusuan Badan Membekalkan Nutrisi Terbaik Untuk Bayi Tapi…

Demi kebaikan si kecil, para ibu yang mengidap HIV tidak dibenarkan sama sekali menyusukan bayi mereka.

Featured Tue, 10 Sep 2019

Rawatan pergigian yang cepat dan tidak menyakitkan

Air polishing, spa gigi yang cepat dan selesa!

Featured Tue, 16 Dec 2025
Featured Fri, 27 Jan 2023
error: Content is protected !!