Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie July 11, 2019 @ 1:07pm

Cari idea untuk snek sihat dan comel? Cuba Onigiri Totoro versi ‘Raw Vegan’ ini!

Oleh Dina Mardhiana Nasaruddin Abramy

Anda pasti pernah terdengar mengenai tabiat pemakanan secara ‘vegan’ bukan? Veganisme secara umumnya merujuk kepada amalan pemakanan yang tidak menggunakan sebarang produk yang berasaskan haiwan.

Selain daging, pengamal vegan juga tidak mengambil hidangan yang mengandungi susu, telur, madu dan sebarang makanan berasaskan haiwan. 

Pengamal raw vegan mengenepikan semua jenis makanan atau produk yang ada atau terhasil daripada haiwan, makanan yang diproses atau diubah daripada keadaan semula jadinya dan makanan yang dimasak pada suhu yang tinggi. Raw veganisme ini masih kurang diketahui umum kerana tidak ramai yang mengamalkannya.

Raw Cef Yin ketika mengadakan demonsrasi membuat onigiri totoro. Foto: Subashini Raj.

Banyak faedahnya jika anda mengamalkan diet secara raw vegan ini.  Raw Chef Yin berkongsi kebaikan terhadap amalan pemakanan raw vegan ini iaitu ia mengekalkan nilai nutrisi makanan secara maksimum, meningkatkan tahap tenaga dan paling penting, boleh menjadikan anda tampak awet muda! 

Raw Chef Yin berkongsi satu resepi snek sihat dan comel iaitu Onigiri Totoro versi raw vegan. Apa yang membuatkan onigiri ini lain daripada yang lain ialah bahan yang digunakan untuk membuatnya bukanlah nasi! Mari kita lihat resepinya:

Foto: Instagram Raw Cef Yin.

Bahan:

Untuk Badan Totoro (Putih)

2 cawan sengkuang, dikupas dan dipotong kiub.

2 sudu makan serbuk bijan hitam.

2 sudu makan mentega kacang gajus (kacang gajus direndam semalaman dan dikisar sehingga berkrim).

 ¼ sudu teh garam organik Himalaya.

Untuk Badan Totoro (Biru)

½ sudu makan pati bunga telang (rendam bunga telang dengan beberapa sudu air, biarkan semalaman).

Untuk Mata Totoro – Guna kepingan hirisan sengkuang dan rumpai laut ‘nori’.

Untuk Misai Totoro – Gunakan Spaghetti.

Cara penyediaan:

1. Kisar sengkuang sehingga hancur,  tapis dan perah sengkuang tersebut. Keluarkan sengkuang yang diperah dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan ketepikan.

2. Sediakan mata Totoro dengan cara membuat bentuk bulat pada kepingan hirisan sengkuang.

3. Gunakan seaweed puncher untuk membuat bentuk mata dan hidung Totoro. Letakkan nori yang telah dibentuk ke atas potongan sengkuang yang diterap bulat tadi dan gunakan pencungkil gigi untuk membuat mata Totoro.

4. Tambahkan mentega kacang gajus ke dalam adunan sengkuang dan kacau sehingga sebati dan agak melekit. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

5. Masukkan serbuk bijan hitam ke dalam satu adunan dan kacau sebati. Ini akan digunakan untuk membuat badan Totoro. Ambil sedikit adunan sengkuang ini, bentukkan menjadi bulat dan leper menggunakan cling wrap.

6. Ambil sedikit adunan sengkuang yang berwarna putih dan betukkan bulat untuk perut Totoro, juga menggunakan cling wrap. Tekan sedikit di atas badan Totoro.

7. Untuk telinga Totoro, ambil adunan sengkuang dengan bijan hitam dan bentukkan segi tiga kecil. 

8. Lekatkan mata Totoro yang telah disediakan tadi. Cucuk batang spaghetti yang telah dipotong dalam saiz kecil untuk dijadikan misai Totoro.

Untuk Totoro berwarna biru, langkah-langkahnya sama seperti di atas, tetapi Totoro biru tidak mempunyai misai.

Totoro Onigiri sedia untuk dihidangkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 13 Sep 2018
Eat Travel Tue, 11 Dec 2018

Resipi Mudah Nak Buat Tamagoyaki

Manfaatkan cuti sekolah dengan membuat hidangan istimewa tamagoyaki untuk seisi keluarga.

Eat Travel Fri, 15 May 2020

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Destinasi wajib dikunjungi selepas tamat PKP!

Eat Travel Thu, 18 Oct 2018
Eat Travel Sat, 11 Apr 2020
Eat Travel Tue, 8 Jan 2019

Ramalan waktu bunga sakura mengembang di Jepun untuk 2019

Ketahui bila dan di mana anda patut pergi untuk menikmati pemandangan indah.

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Thu, 6 Sep 2018

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

Eat Travel Wed, 31 Jul 2019

Inginkan hidangan ayam unik? Cuba resipi ayam nanas ‘sweet sour’ ini

Paling sedap jika dimakan dengan nasi putih panas.

Eat Travel Sat, 2 Jun 2018

Raikan Hari Raya Anda Dengan Hidangan Kuih Conflakes Madu Yang Rangup Ini

Tak lengkap hari raya, kalau tak ada kuih Cornflakes Madu ini.

error: Content is protected !!