Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar April 11, 2020 @ 11:00am

Resipi ayam goreng kunyit dimasak garing

Meskipun ayam goreng kunyit dianggap masakan bajet untuk orang bujang, juadah yang enak ini juga digemari kebanyakan keluarga.

Rasanya enak dan paling penting juadah ini mempunyai khasiat lengkap jika dinikmati dengan nasi panas untuk makan tengah hari. Misalnya, nasi akan membekalkan karbohidrat, manakala ayam goreng memberikan sumber protein dan sayur pula menyediakan serat.

Berikutan populariti hidangan yang mudah ini, ada pengusaha kenderaan makanan atau lebih popular dipanggil food truck yang menjadikan perniagaan ayam goreng kunyit sebagai francais.

Ramai menganggap juadah ini mudah dimasak, tetapi selepas cuba beberapa kali, ayam goreng kunyit yang dimasak sendiri tidak serangup yang dimasak di kedai.

Sebenarnya, ada petua untuk menjadikan ayam goreng kunyit lebih rangup. Akaun Instagram @resepiibu.my berkongsi rahsia untuk menghasilkan ayam goreng kunyit yang rangup dan menyelerakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

nak lagi resepi, boleh follow @dapuribu.my AYAM GORENG KUNYIT Bahan-bahan: 1-ISI AYAM POTONG KECIL2 2-6SD BSAR TEPUNG JAGUNG 3- 2SD BSAR TEPUNG GANDUM 4-KACANG PANJANG ” CARROT”& BAWANG BESAR” PTONG IKUT CTRASA MSING2 5-REMPAH KARI 1/2SD 6-SERBUK KUNYIT 2SD KECIL 7-TELUR 1BJI 8-GARAM & SERBUK PERASA @ KNOR AYAM Cara-cara: GAUL SEMUA BAHAN D ATAS TADI PERAP SEKEJAP” PANASKAN MINYAK…. DENGAN KUANTITI MINYAK YANG BANYAK YEE.. DAH BETOL2 MINYAK PANAS.. .MASUKAN BAHAN2 PERAPAN TADI.. GORENG SAMPAI MASAK.. .& BOLEH D HIDANGKAN. Kredit: Ariel AL Juffry #malaysianfoodie #resepimudah #malaysia #foodpanda #masakan #masak #dapur #makan #makanan #foodpornmalaysia #ketukketukramadhan #sukamakan #sukamasak #masakankampung #kakimakan #makanmakan #makan2 #makanapa #masakapahariini #masaksendiri #lapar #sedapsangat #vitdaily #sedap #sedapgiler #malaysiafood #makanmakanmakan Berminat viralkan perniagaan anda? Sila Whatsapp ke 0175403454

A post shared by Resepi IBU (@resepiibu.my) on

Resipi ayam goreng kunyit

Ramuan untuk Ayam Goreng Kunyit. (Gambar NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN)

Bahan-bahan untuk ayam:

Isi ayam, dipotong kecil
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
½ sudu rempah kari
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur telur
Garam secukup rasa & serbuk perasa kiub ayam Knorr

Bahan-bahan untuk sayur:

Kacang panjang, dipotong panjang (1 inci)

Lobak merah, dipotong panjang (1 inci)

Bawang besar, dihiris  

Cara penyediaan:

Ayam dipotong kiub dan digoreng dalam minyak penuh. (Gambar NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN)

1. Gaul semua bahan untuk ayam dalam mangkuk. Campurkan ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan.

2. Biarkan ramuan ayam tadi diperap sekejap.

3. Panaskan minyak (pastinya minyak betul-betul panas) dan masukkan bahan perapan tadi.

4. Apabila ayam sudah garing, masukkan bawang diikuti kacang panjang dan lobak merah.

5. Biarkan seketika sebelum dihidangkan. Ada juga yang meletakkan kicap di atas nasi panas dan sambal belacan berlaukkan ayam goreng kunyit.

Kredit; @resepiibu.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Fri, 12 Feb 2021
Featured Fri, 4 Oct 2024
Featured Thu, 13 Mar 2025

Rugi Setengah Juta, Noraniza Idris Keluar Duit Sendiri Bayar Gaji Pekerja – “Saya Kumpul Wang Persembahan & Simpanan Anak-Anak”

Noraniza berharap agar pihak terlibat memberikan kerjasama yang baik dalam masalah ini.

Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

Featured Thu, 19 May 2022

“Dia Pernah Susah & Faham.. Rahsia Rezeki Keluarga Tak Pernah Putus” – Hulur Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan, Johan Dipuji Netizen

Johan & Isteri sememangnya pasangan selebriti yang bagus kan.. Mungkin ini rahsia kejayaan Johan

Featured Wed, 6 May 2020

Petua elak kaki udang bertukar hitam apabila dimasak

Bila udang bersih, nak buat tomyam pun sedap

Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

error: Content is protected !!