Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom July 11, 2019 @ 4:00pm

Tampil bergaya dengan linen premium dan kapas organik sempena Aidiladha

Busana yang diperbuat daripada fabrik linen sering dikaitkan dengan tokoh dan personaliti yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. 

Ini berikutan harga semeter linen premium sekitar RM40 hingga RM100 berbanding fabrik lain yang harganya jauh lebih murah.

Tetapi, bak kata pepatah Melayu, alah membeli, menang memakai, itulah yang dapat diungkapkan dengan pemilihan fabrik ini dalam penampilan dan gaya seseorang.

Selain gedung fabrik sedia ada, mungkin ada yang pernah mendengar mengenai jenama kelengkapan isi rumah, Spotlight. 

Spotlight merupakan gedung sehenti bagi pelbagai kelengkapan peralatan rumah, fabrik dan bahan kraf tangan terkemuka yang berasal dari Australia. Jenama ini menyediakan banyak pilihan fabrik linen premium dan kapas organik yang didatangkan dalam pelbagai corak yang sangat kontemporari.

Kebaya moden dan kurung kontemporari daripada fabrik kapas organik 

Bagi golongan wanita pula, pemilihan fabrik yang sesuai menjadi sedikit kompleks. Ini berikutan golongan wanita mempunyai aneka pilihan fabrik dan jenis pakaian serta potongan yang dihasilkan begitu luas pilihannya. 

Bermula daripada palazzo, skirt, kebaya, baju kurung, gaun hinggalah ke jubah atau abaya, sewajarnya setiap wanita perlu lebih berhati-hati membuat pilihan fabrik yang tepat bagi menghasilkan sepasang baju bagi pelbagai tujuan gaya. 

Menyedari hakikat itu, Spotlight kali ini melontarkan idea dengan menonjolkan baju kebaya moden yang diberi sentuhan tradisional dan baju kurung kontemporari dengan corak yang menangkap pandangan mata.

Bagi yang gemar bereksperimen dengan gaya, baju kurung kontemporari dengan corak pensel warna dan sisik ikan memberi satu kenyataan gaya (fashion statement) kepada si pemakai. 

Dipadankan dengan kain warna kontra terang (hijau dan biru), gaya bersahaja dan feminin diterjemahkan dengan begitu bersahaja. 

Bagi mereka yang kurang gemar menonjol dalam majlis tertentu, mereka boleh memilih hadir memakai kebaya dengan warna tema putih dan hitam. 

Meskipun dua warna ini dikategorikan sebagai minimalist, namun percikan cita rasa si gadis tetap kelihatan kerana corak fabrik daripada kapas organik tetap menyerlahkan identiti si pemakai.

Kurta dan baju Melayu linen premium

Bagi golongan adam, baju kurta daripada linen premium merupakan satu pilihan yang amat tepat. Selain memberi sedikit kelainan kepada penampilan harian, baju potongan kurta amat fleksibel bagi pelbagai majlis keraian dan acara.

Kali ini, Spotlight menampilkan kurta daripada warna kelabu dengan dua jenis potongan iaitu kurta berkancing butang pada lengan dan kurta potongan tirus (lengan). Kedua-duanya dapat menonjolkan sisi maskulin yang bersahaja kepada si pemakai.

Begitu juga baju Melayu daripada fabrik linen premium ini. Ditampilkan menerusi variasi tiga rona, iaitu merah jambu belacan, kuning mustard dan hijau lumut kering (dried green Mossy). Bagi menonjolkan keberadaan ketiga-tiga warna ini dalam persalinan baju Melayu, pemilihan samping yang tepat wajar dititikberatkan. 

Padanan warna dan corak samping baju Melayu, pasti dapat menonjolkan cetusan cita rasa sang jejaka apabila datang berkunjung ke rumah saudara mara menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi.

Spotlight juga mempunyai seleksi linen premium dengan corak flora dan fauna. Boleh dikatakan, corak ini menjadi pilihan pereka antarabangsa berkongsi karya mereka di pentas peragaan, lihat sahaja koleksi Dolce & Gabbana (D&G), Zara dan H&M yang ternyata meriah dengan tema berkenaan. 

Untuk mendapatkan koleksi daripada Spotlight, anda boleh mengunjungi dua cawangan jenama itu di Malaysia iaitu di Mytown (Cheras) dan IPC (Petaling Jaya). Maklumat lanjut mengenainya, layari www.spotlightstores.com

Foto: Instagram @monoridz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 5 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Inilah Tip Paling Berkesan Untuk Menanggalkan Makeup, Menurut Pakar Kecantikan Patrick Starr

Genius! Anda mesti tak pernah terfikir nak gunakan cara ini.

Featured Thu, 19 Mar 2020

Tudung labuh kekal popular dalam kalangan wanita hari ini

JimmyScarves hasil rekaan lebih kontemporari

Featured Fri, 8 May 2020

Seri jadi isteri, Zahirah MacWilson wajah Lebaran Innai Red

Lawa-lawa koleksi Lebaran Innai Red tahun ini

Featured Thu, 12 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Strawberi Mampu Buatkan Anda Cantik Dan Sihat!

Strawberi bukan sahaja sedap malah bermanfaat untuk kecantikan anda!

Oh Lawa Fri, 31 May 2019
Oh Lawa Thu, 6 Sep 2018

Sama Ada On Frame Atau Off Frame, Si Cantik Jennie Kim Memang Gila Melaram!

Di sebalik raut wajahnya yang comel, personal style Jennie dan pilihan fesyennya menjurus kepada gaya BOLD.

Oh Lawa Fri, 2 Nov 2018

Inilah Jenis & Bentuk Aksesori Yang Tengah Popular Sekarang

Wanita-wanita moden kini ramai yang memakai barang kemas jenis ini.

Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

error: Content is protected !!