Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 11, 2019 @ 11:59pm

Wajah ‘sejuk’ tapi jodoh selebriti ini tak panjang

Sering kali kita dengar jika seseorang yang memiliki mirip wajah atau seiras dengan kita, orang itu adalah jodoh kita.

Ada juga yang berkata, pasangan ‘muka jodoh’ ini biasanya serasi dan rumah tangga mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat, namun sejauh mana kebenaran kata-kata ini?

Pada pandangan anda, adakah kenyataan ini masih boleh diguna pakai?

Sekadar mengambil contoh, berita penceraian di antara pelakon dan usahawan, Fizo Omar dengan isterinya, Mawar Karim yang juga anak kepada pengasas Tudung Fareeda pada Rabu (10 Julai 2019) di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, mengejutkan ramai pihak.

Selama ini, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2013 itu disangka bahagia, apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata, Wan Maryam (kini berusia dua tahun) sebagai penyeri hidup mereka selepas sekian lama menantikan detik bergelar ibu bapa.

Fizo dan Mawar sebelum ini sering dilihat sebagai pasangan match made in heaven kerana raut wajah mereka yang seiras dan kelihatan cukup sepadan. Bagaimanapun Allah SWT adalah sehebat-hebat Pencipta dan pasangan ini terpaksa akur dengan qada dan qadar-Nya.

Bercakap mengenai topik isu ‘muka jodoh’ tetapi tidak bahagia, Hijab & Heels turut menyenaraikan nama pasangan selebriti tempatan dan luar negara yang mirip pasangan, namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian!

#1. Aliff Aziz dan Bella Astillah

Foto: OhBulan

Kerap kali berlaku curang menjadi punca penceraian pasangan ini. Bella yang sudah sering kali berdepan dengan siri kecurangan Aliff akhirnya mengambil keputusan paling tepat untuk meninggalkan penyanyi popular dengan lagu Sayang Sayang itu.

Mereka bercerai pada 16 Mei lalu, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.

#2. Datuk Eizlan Yusof dan Vie Shantie

Foto: Suria FM

Eizlan berkahwin dengan Vie Santie, 33, pada Julai 2007 dan mereka dikurniakan tiga anak, Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6. Bagaimanapun pasangan ini bercerai pada 28 September 2014 selepas tujuh tahun hidup bersama.

#3. Maya Karin dan Muhammad Ali Abdullah

Foto: pinterest.com

Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Maya Karin akhirnya bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah pada 16 Julai 2010. Maya dan Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago.

#4. Brat Pitt dan Angelina Jolie

Foto: soulofatlas.com

Jolie dan Pitt, antara pasangan paling masyhur di Hollywood berpisah pada September 2016 selepas lebih 10 tahun menjalinkan percintaan dan dua tahun sebagai suami isteri.

Bintang filem ‘Moneyball’, Pitt, 54 dan heroin ‘Maleficent’, Jolie, 43 mula menjalinkan hubungan pada akhir 2005 sebelum memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2014.

Khabarnya ramai peminat Brangelina ini amat terkesan dengan perpisahan mereka, malah sehingga kini ada yang mengharapkan untuk mereka kembali bersama!

#5. Ryan Phillippe dan Reese Witherspoon

Foto: glam.my

Hubungan mereka berputik ketika Phillippe menghadiri acara sambutan hari lahir Witherspoon yang ke-21 pada tahun 1997. Mereka meneruskan hubungan mereka secara profesional sebelum berkahwin pada tahun 1999 dan pada waktu itu juga Witherspoon sudah pun hamil dengan anak sulung mereka, Ava Phillippe.

Selepas tujuh tahun berusaha mempertahankan rumah tangga, Reese akhirnya memfailkan perceraian pada tahun 2006 sebelum pembatalan perkahwinan secara rasmi berlaku pada 2007.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Hidangan Bajet Di Kelate Kitchen, Sedap ‘Boh’!

Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan unik dan sedap yang boleh kita cuba. Setiap negeri mesti ada makanan yang popular yang perlu korang test! Salah satunya adalah di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Bagi mereka yang berasal dari negeri Kelantan pastinya sudah biasa dengan aneka makanan tradisional mereka, tetapi bagi korang yang bukan anak jati Kelantan ni mesti kena rasa tau!

Gaya Hidup Fri, 27 Jul 2018
Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Gaya Hidup Sun, 17 May 2020
Gaya Hidup Wed, 4 Dec 2019

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP bantu kanak-kanak Orang Asli

Sumbang 30 sen daripada setiap pembelian

Gaya Hidup Tue, 15 Jan 2019
Featured Sat, 23 May 2020
Featured Mon, 8 Jul 2019

Kolam renang infiniti 360 darjah, projek gila terbaharu Kota London!

Laluan akses ke kolam ini menggunakan pintu seperti kapal selam, wow!

Featured Sun, 5 Apr 2020

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Untungnya Agong miliki isteri yang serba boleh

error: Content is protected !!