Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom July 16, 2019 @ 12:00pm

Tidak tenteram, pembeli rumah The Conjuring alami kejadian dalam filem!

Pasti ramai di antara kalian yang pernah menonton filem seram The Conjuring, yang mana sebahagian besar babak seram dan kejadian aneh berlaku di dalam rumah agam terletak di kawasan ladang, Rhode Island, Amerika Syarikat.

Menerusi paparan visual di dalam filem saja sudah cukup membuatkan bulu roma berdiri, bayangkan kalau anda diberikan peluang menginap semalaman secara percuma dengan layanan mewah di rumah agam itu yang menjadi set filem berkenaan. Berani atau tidak?

Sekalipun mungkin dalam kehidupan realiti rumah itu tidak berhantu, setidak-tidaknya anda akan terbayang babak wanita menggantungkan dirinya di sebatang pokok besar terletak di laman rumah. Bahkan keadaan pokok berkenaan menyerupai bentuk kepala wanita memakai tiara.

Foto: the conjuring 2013

Begitupun, lain pula ceritanya dengan pasangan suami isteri dari Mexico ini, sudahlah cukup berani membeli rumah berkenaan, malah hampir saban hari berlaku kejadian aneh, tetap juga kental mendiami rumah itu.

Pasangan Cory dan Jennifer Heinzen yang merupakan penyelidik paranormal sejak 10 tahun lalu masih enggan meninggalkan rumah itu yang dibeli mereka pada Jun lalu.

“Kami membeli rumah ladang ini meskipun tahu ia memiliki sejarah yang gila. Persekitarannya nyata mempesonakan dan amat tenang, malah siap dengan sungai di bahagian belakang rumah serta sebuah kolam.

“Kami terus jatuh cinta dengan rumah ini. Selain itu, sejarah keluarga Warrens menguatkan lagi minat kami untuk memiliki kediaman ini,” katanya kepada Sun Journal.

Foto: House Beautiful

The Conjuring merupakan sebuah filem seram yang ditayangkan pada tahun 2013. Filem itu dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson, yang membawa watak ED dan Lorraine Warren, berdasarkan kisah benar pasangan suami isteri itu.

Filem berkenaan mengisahkan tentang penyiasatan paranormal untuk membantu keluarga Perron (lakonan Ron Livingston dan Lili Taylor) yang mengalami peristiwa mistik di rumah mereka di Harrisville, Rhode Island pada tahun 1971.

Hampir dua bulan menetap di rumah itu, Cory mengakui berdepan dengan gangguan misteri dan keadaan mulai seram.

Tambahnya, mereka pernah terdengar bunyi suara-suara pelik, hentakan kaki dan ketukan di sekitar rumah selain daun pintu terbuka dan tertutup dengan sendirinya.

Foto: joblo.com

“Agak sukar untuk tinggal di rumah itu. Ia kedengaran sangat ‘sibuk.’ Kali pertama bermalam seorang diri di situ agak menyeramkan.

“Bohong kalau saya katakan saya tidak gementar, tetapi itulah tujuan utama saya,” tambah Cory.

Sementara itu, Jennifer tetap optimis mengenai projek mereka untuk membuka rumah terbabit kepada penggemar paranormal.

“Amat menakutkan sebenarnya tinggal di rumah ini kerana banyak perkara yang berlaku, namun ia tetap selesa bagi kami.

“Kami merancang untuk melestarikan sejarah rumah ini sebelum membukanya kepada pengunjung dan penyelidik paranormal hujung tahun ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Tak Takut Orang Ambil Kesempatan, Cik B Pilih Ikhlas Dalam Persahabatan – “Kalau Dihargai Syukur…”

Menurut Cik B, dia tidak pernah berasa takut dipergunakan kerana percaya setiap hubungan yang dibina harus berlandaskan keikhlasan.

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Sabri Yunus Kembali Dengan Karakter ‘Lembut’ Dalam Filem Libang Libu – “Saya Sanggup ‘Bayar’ Untuk Watak Ini”

Kelakar sungguh aksi Sabri Yunus bawa karakter lelaki warga emas berperwatakan lembut dalam filem Libang Libu, memang mencuit hati!

Trending Thu, 17 May 2018

Budak Lelaki Ini Tidur Di Atas Tingkap

‘Rimas’ Dimarah Bapa Kerana Malas, Budak Lelaki Ini Ambil Keputusan Untuk Tidur Di Atas Tingkap

Trending Thu, 12 Nov 2020
error: Content is protected !!