Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 21, 2026 @ 6:56pm

Sabri Yunus Kembali Dengan Karakter ‘Lembut’ Dalam Filem Libang Libu – “Saya Sanggup ‘Bayar’ Untuk Watak Ini”

Pelakon dan pengarah prolifik, Sabri Yunus kembali mencuri perhatian menerusi penampilannya sebagai lelaki warga emas berperwatakan lembut bernama Pok Yie dalam filem Libang Libu arahan Bobby Husaini.

Menurut Sabri, penglibatannya dalam naskhah tersebut bukan dirancang dari awal, sebaliknya bermula daripada perkembangan satu watak yang sudah lama dicipta oleh pengarah berkenaan.

“Watak itu sebenarnya sudah lama wujud, cuma ketika itu belum ada kepastian bila filem akan dibuat. Bila Bobby hasilkan iklan raya, dia gunakan watak itu terlebih dahulu dalam iklan tersebut,” katanya.

Tambahnya, apabila projek filem akhirnya direalisasikan, watak tersebut dikembalikan kepada perancangan asal sekali gus membuka peluang untuknya terlibat secara lebih menyeluruh.

“Bila filem ini jadi kenyataan, dia kembali kepada idea asal. Dari situ saya dipanggil untuk jayakan watak tersebut,” jelasnya.

Dalam masa sama, Sabri mengakui terlalu tertarik dengan karakter itu sehingga secara berseloroh menyatakan dirinya seolah-olah ‘melabur’ untuk mendapatkan peranan tersebut.

“Bukan saya dibayar untuk watak ini, tapi macam saya pula yang ‘bayar’ sebab saya memang nak sangat watak ini. Ia ada kekuatan tersendiri yang buat saya tertarik,” ujarnya.

Pelakon sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini turut berkongsi dia pernah membawakan watak seumpama itu sebelum ini, namun hanya secara kecil menerusi sebuah telefilem.

“Pernah juga saya buat watak lebih kurang sama, tapi tidak besar dalam naskhah Kampung Semarah Padi. Dalam telefilem itu sahaja. Alhamdulillah, dari situ saya dapat anugerah pertama dalam kategori komedi di Anugerah Lawak Warna 2013,” katanya.

@xtra_my Manisnya Ozlynn & Nabila Huda, cantik sangat! Ozlynn & Abil hadir di majlis tayangan perdana filem Libang Libu arahan Bobby Husaini. Filem ini menampilkan lakonan Beto Kusyairy & Amerul Affendi sebagai teraju utama ini bakal ditayangkan bermula 23 April 2026. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – Libang Libu Film

Jelasnya, peluang membawakan watak serupa dalam skala lebih besar menerusi Libang Libu memberi kepuasan berbeza sebagai seorang pelakon.

“Bila dapat buat watak ini dengan lebih mendalam, memang rasa lebih puas. Kalau penonton terhibur, saya yang lakonkan ini lagi seronok,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bobby Husaini Pertaruh Debut Filem Pertama, Amerul Affendi & Beto Kusyairy Terajui Libang Libu

Menurut Sabri, antara kunci utama untuk menjayakan watak komedi adalah keikhlasan pelakon itu sendiri dalam menikmati setiap babak yang dibawakan.

“Kalau kita nak hiburkan orang, kita sendiri kena rasa seronok dulu. Bila kita enjoy, penonton pun akan dapat rasa perkara yang sama,” katanya.

@xtra_my Wah, ramainya pelakon, lebih 20 bintang tuu! Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Ozlynn, Nabila Huda, Datuk Razak Ahmad, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khatijah Tan, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan, Kodi Rasheed, Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Azhan Rani, Sara Ali, John Bear, Wan Chai, Joyce Harn, Alvin Wong, Bront Palarae, Khir Rahman, Niezam Zaidi, Fadhli Masoot, Haidar Hasanudin, Han Zalini, Kween Keela, Datuk Yusof Haslam, Rahamat Akmal, Nadiya Nisaa & ramai lagi. Barisan aktor & aktres ini menjayakan filem Libang Libu arahan Bobby Husaini yang bakal muncul di pawagam tidak lama lagi. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Diterbitkan oleh Tangerine Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Bobby Husaini, Libang Libu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 April ini.

Naskhah ini membawa penonton menyelami kisah sebuah produksi filem bukan Melayu yang menjalankan penggambaran di sebuah kampung Melayu di Perak. Pertembungan budaya, agama dan gaya hidup menjadi nadi utama penceritaan, disulami dengan elemen komedi dan drama yang dekat dengan realiti masyarakat Malaysia.

Menampilkan barisan pelakon mantap seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Zahiril Adzim, Ozlynn Wati, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman, Azhan Rani dan ramai lagi, filem ini turut diserikan dengan penampilan khas Datuk Yusof Haslam, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Hiburan Thu, 18 Aug 2022
Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Tue, 3 Jan 2023
Trending Wed, 9 May 2018

Grab Bakal Sorok Destinasi Penumpang Dari Driver

Grab Philippines dah mengalaminya , harap di Malaysia tidak akan berlaku sebegini

Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah […]

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

John Legend and Red Velvet’s Wendy Collaborate in New Song

They’re pushing out a new song together!

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

Patimah Ismail Titip Pesanan Buat Netizen, Mohon Jangan Ganggu Kebahagiaan Fazura & Que Haidar

Datin Patimah turut meninggalkan komen yang mengundang perhatian ramai apabila meminta orang ramai supaya tidak mengganggu kebahagiaan ‘pasangan’ berkenaan.

error: Content is protected !!