Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 11, 2024 @ 4:31pm

Kenyataan Remy Ishak Gelar Sophia Albarakbah Manja & ‘Lelaki Kurang Iman Pasti Tergugat’… Ini Respons Empunya Badan

Bergandingan bersama dalam drama rantaian TonTon berjudul, Marina, pelakon popular, Datuk Remy Ishak mencuri perhatian selepas melabel aktres jelita, Sophia Albarakbah sebagai seorang yang manja.

Malah, Remy sempat berseloroh dan menyifatkan sikap manja Sophia itu ‘berbahaya’ bagi golongan lelaki yang kurang imannya.

“Dia manja, bahaya kalau lelaki kurang iman, tergugat. Saya Alhamdulillah, masih lagi berpegang jalan yang lurus,” selorohnya.

Remy berkata demikian menerusi video temu bual XTRA Eksklusif bagi mempromosikan naskhah terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:Bergandingan Dalam Marina, Remy Ishak Setuju Sophia Albarakbah Mempunyai Karakter ‘Manja’ – “Bahaya Kalau Lelaki…”

ARTIKEL BERKAITAN:Sophia Albarakbah Gementar Bergandingan Dengan Remy Ishak – “Dia Nampak Sangat Tegas!”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 4 Tahun, Datuk Remy Ishak Buat Comeback Di Media Prima… Kini Berganding Dengan Sophia Albarakbah Dalam Marina, Eksklusif di Tonton!

Menyifatkan kenyataan itu sebagai gurauan, Sophia, 31, bagaimanapun menganggap ia adalah perkara normal selain percaya bahawa setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.

Tambahnya, pendapat yang diberikan Remy itu juga tidak akan menjejaskan dirinya.

“Bagi saya it’s a gurauan kot. Sebab saya memang macam tu… Jadi bagi saya it is normal thing. Biasa sahaja.

“Apa pendapat orang pasal saya, itu adalah pendapat mereka dan saya rasa itu tidak akan menjejaskan saya. Termasuklah membuatkan saya berubah sebab saya dengan sesiapa pun tak kisahlah lelaki ke, perempuan, binatang ke, saya memang macam apa yang anda lihat,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media Usanita Entertainment baru-baru ini.

Sinopsis Marina:

Karya ini membawa penonton menyusuri perjalanan kehidupan Marina, seorang wanita muda yang bercita-cita untuk hidup mewah selepas kematian kakaknya. Marina terjebak dalam hubungan yang rumit dan berbahaya. Namun, akhirnya hubungan itu membawa dia bertemu dengan lelaki yang patah hati yang mungkin menjadi kunci kepada kebahagiaannya.

Dengan gabungan barisan pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi, drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini akan mengisi malam anda dengan pelbagai perasaan – cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tidak pasti, bersiaran mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis.

Marina mengisahkan seorang wanita muda Marina (lakonan Sophia Albarakbah) yang bertekad mengubah nasibnya selepas kematian kakaknya dengan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di sana, dia bertemu dengan Datuk Fahad (lakonan Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan disegani, Marina menganggap beliau sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, cinta sejati mula tumbuh dalam dirinya apabila dia berkenalan dengan Haqiem (lakonan Datuk Remy Ishak), lelaki yang patah hati selepas ditinggalkan oleh tunangnya. Dalam dilema antara kekayaan dan cinta, Marina terpaksa membuat keputusan yang bakal menentukan nasib hidupnya.

Konflik keluarga

Menariknya, drama ini turut menyelitkan konflik keluarga yang mendalam seperti Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaan bersama Marina. Di sebalik wajah karisma Datuk Fahad yang kelihatan sempurna, tersembunyi sisi gelapnya yang melibatkan kegiatan haram dan konspirasi. Marina pula, yang mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan ujian dan pengkhianatan yang lebih besar daripada perkara yang disangkakannya.

Mampukah Marina menemukan kebahagiaan sejati di tengah-tengah dugaan hidupnya? Bagaimanakah pula nasib Haqiem dan hubungannya dengan Marina yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terus melanda mereka? Saksikan Marina, drama penuh emosi yang akan membuka mata anda tentang erti sebenar cinta, keluarga, dan pengorbanan, mulai 25 November 2024, eksklusif di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Fri, 7 Feb 2020

Betul Ke Kamal Adli Dan Hannah Delisha Kena Kahwin ‘Paksa’ ?

Tengok gambar pun dah sweet, inikan pulak cerita dia!

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MIDNIGHT RUNNERS FILEM SKEPTIKAL?

Sebuah Filem Korea yang telah menemui penonton pada 5 Oktober yang lalu menceritakan tentang dua orang pemuda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Polis Kebangsaan Korea demi mengejar cita-cita mereka. Namun, mereka secara tidak langsung mereka terlibat dalam satu kes jenayah.

Featured Thu, 21 May 2026

“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Amir Ahnaf menjelaskan, dia tidak ralat melepaskan peluang keemasan membawakan watak Hang Tuah dalam teater ikonik muzikal Puteri Gunung Ledang.

Trending Sun, 11 Aug 2024
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

Siapa “H” Dihati Nelydia Senrose?

Walaupun sebelum ini Nelydia mengakui masih single, tetapi menurut beberapa sumber Nelydia kini sedang dilamun cinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr H?

Featured Thu, 20 Feb 2020

Bahaya serangan jantung, ketahui tanda-tanda sakit jantung sebelum terlambat

Ambil tahu kerana ia boleh menyebabkan kematian!

Featured Tue, 19 Nov 2024
Hiburan Fri, 10 May 2019
error: Content is protected !!