Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 25, 2025 @ 5:00pm

“Kau Ingat Aku Tak Cantik, Tak Ada Level Nak Ambil Suami Orang?” – Madammu

Usahawan kosmetik popular, Madammu menegaskan dia bukanlah sejenis manusia yang mengambil hak orang lain atau menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain.

Katanya menerusi sepotong video pendek di TikTok, dia dan suami mendirikan rumah tangga ketika suaminya itu berstatus duda yang kematian isteri.

“Saya tak ambil laki orang. Saya kenal TP (suami) dia memang dah duda kematian isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Madammu atau nama lengkapnya, Erica Baiduri tampil menepis dakwaan segelintir pihak yang mempersoalkan status perkahwinannya bersama suami.

“Apa level? Kau ingat Madammu tak ada level nak ambil laki orang. Kau ingat aku tak cantik, ingat aku tak laku?

“Kau ingat aku tak ada level sangat nak ambil laki orang,” jelasnya.

@madammunoir🚨 Jangan main tuduh²! 🚨 Ualls jangan ingat Madammu takde level okay ✋ #DoneBebel kali ni Madammu bidas netizen yang suka serkap jarang cerita pasal sejarah Madammu. Nak tahu apa Madammu balas? Jom tengok sampai habis! #MadammuTalk #NoirWithMadammu #DoneBebel♬ original sound – Madammu NOIR

Sekadar info, Madammu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang juga duda anak tiga pada tahun 2015.

Dan, pada 9 Jun 2023, Madammu selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Kayden menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Tahniah! Bekas Protege Joe Flizzow Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Penyanyi berusia 29 tahun ini mengumumkan nama penuh anaknya iaitu iaitu Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril.

Hiburan Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Uqasha Senrose Akui Lebih Tenang Lepas Tunai Umrah

Alhamdulillah… Uqasha juga merancang untuk kembali ke Tanah Suci sebelum bulan Ramadhan nanti. Semoga dipermudahkan urusan Uqasha & keluarga.

Hiburan Mon, 7 Apr 2025

Tegur Fatima Jangan Makan Berbunyi, Netizen Puji Fazura Pandai Didik Anak

Fazura tegur Fatima jangan makan berbunyi, perlu beradab

Eat Travel Thu, 1 Nov 2018

Mula Dibuka Disember Ini, Papan Luncur Terpanjang Di Dunia Kini Di Pulau Pinang!

Pengunjung yang mahu menaiki luncur ini perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 420 meter ke puncak bukit tempat luncur bermula.

error: Content is protected !!