Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 27, 2024 @ 8:27pm

Selepas 4 Tahun, Datuk Remy Ishak Buat Comeback Di Media Prima… Kini Berganding Dengan Sophia Albarakbah Dalam Marina, Eksklusif di Tonton!

Apakah yang sanggup dilakukan demi cinta dan kebahagiaan? Konflik keluarga, cinta terlarang, dan perebutan kuasa menjadi teras drama penuh emosi dan mendebarkan, Marina, yang bakal disiarkan secara eksklusif di Tonton. Drama ini membawa penonton menyusuri perjalanan kehidupan Marina, seorang wanita muda yang bercita-cita untuk hidup mewah selepas kematian kakaknya. Marina terjebak dalam hubungan yang rumit dan berbahaya. Namun, akhirnya hubungan itu membawa dia bertemu dengan lelaki yang patah hati yang mungkin menjadi kunci kepada kebahagiaannya.

Dengan gabungan barisan pelakon hebat seperti Sophia Albarakbah, Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid, Muhsin Nadzli, Haneesya Hanee, Shaza Bae dan ramai lagi, drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini akan mengisi malam anda dengan pelbagai perasaan – cinta, pengkhianatan, dan harapan yang tidak pasti, bersiaran mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis.

Selepas kali terakhir menghiasi kaca TV3 melalui Hati Yang Tersakiti pada empat tahun yang lalu, Datuk Remy Ishak kini kembali dalam drama terbitan stesen Media Prima dan berganding bersama Sophia Albarakbah dalam Marina.

Membawakan watak Haqiem, seorang lelaki yang berdepan konflik keluarga, cinta, dan kesihatan, Datuk Remy Ishak sekali lagi menyerlahkan sisi kematangan serta kredibiliti lakonannya.

Drama Marina bukan sahaja menonjolkan perjalanan emosi wataknya yang penuh liku, tetapi turut membuktikan kehebatan beliau sebagai pelakon berkarisma yang mampu menyentuh hati penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Marina mengisahkan seorang wanita muda Marina (lakonan Sophia Albarakbah) yang bertekad mengubah nasibnya selepas kematian kakaknya dengan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di sana, dia bertemu dengan Datuk Fahad (lakonan Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan disegani, Marina menganggap beliau sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, cinta sejati mula tumbuh dalam dirinya apabila dia berkenalan dengan Haqiem (lakonan Datuk Remy Ishak), lelaki yang patah hati selepas ditinggalkan oleh tunangnya. Dalam dilema antara kekayaan dan cinta, Marina terpaksa membuat keputusan yang bakal menentukan nasib hidupnya.

Menariknya, drama ini turut menyelitkan konflik keluarga yang mendalam seperti Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaan bersama Marina. Di sebalik wajah karisma Datuk Fahad yang kelihatan sempurna, tersembunyi sisi gelapnya yang melibatkan kegiatan haram dan konspirasi. Marina pula, yang mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan ujian dan pengkhianatan yang lebih besar daripada perkara yang disangkakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Marina menjanjikan sebuah drama yang penuh dengan plot yang mendebarkan dan emosi yang menggetarkan jiwa. Setiap watak membawa konflik yang kompleks, daripada hubungan kekeluargaan yang berliku hinggalah kepada perebutan cinta dan kuasa. Menurut Sophia Albarakbah, “Marina ialah watak yang sangat kompleks. Dia bermula dengan impian untuk hidup lebih baik, tetapi akhirnya terjebak dalam permainan emosi yang tidak dijangka. Perjalanannya dalam mencari kebahagiaan sejati ialah sesuatu yang saya harap penonton akan dapat rasakan. Drama ini menggabungkan elemen kekeluargaan dan percintaan yang penuh dengan liku-liku emosi, pastinya akan mengikat perhatian penonton dari awal hingga akhir.”

Mampukah Marina menemukan kebahagiaan sejati di tengah-tengah dugaan hidupnya? Bagaimanakah pula nasib Haqiem dan hubungannya dengan Marina yang diuji dengan pelbagai dugaan yang terus melanda mereka? Saksikan Marina, drama penuh emosi yang akan membuka mata anda tentang erti sebenar cinta, keluarga, dan pengorbanan, mulai 25 November 2024, eksklusif di Tonton. Strim episod baharu melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 4 Jun 2025

“Saya Pun Sitizoners” – Nadeera Dedah Mula Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza Sejak Umur 3 Tahun

Penyanyi bersuara emas, Nadeera mengakui meminati Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak berumur tiga tahun lagi.

Hiburan Fri, 9 May 2025
Hiburan Thu, 24 May 2018

Hamil Anak Kedua, Lana Nodin Idam Anak Lelaki

Saya harap kali ini dapat anak lelaki… Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula. Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan. Tahniah Lana, semoga semuanya dipermudahkan Allah swt…

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Lepas Buka Pasaraya, Rosyam Nor Keluar Produk Jus Belanda

Adraa bukan produk antikanser. Saya mengeluarkan produk berasaskan durian belanda yang mempunyai antioksida yang tinggi bukan anti kanser. Jangan salah anggap pula ya!

Trending Wed, 23 May 2018

Harga Minyak Kekal!

Berita baik! Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol ketika ini, meskipun harga minyak mentah global meningkat.

Trending Mon, 24 Sep 2018
Events Mon, 4 Jul 2022

Padah ‘Modified’ Nissan Skyline Jadi Kereta Polis, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas

Alamak, kot ya pun janganlah kereta polis abang oiii…

Featured Fri, 24 Dec 2021

“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi […]

error: Content is protected !!