Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 9, 2025 @ 7:02pm

[VIDEO] Pengurus Fattah Amin Yakin Amira Othman Akan Jadi Isteri Mithali – “Anak Yang Taat, ‘Humble’ Walaupun Satu Keluarga Kaya Raya”

Pengurus pelakon, Fattah Amin iaitu Aca atau nama penuhnya, Sakirin Shak tampil berkongsi pandangannya mengenai keperibadian penyanyi, Amira Othman.

Menerusi video siaran langsung tular di platform TikTok, Aca menyifatkan Amira seorang wanita yang sangat berbudi bahasa, taat kepada keluarga, dan merendah diri meskipun lahir dari keluarga kaya raya.

Bukan itu sahaja, Aca turut yakin pelantun lagu Hati-Hati itu akan menjadi seorang isteri mithali kepada suaminya.

“Saya bukan nak puji lebih-lebih, tetapi masya-Allah, Amira sangat baik dan seorang anak baik juga. Kalau dia suatu hari nanti kahwin dengan sesiapa, saya pasti dia akan jadi seorang isteri mithali dan taat.

“Dia juga taat kepada mak ayah, walaupun kaya raya tetapi tak pernah tunjuk apa yang dia dan keluarga ada. Sangat merendah diri, tak macam orang kaya lain,” katanya.

Sementara itu, Aca juga meluahkan rasa kagum dengan cara ibu bapa selebriti itu mendidik anak-anak mereka menjadi seorang yang sangat berbudi bahasa dan tidak dibuat-buat.

“Saya dah kenal lama dengan dia. Sebagai orang luar dari segi mata kasar saya tengok mereka adik-beradik dibesarkan dan dididik dengan baik, walaupun keluarga kaya.

“Irfan (adik Amira) sangat berbudi bahasa, sopan santun. Mereka bukan buat-buat suka orang atau palsu, tetapi memang keluarga yang sangat baik,” katanya lagi.

@cute08628

kredit live Sakirin Shak #masyaallahtabarakkallah #alhamdulillah #doabaikbaik🤲 #fikirbaikbaik #tiktokviral #trending #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp #malaysia #irfanharis #fattahamin

♬ bunyi asal – cute – cute

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa Amira dan aktor, Fattah Amin akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada kedua-dua belah pihak berhubung dakwaan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 7 May 2023

Dikritik Hina B40, Ryzal Ibrahim Takkan Mohon Maaf! Minta Netizen Sedar Diri – “Ramai B40 Nganjing T20, Ok Je..”

“Simple content. Sedar diri.. Jangan dah hujung bulan pinjam duit orang tak bayar” – Ryzal Ibrahim

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Sat, 20 May 2023
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Obses Dengan Benda Wangi, Ayda Jebat Sanggup Labur Duit Untuk SASSU

Terkejut dengan sambutan diterima di Singapura baru-baru ini, Ayda memberitahu produk SASU terjual licin di sana. Tahniah, Ayda!

Hiburan Fri, 18 May 2018

Farid Kamil Baru Sedar Kena Gam Sebab Lantang Bersuara

Kerana berlantang suara terus kena gam, kat mana silapnya.

Featured Fri, 12 Aug 2022

“Wallahi Benci! Satu-Satu Bala Kau Jemput” – Rozita Ibrahim Selar MV L*cah Aliff Syukri

Asyik-asyik nak kena bebel dengan bonda tau Datuk Aliff ni…

error: Content is protected !!