Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 22, 2019 @ 12:16pm

Seharian tanpa telefon bimbit amatlah meresahkan, ini cara untuk tidak gabra!

Perkara pertama yang anda lakukan sebaik bangun pagi dan sebelum tidur, pastinya membelek telefon pintar milik anda, betul tak?

Pada waktu pagi, biasanya kita akan sibuk membalas segala mesej yang tidak sempat dibuka mungkin kerana terlalu sibuk atau tertidur awal. Bukan itu saja, kebaikan telefon pintar juga membenarkan kita menyemak jadual kerja dan e-mel berkenaan hal-hal penting yang perlu dilunaskan segera tanpa menggunakan komputer riba.

Keadaan pada sebelah malam pula, membelek telefon sebelum tidur adalah perkara terakhir yang kita lakukan. Contohnya, kunci penggera dan sesudah itu terus berlayar bersama mimpi-mimpi indah.

Pendek kata, kegunaan telefon bimbit atau telefon pintar pada zaman sekarang ini memang tidak dapat dinafikan kepentingannya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan Nielsen Informate Mobile Insights, pengguna telefon pintar akan meluangkan masa untuk mengguna peranti masing-masing dengan purata selama 187 minit sehari.

Oleh itu, apabila sehari anda terpaksa berjauhan dengan telefon pintar atas sebab-sebab tertentu misalnya telefon rosak, hilang atau tertinggal di rumah, bagaimanakah perasaan anda?

Maklum balas rakan setugas penulis, Bibi, jika sehari tidak membawa telefon pintarnya dia akan berasa separuh hatinya tertinggal di rumah, malah keadaan ini akan menyukarkan kerja kerana segala maklumat ada di dalam telefon pintarnya.

Sementara Nani pula berkata, tanpa telefon pintarnya dia tidak dapat memberi fokus pada kerja dan bagaikan terputus hubungan dengan dunia luar.

Bagi Ezza, tanpa telefon pintarnya terdapat banyak kekangan dalam melakukan tugasan kerja dan adalah lebih baik pulang saja ke rumah!

Sengaja topik ini dibangkitkan, kerana penulis sendiri tertinggal telefon pintar di rumah dan kehidupan yang dijalani hari ini serba tidak kena dibuatnya. Terasa rindu pun ada! Uwaa!

Foto: allure.com

Apakah yang boleh anda lakukan jika tertinggal telefon pintar? Tambahan pula, satu nombor telefon pun anda tidak ingat termasuklah nombor telefon suami atau isteri, pelanggan dan rakan setugas.

Mungkin ini yang boleh anda lakukan dalam memastikan kejadian tertinggal telefon ini tidak memberi kesan pada tugasan dan tanggungjawab harian anda.

#1. Pengumuman dalam media sosial

Tulis status dalam media sosial bahawa anda tertinggal telefon atau telefon rosak. Bagaimana anda boleh dihubungi, minta mereka mesej secara peribadi dan kongsikan nombor telefon rakan setugas yang anda rapat atau nombor telefon pejabat.

#2. Mesej secara peribadi sahabat atau kenalan

Anda sudah sampai di pejabat dan ada perbincangan, tapi terlupa nombor suami. Menjadikan keadaan lebih parah anda tidak mampu mengingati satu pun nombor keluarga untuk memberikan anda maklumat nombor telefon suami.

Caranya, jika suami anda mempunyai akaun Facebook atau Instagram, mesej dia dalam laman berkenaan. Jika tiada, cari kenalan suami dalam Instagram atau Facebook dan minta mereka kongsikan nombor telefon. Untuk mengelakkan suami berasa risau memandangkan anda tidak boleh menghubunginya dengan kadar segera kerana terikat dengan perbincangan, minta kenalan tadi sampaikan mesej:

“Hai, saya Adriena rakan setugas kepada isteri encik. Isteri encik minta saya sampaikan pesanan memandangkan dia tertinggal telefon di rumah. Dia akan menghubungi encik sejurus perbincangannya selesai, terima kasih.

#3. Anggap hari ini hari bebas gangguan

Inilah masanya untuk anda meninggalkan seketika hobi berswafoto.

Jika telefon pintar ada di sebelah, setiap 5 minit pasti kita terpanggil untuk membeleknya, apatah lagi kalau mesej masuk bertalu-talu. Situasi lain, sahabat anda menghubungi anda untuk mengadu kisah sedihnya sehingga mengganggu tumpuan anda terhadap kerja.

Jadi, bersenang-senang hatilah tatkala telefon pintar anda tertinggal di rumah kerana waktu inilah anda dapat memberikan fokus terhadap kerja tanpa sebarang ganggu.

#4. Bagaimana hendak menempah perkhidmatan e-service.

Contoh: Katakanlah anda seorang pengguna Grab atau perkhidmatan e-service yang lain, pada hari anda tertinggal telefon pintar, akan berlaku penghantaran barangan yang ditempah, jangan malu dapatkan bantuan daripada kawan-kawan. Berilah upah sikit kepada mereka atau belanja mereka minum? Mudah kan!

Foto: videoblocks

#5. Web Whatsapp

Layari laman sesawang Whatsapp di komputer anda dan imbas QR code menerusi Whatsapp Web/Desktop. Pastikan anda tidak log keluar. Katakanlah suatu hari nanti anda mungkin tertinggal telefon di rumah, anda masih boleh menggunakan Whatsapp menerusi komputer riba mahupun kompoter anda.

Memandangkan penggunaan Whatsapp sebagai medium penghantaran mesej yang sangat penting zaman ini, segera buat fail sokongan (back up) di kedua-dua peranti yang disebutkan.

Foto: The Telegraph

 

Bagaimanapun, apa yang dikongsikan ini hanyalah sebahagian daripada tindakan yang boleh dilakukan saat tertinggal telefon. Mungkin anda mempunya cara lain yang lebih berkesan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Feb 2020

Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Pemergiannya ditangisi keluarga dan peminat!

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

Featured Fri, 10 Apr 2020
Featured Sat, 10 Aug 2019

KidZania sedia 7 aktiviti menarik bagi ‘Indiana Jones’ cilik

Pusat didik hibur perkenal program baharu ArcheoKidZ

Cahaya Mata Sat, 31 Dec 2022

Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari. @eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound […]

Featured Mon, 18 May 2020
Gaya Hidup Thu, 11 Apr 2019
Gaya Hidup Sat, 4 Aug 2018

5 Idea Cute Untuk Dekorasi Makanan Ini Pasti Akan Buat Anak Anda Happy

Ukiran dan hasil yang sangat comel ini pasti akan buat majlis anda bertambah happening!

Featured Tue, 12 Jun 2018