Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops July 29, 2019 @ 2:00pm

Panggilan ke Befrienders percuma mulai Ogos, ketahui dulu apa fungsinya

Anda mungkin pernah dengar mengenai Befrienders, lebih-lebih lagi apabila berita mengatakan bahawa semua panggilan ke Befrienders adalah percuma mulai 1 Ogos ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan inisiatifnya untuk bekerjasama dengan lapan syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, TIME dotcom Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Webe Digital Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Menerusi kerjasama ini, sebarang panggilan yang dibuat ke Befrienders KL mulai 1 Ogos menerusi talian 03-79568145 adalah percuma.

Ini satu berita baik! Tetapi tahukah anda apa fungsi Befrienders?

Perkhidmatan untuk komuniti

Befrienders ialah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (NGO) yang menyediakan khidmat sokongan emosi tanpa henti. Sama seperti maksud namanya, staf yang dihubungi akan menjadi ‘sahabat’ kepada sesiapa yang menghubungi pertubuhan berkenaan membabitkan isu seperti kesihatan mental dan emosi mereka.

Dalam erti lain, jika anda atau sesiapa yang dikenali mengalami kemurungan ataupun berniat untuk membunuh diri, bolehlah hubungi Befrienders.

Menurut tinjauan mengenai kesihatan dan morbiditi kebangsaan 2017, satu daripada lima orang dewasa mengalami masalah kemurungan,manakala dua daripada lima orang pula berasa bimbang.

Selain itu, tinjauan itu juga menunjukkan 11.2 peratus daripada orang dewasa berniat untuk membunuh diri, manakala 10.1 peratus pernah cuba untuk membunuh diri! 

Data yang dikumpul itu ternyata amat membimbangkan dan golongan itu memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati mereka serta  memberi kata-kata semangat bagi teruskan hidup.

Befrienders boleh menawarkan perkhidmatan ini, 24 jam sehari, tujuh hari dalam seminggu. Hubungi sahaja talian yang disediakan!

Tujuan MCMC memperkenalkan panggilan percuma kepada Befrienders adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab masyarakat dalam menangani isu kesihatan dan kestabilan emosi dalam kalangan rakyat Malaysi.

Foto: NSTP

 

Selain itu, anda juga boleh berjumpa secara bersemuka dengan Befrienders untuk berbincang mengenai hal peribadi anda. Hubungi dulu dengan menggunakan talian berikut:

Hubungi Befrienders

Kuala Lumpur & Selangor: 03-7956 8145 atau e-mel: [email protected].

Pulau Pinang: 04-2811108

Ipoh: 05-5477933

Melaka: 06-2842500

Seremban: 06-7653588

Johor Bahru: 07-3312300

Kota Kinabalu: 088-255788

Muar: 06-9520313

Befrienders juga menawarkan sokongan emosi, taklimat, bengkel dan seminar mengenai kemahiran pendengaran, tekanan, pencegahan cubaan bunuh diri serta kesedaran mengenai kesihatan mental kepada golongan berisiko tinggi di tempat-tempat tertentu.

Jika berminat untuk perkhidmatan ini, hubungi pejabat Befrienders di talian 03-79571306 atau hantar e-mel di alamat [email protected] (9 pagi – 5 petang). Anda juga boleh melawat ibu pejabat Befrienders di nombor 95 Jalan Templer, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Jadi jika anda memerlukan pertolongan dari segi emosi, anda tahu siapa untuk dihubungi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Jangan biarkan diri anda malu dengan keadaan ketiak yang sentiasa basah!

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Wed, 13 May 2020
Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Lima Tumbuhan Yang Ditanam Dalam Bilik Akan Membuat Tidurmu Terasa Nyaman Dan Lena

Aroma lembut lavender dan mendamaikan boleh menghilangkan stres!

Featured Thu, 21 May 2020

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Kerajaan bimbang penularan wabak COVID-19 kembali rancak

Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Featured Fri, 11 Oct 2019

Pemberian hibah lindungi hak wanita

Ketahui 6 cara urus harta peninggalan

Featured Wed, 19 Feb 2020

DIY meja dengan duit syiling lama satu sen, hasilnya memang WOW!

Makan hatilah akaun pengumpul duit syiling lama

error: Content is protected !!