Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom July 31, 2019 @ 11:00am

Balsamic soy mushrooms, sedapnya hingga terbawa dalam mimpi!

Tidak suka makan sayur dalam kalangan rakyat Malaysia bukan perkara baru kerana bukan setakat kanak-kanak sahaja tidak menggemari sayur, malah sebahagian besar orang dewasa sendiri tidak gemar tumbuhan berdaun hijau itu.

Walhal, umum di seluruh dunia tahu sayur termasuk buah adalah sumber makanan yang cukup baik kerana kaya dengan vitamin, mineral serta antioksida yang memberi banyak kebaikan untuk badan.

Justeru, menyediakan hidangan salad yang ditambah dengan pelbagai jenis sayur dan buah yang berkhasiat antara cara mudah serta kreatif dalam mengamalkan diet seimbang.

Buah-buahan kering, kekacang, bijian, herba dan kuah salad menjadikan hidangan lebih lazat, berkhasiat serta boleh menggantikan sajian makanan utama.

Terlanjur bercakap mengenai penyediaan salad, Hijab & Heels ingin berkongsi secara ekslusif resipi Balsamic Soy Mushrooms yang dibawakan khas dari dapur Meet & Dine yang disediakan oleh Cef Bo.

Pengarah restoran Meet and Dine, Jozree Hamzah (kiri) dan Pengarah Operasi Meet and Dine, Ibrahim Zakir (Bo).

Meet & Dine adalah premis makanan (restoran) yang bercirikan fine dining terletak di Budiman Business Park, Jln Budiman, Taman Desa Baru, 43200 Cheras Bt 9, Selangor.

Kenapa penulis meminta resipi ini, tentu saja kerana hidangan ini sangat lazat dan mudah disediakan!

Dalam erti kata lain, kalau ia membawa kebaikan pada diri, apa salahnya berkongsi kebaikannya dengan umum. Kata orang, jangan lokek ilmu!

Resipi: Balsamic Soy Mushrooms

Bahan

1 tin cendawan butang segar
1/2 cawan cuka balsamic (halal)
Daun salad campur
Keju feta
Kacang pain
Lobak merah bulat
Buah cranberry kering
Timun
1 sudu gula

Kuah sos

1/2 cawan cuka balsamic (halal)
Bawang merah
Bawang putih
3/4 sudu besar minyak zaitun
5 sudu kicap soya cair
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Lada Hitam

Cara membuatnya:

1. Panaskan pan/pot, masukkan 10 biji cendawan dan cuka balsamic lebih kurang ½ cawan serta 1 sudu gula. Masak sehingga cuka pekat dan sejukkan cendawan.
2. Susun salad di atas pinggan, letak lobak merah bulat yang dihiris halus serta timun yang dipotong dadu.
3. Letak cendawan butang di atas salad serta taburkan kacang pain, keju feta dan cranberry kering.
4. Tuangkan sedikit salad dressing di atas salad yang disusun tadi.

Kuah sos:

1. Masukkan ½ cawan cuka balsamic ke dalam mangkuk
2. Letakkan bawang merah dan bawang putih yg telah dicincang halus ke dalam mangkuk tadi
3. Sertakan sekali ¾ minyak zaitun dan 5 sudu kicap soya.
4. Letak sedikit garam dan gula serta lada hitam
5. Kacau sehingga sebati.
6. Apabila sos sudah siap, tuang ke dalam bekas berisi salad tadi.

Nah, dah siap!  Ingat, pulang ke rumah nanti jangan lupa ya cuba resipi ini. Pasti seisi keluarga suka.

Kalau agak-agak malas, halakan perjalanan anda ke Meet & Dine kerana terdapat pelbagai hidangan lazat dan sihat boleh dinikmati anda dengan harga yang cukup berpatutan di situ!

Antara lain turut dicuba penulis ialah Spicy Corn Beef Spaghetti, Wagyu Burger Grilled Australian dan Lamb Shank Masala. Sedap melampau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Sep 2021

“Taubatlah, Allah Nampak Apa Yang Kita Buat”- Fazura Rayu Penipu Bertaubat

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat dengan menipu menggunakan jenama tudungnya. Menerusi Instagram Story Fazura yang dikongsikan beberapa jam lalu, aktres filem Senario XX itu […]

Featured Sat, 17 Jan 2026

“Tak Perlu Luah Di Media Sosial Untuk Merendahkan Orang Lain” – Siti Nurhaliza Anggap Hantaran Threads Sekadar Berseloroh

Menurut Siti, komen itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan peminat dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk mencetuskan sebarang salah faham.

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Tak Usah Ambil Tahu Pasal Rumah Tangga Orang Lain” – PU Riz

“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” – PU RIZ

Featured Fri, 4 Aug 2023
Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat

Featured Tue, 4 Nov 2025

“Kalau Allah Dah Kasi Titik, Jangan Ubah… Jalan Terus! ” – Aprena Manrose

Tidak mempersoalkan setiap ketentuan yang terjadi adalah cara untuk bergerak terus ke hadapan.

Featured Tue, 13 Dec 2022
error: Content is protected !!