Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops June 12, 2018 @ 10:00am

Gebu Dan Lembut, Hidangan Pancake Ini Pasti Akan Beri Kelainan Kepada Sarapan Anda

Untuk sarapan, anda selalu makan apa? Kalau orang putih, hidangan pancake adalah sesuatu yang biasa untuk mereka.

Kalau anda jarang makan pancake, apa kata anda cuba masak untuk keluarga anda sekali sekala?

Di sini ada resipi mudah yang anda boleh cuba. Tengoklah gambarnya! Gebu sungguh, macam bantal!

Tengok pun dah menggiurkan, cuba bayangkan bagaimana rasanya jika anda menggigit pancake ini? Heaven!

Jom check out resipinya. Cuba ya!

Bahan-bahannya:

4 cawan (500g) tepung, ditapis

4 sudu besar serbuk penaik

4 cawan (960 liter) susu, suam apabila disentuh

¾ cawan (170g) mentega dicairkan

3 telur kuning

4 telur putih

Cara-caranya:

1. Gaulkan tepung dan serbuk penaik di dalam mangkuk besar.

2.Di dalam mangkuk lain, gaulkan mentega, susu dan telur kuning sampai rata.

3. Di dalam mangkuk lagi satu, gunakan hand mixer untuk pukul telur putih hingga soft peak terbentuk.

4. Tuangkan campuran susu ke dalam campuran tepung dan kacau dengan sudip getah sampai sedikit rata. Masukkan pula telur putih yang telah dipukul dan dengan perlahan-lahan, kacau sampai sebati.

5. Panaskan kuali sebesar 8 inci di atas api rendah. Tuangkan 1 ½ cawan adunan pancake ke dalam kuali itu, ratakan permukaannya dan tutup kuali itu dengan penutup.

6. Biarkan masak sampai berwarna coklat keemasan di dasarnya selama 20 minit. Cucuk pancake itu dengan menggunakan cungkil gigi dan jika tiada adunan tepung yang melekat padanya, alihkan pancake itu ke dalam pinggan.

7. Buat lagi 5 keping pancake dengan cara yang sama dengan menggunakan lebihan adunan pancake.

Dah siap! Orang putih selalu makan dengan maple syrup. Dengan madu dan mentega pun boleh!

Jika anda kurang jelas tentang caranya, rujuk kepada video ini.

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Jim Thompson lokasi ideal bagi mereka yang merancang percutian bajet hujung tahun ini!

Eat Travel Mon, 10 Sep 2018

Nikmati Suasana Kampung Di Dalam Kesibukan Kota Metropolitan

Bagi warga kota tetapi sesekali ingin lari dari kesibukan kota, Chenta Cottage, adalah destinasi ideal buat anda.

Eat Travel Thu, 9 Jan 2020
Eat Travel Wed, 22 Apr 2020
Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Tue, 12 Jun 2018

Pasta Yang Anda Mesti Tahu Masak Adalah Spaghetti Bolognese, Ini Dia Resipinya

Anda patut tahu masak sekurang-kurangnya satu jenis pasta.

Eat Travel Mon, 10 Dec 2018
Eat Travel Wed, 12 Sep 2018
Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

Berbuka Puasa Di Hotel Tenera Bagai Menikmati Masakan Air Tangan Ibu

Memperkenalkan tema “Sajian Nostalgia – Hargai Kenangan Lama”, hidangan yang disediakan berasa seolah menikmati masakan air tangan ibu.

Eat Travel Thu, 29 Nov 2018
error: Content is protected !!