Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 8, 2019 @ 4:00pm

Tengah cari kerja? Pastikan resume anda tiada bahagian yang tidak relevan ini

Tahukah anda? Secara purata, pengurus pengambilan pekerja hanya meluangkan masa enam saat ketika menilai resume seseorang. 

Maknanya, dia hanya ada masa untuk meneliti maklumat yang penting sahaja. Yang tidak penting, dia tidak akan lihat dan baca pun.

Itu sebabnya sebelum meminta kerja, anda perlu pastikan resume anda cukup kemas, serta tidak mempunyai apa-apa kesalahan atau info yang tidak relevan.

Nak tahu apa yang anda patut betulkan? Menurut Business Insider, anda tidak perlu masukkan info ini:

1. Hobi

Tiada siapa yang kisah jika anda meminati sukan badminton dan bermain pada setiap hujung minggu dengan jiran.

Membazir ruang dan masa sahaja!

2. Objektif

Ruangan ini ialah untuk anda maklumkan harapan anda jika diberi jawatan yang anda inginkan itu.

Contohnya: “Highly motivated communications student seeking internship opportunities in advertising or public relations.”

Bahagian ini sebenarnya tidak relevan. Mestilah anda mahukan kerja itu, betul tak? Tidak perlu terangkan lagi. Lainlah kalau anda datang daripada bidang pekerjaan lain.

3. Kata ganti nama pertama

Tidak perlu guna perkataan ‘I’ ketika menerangkan jenis-jenis tugas yang anda pernah lakukan.

Ini resume anda, takkanlah anda ceritakan mengenai tugas orang lain pula, kan?

4. Pengalaman yang tidak relevan

Apa jua pekerjaan lama anda yang tiada kena mengena dengan jawatan baharu ini hanya menyemakkan ruang.

5. Gambar

Foto: winsiz.com

Ramai orang mempamerkan foto di dalam resume mereka. Kalau ia tampak profesional, baguslah. Kalau tidak?

Lebih baik anda tak letakkan sekali foto kerana ia menggangu fikiran pembaca. Lagipun, ia sebenarnya tak bercita rasa tinggi.

6. Maklumat perhubungan profesional

Sesetengah orang tuliskan nombor telefon pejabat mereka di dalam resume. Jangan!

Takkanlah anda mahu majikan atau rakan sekerja anda tahu bahawa anda sedang mencari kerja lain?

7. Istilah popular

Perkataan seperti ‘go-getter,’ ‘people pleaser,’ ‘think outside the box’ dan ‘synergy’ sudah kerap sangat orang gunakan di dalam resume mereka.

Perkataan-perkataan yang klise seperti ini juga akan membuatkan pengurus pengambilan pekerja rasa turn off.

Foto: Business News Daily

8. Present tense untuk pekerjaan terdahulu

Ketika menerangkan tugas untuk pekerjaan lama, gunakan past tense.

Contoh: “Built talent schedules for junkets, press days, photo shoots and film premieres. Oversaw all New York screenings.”

Untuk pekerjaan terkini barulah anda gunakan present tense.

9. Perkataan yang tak perlu

Di ruangan maklumat peribadi, anda tidak perlu masukkan perkataan ‘Name,’ ‘Address,’ ‘Tel’ atau ‘Email Address.’

Maklumatnya sahaja sudah cukup. Ingat, jangan membazir ruang dengan perkataan yang sememangnya orang sudah tahu!

Dah dapat idea? Semoga resume anda sempurna!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Jun 2022
Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Sun, 29 Jun 2025

Shatirah Amanda Tampil Dengan Karya Peribadi, Tonjol Vokal Unik Dalam ‘Kasih Tersayang’

Menjelang usia kematangan 25 tahun, penyanyi dan pelakon muda berbakat, Shatirah Amanda, tampil dengan sebuah karya peribadi penuh makna berjudul’Kasih Tersayang’ . Lagu ini bukan sahaja menyerlahkan sisi vokal lembut dan bertenaga Amanda, malah memperlihatkan […]

Featured Mon, 6 Jul 2020

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Rekaan lebih kreatif dengan inovasi terkini

#tilljannah Thu, 27 Oct 2022

“Sebelum Ini Tak Pernah Bersentuhan…” – Nana Sheme Akui Masih Kekok Pegang Suami

Penyanyi Nana Sheme selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Zikri Zakaria dalam satu majlis pernikahan di Damai Central, Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu. Memetik laporan Gempak, pemilik nama Nur Nabilah Hashimi itu mengakui dirinya agak […]

Featured Tue, 11 Nov 2025

Hatta Dolmat Sebak Kenang Momen Bersama Keluarga Hafiz Suip -“Hari Ini, Momen Ini.. Hit Deeply Different!”

Kata Hatta, suasana di belakang pentas ketika malam konsert tersebut penuh dengan kegembiraan, namun dalam masa sama turut diselubungi rasa sebak.

error: Content is protected !!