Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom August 13, 2019 @ 4:00pm

30 peratus setiap 31 hari bulan untuk servis rambut dan bulu mata, jom ke salun ini!

Potongan harga sebanyak 30 peratus setiap 31 hari bulan untuk pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan rambut dan bulu mata, adalah antara bentuk promosi bijak diperkenalkan salun The Hair TRIC & Lashility.

Maklumlah, hujung bulan biasanya wanita berduit kerana menerima gaji jadi tiada salahnya untuk wanita menggunakan sebahagian wang mereka untuk memanja dan mencantikkan diri.

Usah risau soal kapasiti kerana salun The Hair TRIC & Lashility kini memperkasakan jenamanya menerusi cawangan terbaharunya di pusat beli belah My Town, Kuala Lumpur.

Lebih trendy, luas dan selesa, premis terkenal ini bakal menarik lebih ramai pelanggan yang mahukan penampilan bak bintang Instagram terkenal.

Foto: josephinetang

Foto: Foto: josephinetang

Manakan tidak, premis berkeluasan 2,500 kaki persegi ini menampilkan barisan pakar dalam kecantikan rambut dan bulu mata yang boleh ditemui tujuh hari seminggu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Bukan sahaja kerana harganya yang berpatutan, malahan juga The Hair TRIC Lashility menggunakan produk berkualiti tinggi dari luar negara seperti Amerika Syarikat untuk produk rambut palsu tambahan dan Taiwan bagi bulu mata palsu.

Pengasas The Hair TRIC & Lashility, Tim Low, berkata beliau sentiasa mahu memberikan kemahiran kreatif, perkhidmatan terbaik dan harga paling berpatutan buat setiap pelanggan yang datang.

Foto: Kru The Hair TRIC & Lashility bergambar kenangan bersama media.

“Bagi saya, setiap daripada kita berhak mendapatkan gaya rambut terbaik sesuai dengan diri mereka dan sepasang mata yang menawan dari pagi hingga ke malam.

“Untuk itu, semua juru gaya rambut dan juruteknik bulu mata yang ada di salun kami mempunyai pengalaman profesional,” katanya.

Sementara itu, Tim memberitahu harga bayaran adalah mampu milik malah jika ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Antara selebriti yang sering mendapatkan khidmat di sini adalah Nadia Brian, Naddy Rahman, Andika Putera, Julene Khor, Fiqrie Isme, Emma Maembong, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Afifah Nasir antara selebriti yang menggunakan servis The Hair TRIC & Lashility

Emma Maembong

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah mewarna rambut, rawatan keratin, rawatan kulit kepala dan penyambungan rambut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Nov 2019
Featured Tue, 31 Mar 2020
Eat Travel Thu, 28 May 2020
Featured Fri, 10 Jun 2022
Featured Thu, 17 Oct 2024

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Tayang Bunga Lama?

Hmmmm… betul ke ni. So, acah je lah ni pakai bunga yang sedia ada👀

Featured Wed, 27 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Warganet Anggap Hukuman Denda #JusticeForAlia Tak Memadai, Wanita Dikecam Letak Syarat Tinggi Melebihi 170 cm Cari Suami & Ini Sebab Sebahagian Tempat Blackout

Denda RM20 ribu boleh hilangkan trauma terhadap #JusticeforAlia tak? Wanita dikata ‘demand’ mahu bakal suami tinggi lebih 170 cm? Haa siapa ada alami blackout tadi? Ini 3 topik menarik dalam segment #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Mon, 21 Jul 2025
Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

error: Content is protected !!