Oh Lawa By: Shaidah Shafie August 16, 2019 @ 7:49pm

Tiga bahan rahsia keremajaan kulit bawah mata

Ungkapan ‘dari mata turun ke hati’ ini membawa konotasi tersendiri mengenai fungsi mata yang berupaya mencerminkan rasa hati mahupun penampilan diri, malah mata juga jendela kepada pemandangan yang tidak terbatas selain dianggap titik tumpu terhadap individu kerana ia terletak pada wajah anda.

Oleh itu, penjagaan mata amat penting khususnya kulit di sekitar mata kerana boleh membuatkan anda tampak tua berbanding usia jika kulit sekitar mata lebam dan ada garis halus.

Bagi wanita, kulit sekitar mata penting dan perlu diberi lebuh perhatian bagi menjamin kesempurnaan wajah kala  bersolek selain ia memberi gambaran bahawa anda adalah wanita yang mementingkan penjagaan kulit.

Tidak susah menjaga kulit jika anda tahu menguruskannya dengan betul seperti mendapat tidur yang cukup, sentiasa memastikan kulit sekitar mata atau kulit wajah lembap dan lindungi  kulit sebaik mungkin daripada pancaran matahari.

Petua mudah yang sering diamalkan sejak dahulu ialah melekapkan uncang teh lembap atau meletakkan hirisan timun pada mata selama beberapa minit bagi memastikan mata mendapat rehat dan kulit sekitar mata juga akan menerima kesan baik dengan amalan berkenaan.

Bagaimanapun dalam era kini, ada pelbagai jenis krim yang dihasilkan berdasarkan kajian terhadap bahan tertentu, dijual di pasaran.

Foto: Kiehl’s.co.uk

Antaranya, jenama penjagaan kulit terkenal Kiehl’s yang menampilkan krim Dos Rawatan Keremajaan Mata Kiehl’s bagi membantu mengekalkan atau mengembalikan keanjalan kulit pada bahagian sekitar mata. 

Kajian dilakukan terhadap sekumpulan wanita berusia antara 30 hingga 55 tahun yang menggunakan krim Dos Rawatan Keremajaan Mata Kiehl’s menunjukkan 92.6 peratus memberi reaksi bahawa kulit pada bahagian bawah mata mereka terasa lebih halus selepas dua minggu menggunakan krim berkenaan.

Kira-kira 85 peratus responden daripada kumpulan yang sama mendapati bengkak dan garis halus pada bahagian bawah mata berkurangan selepas menggunakan krim itu selama lapan minggu.

Lebih mengujakan, 83 peratus membuat kenyataan kulit bawah mata mereka tampak muda seperti kulit remaja.

Ketiga-tiga hasil kajian berkenaan jelas menunjukkan bahawa penggunaan krim dos perawatan remaja membawa manfaat yang didambakan wanita kerana ia berupaya memperbaiki kulit menjadi lebih sempurna.

Foto: Kiehl’s.co.uk

Rahsia krim 

Krim dos perawatan remaja diperkenalkan Kiehl’s ini dihasilkan daripada bahan yang sangat bermanfaat untuk kesejahteraan kulit iaitu proretinol, ekstrak anggur merah dan vitamin C.

Proretinol atau vitamin A, dikenali juga dengan nama Retinyl Palmitate ialah vitamin yang membantu meningkatkan kehalusan kulit, mengurangkan garis halus dan menguatkan kulit nipis sekitar mata bagi mengurangkan kesan bengkak atau sembap yang sering terjadi pada kulit di kawasan berkenaan.

Ekstrak biji anggur merah yang diketahui umum kaya dengan bahan antioksidan atau polifenol yang sangat diperlukan oleh kulit untuk melambatkan proses penuaan.

Khasiat anggur xxx Foto: healthbenefit.com

Anggur merah ini juga kaya dengan sumber polifenol dan kandungan fenolik turut diperoleh daripada kulit dan biji anggur yang mana ia baik untuk kulit. Manfaat daripada polifenol untuk kulit adalah membantu mencerahkan kulit serta mengurangkan kesan gelap di bawah mata.

Satu lagi bahan yang terkandung dalam krim itu ialah vitamin C dalam bentuk Ascorbyl Glucoside atau Vitamin Cg yang mempunyai asid L-askorbik bersifat antioksidan bukan enzim yang larut dalam air dan ia juga ialah antioksidan paling banyak dalam kulit.

Vitamin Cg ini bertugas meningkatkan sintesis lipid epidermis yang meningkatkan tektur dan kesempurnaan kulit.

Letakkan tiga titik krim dos rawatan keremajaan mata Kiehl’s dan oles perlahan sehingga rata. Foto: Ihsan Kiehl’s.

Sehubungan itu, gabungan ketiga-tiga bahan ini yang terdapat di dalam krim dos rawatan keremajaan mata ini jelas berupaya mengindahkan sisi sempurna kulit wajah anda terutama pada bahagian mata.

Bagaimanapun, di samping memakai krim ini anda juga perlu peka terhadap pengambilan air kosong yang sangat berfaedah untuk kelembapan kulit keseluruhan.

Alang-alang menjaga kesihatan wajah, biar sihat keseluruhan dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana menjadi wanita adalah sangat mengujakan jika anda tahu apa keistimewaan yang anda miliki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 11 Jan 2018

Jenis Kasut Untuk Wanita Rendah

Terdapat banyak pilihan kasut di pasaran, namun tidak semua kasut sesuai untuk wanita yang memiliki saiz badan rendah. Tapi, ia bukan penghalang untuk seseorang wanita rendah itu dalam mengekspresikan fesyen serta tampil bergaya. Apa yang […]

Oh Lawa Thu, 20 Dec 2018

11 Makeup Products That Every Beginner Must Have 

Long-time users also can learn a thing or two.

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019

Empat jenis sikat untuk rambut berbeza. Nombor 4 paling berguna!

Sikat penting untuk memastikan rambut tampak bermaya dan segar

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

8 Jenis Item Pakaian & Aksesori Klasik Yang Takkan Go Out Of Style

Inilah sebabnya anda boleh simpan dan pakai untuk tahun-tahun akan datang.

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019
Oh Lawa Tue, 10 Apr 2018

Belajar Teknik Contouring Dan Highlighting Mudah Mengikut Bentuk Muka Anda

Kalau nak bentukkan muka supaya nampak kurus, teknik contouring dan highlighting memang efektif.

Oh Lawa Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum Makeup

Persediaan sebelum bersolek juga amat penting untuk dilakukan bagi memastikan impak solekan tampak gorgeous dan menawan.

Featured Wed, 26 Sep 2018

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Check sama ada selama ini anda ada buat kesilapan ini atau tak.

Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 25 Jul 2018

Jom Belajar Teknik Solekan Mata ‘Smokey Eye’ Yang Tepat Dan Gerenti Perfect

Kalau tak dipakai dengan betul, nanti nampak macam panda!