Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 30, 2018 @ 4:22am

Jual Gadis Bawah Umur, Graduan Perubatan Dipenjara 10 Tahun

Tergamak seorang lelaki melacurkan seorang gadis bawah umur! Akhirnya seorang graduan perubatan ke penjara akibat perbuatan jijik kerana kesalahan hidup atas hasil persundalan seorang kanak-kanak berusia 14 tahun.

Hakim, Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman 10 tahun dikenakan ke atas Khairul Azzuar Yusoff dengan satu sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak, semalam.

Lelaki berusia 30 itu mengaku hidup daripada hasil persundalan kanak-kanak bawah umur di Berjaya Times Square Hotel dan Servis Apartment, Jalan Imbi, pukul 2 sehingga pukul 3.30 petang pada 26 Januari 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuannya kepada bersalah selepas pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh hanya membuat pengakuan selepas beberapa saksi selesai memberi keterangan.

“Ini adalah kesalahan serius, bukan sahaja salah dari segi undang-undang, malah dari sudut agama dan membabitkan kanak-kanak.

“Tertuduh adalah seorang yang bijak dan sebagai orang dewasa sepatutnya boleh membuat pertimbangan antara salah dan benar. Apa juga alasan untuk dia menawarkan khidmat seks bukanlah untuk tertuduh mengambil kesempatan,” hujahnya.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam Suzanawati Ismail, merayu dikenakan hukuman ringan kerana telah insaf dan memohon diberikan pilihan kedua.

“Tertuduh adalah penuntut dalam jurusan perubatan dan pembedahan. Tertuduh bersedia menawarkan kepakarannya untuk banduan yang berada di dalam penjara.

“Tertuduh juga telah dibuang keluarga dan masa depannya musnah,” katanya.

Tambah peguam itu, mangsa dalam kes itu mencari tertuduh untuk mendapatkan wang dan menggunakan wang yang diperoleh bagi membeli barangan.

“Mangsa kini bebas, sedangkan tertuduh berada di penjara menghabiskan masa mudanya,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, ketika tangkapan dilakukan, mangsa dilihat sedang menunggu seseorang, berada di pekarangan pusat beli-belah berkenaan.

Hasil siasatan, remaja itu mengesahkan dia melakukan aktiviti pelacuran selepas ditawarkan oleh tertuduh, selain mendakwa dilanggan oleh dua lelaki pada 26 Januari 2017 antara jam 2 sehingga jam 3.30 petang di tempat kejadian.

Mangsa juga mendakwa mendapat bayaran khidmat seks yang diberikan oleh pelanggan tetapi dibayar kepada tertuduh.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Fokus Pertandingan, Elak Fikiran Serabut… Aliff Aziz Kekal Prinsip Abai Kecaman Netizen

Susah nak puaskan hati semua orang kan? Jadi abaikan je la kecaman mereka tu…

Featured Mon, 16 Jan 2023

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja?

Wah tak sangka kan patut lah Anju cantik macam Nenda dia

Featured Sat, 14 Jan 2023

“Package Warga Emas Ke Ni?” – Gelagat Roy Azman, Jalaluddin Hassan & Ramli MS Bercuti Di Jepun Buat Warganet Terhibur

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Jepun. @thisisroyazmanGhisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Roy Azman Menerusi muat naik yang dibuat […]

Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini. […]

Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Thu, 6 Nov 2025

Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

Zara Zya menegur segelintir netizen yang gemar menjodoh-jodohkan orang lain tanpa usul periksa di media sosial.

Featured Sat, 2 Apr 2022

Terpanggil Menjayakan Misi Kemanusiaan Di Lubnan, Anuar Zain Persiap Mental & Emosi

Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan 🤍❤️

error: Content is protected !!