Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 16, 2023 @ 8:53pm

Fokus Pertandingan, Elak Fikiran Serabut… Aliff Aziz Kekal Prinsip Abai Kecaman Netizen

Penyanyi Aliff Aziz mengakui tidak membaca komen-komen netizen di laman media sosial.

Enggan mengambil peduli kecaman orang ramai, pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu meluahkan rasa bimbang kesihatan mentalnya akan terganggu jika berbuat demikian.

Memetik laporan Berita Harian, amalan itu dilakukan demi menjaga emosi dan mula dibuat selepas menjadi peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

“Sejujurnya, saya sudah tidak membaca komen dalam media sosial. Saya lakukan sedemikian kerana mahu ketenangan fikiran. Apakah matlamat utama menyertai program realiti ini,” ujarnya.

Bagi Aliff, sekiranya dia terlalu memandang serius kritikan warganet, ia akan menjejaskan prestasi persembahannya.

Anak kelahiran Singapura itu juga sentiasa mentaati nasihat ibunya yang mengatakan bahawa kita tidak mampu memuaskan hati semua orang.

“Sebagai manusia, hati saya boleh berbolak-balik. Seribu jarum cucuk, mustahil tiada satu pun masuk.

“Lagipun, Umi saya ada pesan, macam mana pun, kita tak mampu nak puaskan hati orang.

“Walaupun ada penyanyi yang digemari, tetapi wujudkan situasi lebih sihat dan positif. Tak mahulah berlaku perkara toksik seperti kecaman dan maki hamun antara satu sama lain. Itu tidak bagus,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu menegaskan bahawa fikirannya kini semakin positif dan tidak terbeban.

“Saya rasa lebih aman dan tenteram. Ada yang mengatakan saya ‘koyak’ ekoran komen negatif. Saya tak nafikan kerana saya juga manusia biasa.

“Saya sudah berusaha habis baik dan melalui pelbagai cabaran, tetapi bila timbul komen negatif, ia akan buat saya rasa kurang dihargai.

“Jadi, tak perlu sakitkan hati sendiri dengan membaca komen seperti itu.

“Bagaimanapun, tindakan untuk tidak membaca komen hanya dibuat untuk tempoh sementara sepanjang berada dalam program realiti ini,” katanya lagi.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Jul 2020
Featured Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Lif Dah Siap! Tunggu Si Comel Pipi Merah Jer!

Siti terpaksa mengikuti nasihat pakar perbidanan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan memandangkan kebiasaannya  bayi dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF) jarang bersalin secara normal.

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

#BBB2019: Tiga Kali Jadi Juara, Achey Terkejut Menang Lagi!

Gandingan mantap, tahniah Achey & Tauke!

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Featured Fri, 21 Jan 2022
error: Content is protected !!