Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2019 @ 2:00am

#BBB2019: Tiga Kali Jadi Juara, Achey Terkejut Menang Lagi!

Peserta Achey membuat kejutan sekali lagi dalam program Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) separuh akhir apabila muncul sebagai juara mingguan buat kali ketiga.

Gandingan Achey dan pelawak jemputan Tauke membuahkan hasil apabila sketsa tentang doktor dan jururawat ternyata mencuit hati penonton sekaligus berjaya menerima undian tertinggi pada malam tadi.

Achey yang kelihatan terkejut apabila namanya diumumkan turut berterima kasih kepada Tauke atas kerjasama dalam memberikan persembahan terbaik.

Kemenangan di minggu ketujuh ini sekali gus melayakkan dia menerima hadiah wang tunai RM10,000. Ini bermakna Achey sudah berjaya membawa pulang RM 30,000 sepanjang BBB 2019 berlangsung. 

Terdahulu, Achey pernah bergelar juara di minggu pertama dan minggu keempat. 

Sistem pemarkahan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 60 peratus daripada panel juri dan 40 peratus daripada undian dalam talian.

Program yang bersiaran setiap Ahad di TV3 jam 9 malam itu menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara tetap manakala Saiful Apek dan Mark Adam sebagai juri tetap. 

Siapa agaknya bergelar juara BBB2019? Terus menonton program ini pada minggu depan untuk mengetahui siapa yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 10 Apr 2018

Tiada Ibu Yang Sempurna, Hanya Ibu Yang Sejati – Lady’s Choice

Objektif utama kempen ini adalah untuk membawa mesej “tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati.” Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan. 

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

‘Bukan Mudah Untuk Bertahan’- Remy Ishak

Alhamdulillah…Tahniah Remy!

Featured Fri, 25 Apr 2025

Erma Fatima Dilantik Jadi Penasihat Saluran Produksi UTV Usanita Entertainment, Tampil Hael Husaini & Nadeera Dalam 2 Persembahan Mega

Erma bersyukur dengan lantikan yang diterima terutamanya dalam menaik taraf industri dan anak seni tempatan.

Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Featured Sun, 20 Feb 2022
Hiburan Sat, 29 Dec 2018
Featured Mon, 18 Mar 2024
Featured Tue, 3 Jan 2023
error: Content is protected !!