Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 21, 2020 @ 1:17pm

Surau Dan Pusat Khidmat Pelanggan R&R Ditutup

Memandangkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor, Kumpulan PROLINTAS akan menutup beberapa kemudahan sedia ada yang terdapat di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah lebuh raya seliaan syarikat terbabit.

Senarai lokasi penutupan

Antara kemudahan yang ditutup adalah pusat khidmat pelanggan dan surau di Lebuhraya Bertingkat Ampang -Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) serta Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Penutupan ini juga dijadualkan berakhir pada 27 Oktober ini.

Malah, pengguna yang ingin melakukan tambah nilai dinasihatkan menggunakan mesin layan diri yang ditempatkan di beberapa kawasan lebuhraya PROLINTAS.

SOP diperketatkan!

Bagi mengurangkan penularan Covid-19 juga, PROLINTAS meminta agar pengguna lebuhraya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Antaranya, mengehadkan kepada dua orang bagi setiap meja selain menggalakkan pengguna untuk beli dan membawa pulang makanan.

Selain itu, pengguna haruslah memakai pelitup muka sebelum memasuki premis, memakai cecair anti kuman, dan sentiasa menjaga jarak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Oct 2021
Featured Sat, 15 Mar 2025

Tampil Berhijab, Ramai Puji Penampilan Tun Hasmah – “Ya Allah Hampir Tak Kenal”

Tun Siti Hasmah Mohd Ali mencuri perhatian apabila tampil memakai hijab ketika hadir pada sebauh acara baru-baru ini.

Hiburan Tue, 19 May 2026

“Semoga Tahun Ni Saya & Kawan-Kawan TTC Pregnant” – Sweet Qismina Mohon Doa Kurnia Zuriat

Sweet memohon doa dan keajaiban agar dia akan hamil pada tahun ini. 

Hiburan Sun, 8 Dec 2024
Featured Wed, 10 May 2023
Trending Tue, 17 Nov 2020
error: Content is protected !!