Acara By: Ad Ops September 5, 2019 @ 9:22am

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Artis Versatil Popular adalah antara kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun ini dan ia juga sudah memasuki edisi keempat, selain turut dinanti-nantikan peminat seni tanah air. Kategori ini diperkenalkan bagi mengiktiraf populariti serta bakat serba boleh yang ada pada selebriti, baik dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan mahupun komedi.

Artis Versatil Popular ABPBH

Ifa Raziah bersama trofi Artis Versatil Popular yang dimenanginya dua tahun berturut-turut. Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

Penghibur, pengacara, penyanyi serta pelakon Ifa Raziah merupakan pemegang pertama trofi kemenangan bagi kategori ini. Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Diva Dangdut Malaysia ini sekali lagi mencipta kemenangan apabila menang kategori sama dua tahun berturut-turut.

Pada edisi lepas, penyanyi, pengacara serta pelakon Alif Satar berjaya memecah rekod kemenangan Ifa apabila berjaya merampas trofi Artis Versatil Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 31.

Alif Satar ABPBH

Alif Satar berjaya merangkul trofi Artis Versatil Popular di ABPBH 31. Foto: Facebook BH Online

Tahun ini, nama Alif sekali lagi disenaraikan dalam Top 5 Artis Versatil Popular bersaing bersama Janna Nick, Mira Filzah, Zizan Razak dan Siti Nordiana.

Memiliki rekod serta reputasi yang bersih dalam industri seni, ternyata penampilan Alif begitu disenangi ramai. Bakatnya dalam nyanyian, lakonan dan pengacaraan juga diterjemahkan dengan bagus sehingga ramai pengarah, syarikat produksi mahupun stesen televisyen memberi sepenuh kepercayaan kepadanya.

Lakonan Alif dalam drama Dia Semanis Honey memberi impak kejayaan serta populariti kepada Alif apabila berjaya memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Telenovela 2017 dan Pelakon Utama Terbaik di BOH Cameronian Arts Awards 2018 menerusi Dia Semanis Honey The Musical.

Artis Versatil Popular ABPBH 32

Alif dan Nana bersaing merebut trofi Artis Versatil ABPBH 32. Foto: Salhani Ibrahim

Gandingan Alif dalam Dia Semanis Honey dan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana juga tidak ketinggalan apabila turut mendapat tempat di hati peminat selepas memenangi program realiti nyanyian, Gegar Vaganza 2.

Pelantun lagu Memori Berkasih ini pernah memenangi Artis Youtube Popular di ABPBH ke-29 dan Penyanyi Wanita Popular di ABPBH 30. Selain menyanyi dan berlakon, Nana turut berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan.

Pasangan Zizan Razak dan Mira Filzah juga mempunyai bakat serta populariti tersendiri. Zizan berbakat besar sebagai seorang pelawak, pengacara, pelakon serta penyanyi manakala Mira pula tidak kurang hebatnya dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan. Kedua-dua nama ini pernah menerima anugerah di ABPBH dan juga majlis anugerah lain.

abpbh 32 artis versatil popular

Zizan dan Mira masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Foto: NSTP

Tidak seperti Alif, Siti Nordiana, Zizan dan Mira Filzah yang pernah mendominasi Top 5 kategori Artis Versatil Popular pada tahun lalu, ini merupakan kali pertama nama Janna Nick berada di carta Top 5 kategori ini.

Janna merupakan selebriti yang serba boleh dalam bidang lakonan, nyanyian dan juga pengacaranan. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kehadiran Janna dalan senarai lima terbaik ini mampu membuatkan calon lain ‘panas punggung’ kerana Janna mempunyai jumlah peminat yang tinggi jumlahnya dan setia.

Janna Nick Artis Versatil Popular ABPBH 32

Janna Nick mempunyai pengikut yang sangat kuat. NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Pengacara program Melodi di TV3 ini pernah memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH 30, Pelakon Wanita Sensasi (Anugerah Telenovela 2017) serta Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan 2019.

Mampukah Alif Satar mempertahankan trofi yang dimenanginya tahun lepas? Jika anda mahu lihat artis kesayangan anda menang, jangan lupa untuk mengundi di laman sesawang www.abpbh.com.my. Anda juga boleh lakukan undian secara pukal menerusi DuitNow sehingga 15 September depan.

Jangan lupa untuk menonton Malam Kemuncak ABPBH 32 pada 22 September 2019 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Featured Tue, 14 Mar 2023

Sharnaaz Ahmad Titip Nota Untuk Hafidz Roshdi – “Cepat Sembuh & Kembali Betulkan…”

Tolonglah jangan mencurah minyak pada api – Sharnaaz Ahmad

Featured Thu, 15 Sep 2022

Neelofa ‘Payung’ Sikit Wajah Bilal, Peminat Teka Persis Jebat! Tapi Segelintir Sindir – “Ibarat Menunggu Buah Tak Gugur”

Tindakan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor untuk tidak mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal atas sebab penyakit ain yang dikongsikannya sebelum ini masih menjadi persoalan dalam kalangan netizen. Ini kerana, tindakan Neelofa yang sering […]

Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Eat Travel Sat, 20 Oct 2018

Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Buat Ais Krim Milo Yang Lembut Dan Sedap Ini

Kalau nak lagi sedap taburkan milo di atasnya!

Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Featured Sat, 17 Sep 2022

Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Mungkin Mia perlukan masa untuk bertenang 🤷‍♀️

Featured Wed, 19 May 2021

“Demi Allah, Kami Tidak Bernikah” – Sijil Nikah Tular, Nora Jawab Dakwaan Kahwini Menteri

Berikutan tular di media sosial penyebaran sijil kahwinnya bersama Tan Sri Anuar Musa, Datuk Nora Ariffin tampil mengulas bahawa berita tersebut adalah palsu dan boleh mengundang fitnah. “Demi Allah, saya dan Annuar tidak bernikah..saya sendiri […]