Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin September 11, 2019 @ 10:34am

Cara penjagaan apabila memakai pendakap gigi

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Pendakap gigi (braces) bukan lagi berfungsi sebagai rawatan untuk memperoleh susunan gigi yang teratur, tetapi kini dianggap fesyen atau aksesori bagi menghiasi gigi bertujuan  memperlihatkan senyuman yang manis. 

Begitu pun setengah orang yang memakai pendakap gigi beranggapan bahawa ia satu perkara yang mudah untuk dijaga. Salah! Ia memerlukan penjagaan yang lebih berbanding mereka yang tidak memakai pendakap gigi. 

Penjagaan semasa memakai pendakap gigi amat dititikberatkan agar gigi tidak menjadi semakin rosak.

Sebagai contoh, sisa makanan dan plak akan lebih mudah terkumpul di sekeliling pendakap yang dipakai.  Ini akan menyebabkan proses membersihkan gigi akan menjadi lebih susah. Pembersihan yang tidak sempurna boleh mengakibatkan gusi bengkak dan berlaku kerosakan gigi pada peringkat awal. 

Ini adalah antara langkah penjagaan ketika memakai pendakap gigi.

1. Rajin memberus gigi 

Foto: blog.policystreet.com

Memberus gigi merupakan rutin harian bagi setiap orang. Tetapi bagi anda yang memakai pendakap gigi, anda perlu memberus dengan lebih kerap.

Seeloknya anda perlulah menggunakan berus gigi yang khas untuk pendakap gigi agar sisa makanan pada celahan gigi dapat dibersihkan sepenuhnya. 

2. Penggunaan mouthwasher

Selepas memberus gigi, anda digalakkan untuk menggunakan bahan kumur agar dapat membantu untuk membunuh bakteria. 

Di samping itu, ia juga dapat membantu menyegarkan nafas anda. Ada sesetengah jenis bahan kumur dapat membantu dalam memutihkan gigi anda tetapi dengan penggunaan yang konsisten.

3.  penggunaan flos

Foto: hellosehat.com\

Kaedah flos ini agak leceh bagi sesetengah orang yang malas. Kaedah ini bagus diamalkan kerana ia bagus untuk membuang sebarang makanan di celah gigi dan biasakan untuk kawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi. 

Akan tetapi flos gigi ini akan mengakibatkan gigi anda menjadi jarang. Seeloknya flos ini dibuat dalam seminggu sekali. 

4. Elakkan makan makanan yang keras dan manis 

Anda perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang keras seperti kacang ataupun makanan yang manis seperti gula-gula kapas dan gula-gula getah kerana ia menyebabkan kerosakan pada pendakap gigi.

Selain itu, anda perlu mengelakkan minum minuman bergas kerana ia boleh menghakis permukaan gigi dan menyebabkan lapisan enamel menipis. 

5. Penggunaan wax 

Cara penggunaan wax untuk pendakap gigi
Foto: bukalapak.com

Penggunaan wax ini adalah untuk melindungi pendakap yang tajam. Ini kerana apabila gigi bergerak besi pendakap gigi akan semakin memanjang. 

Langkah ini adalah untuk mengelakkan daripada bergesel yang boleh menyebabkan terjadinya ulser. 

Oleh itu, moralnya jika memakai pendakap gigi untuk tujuan kesempurnaan gigi dan ia juga mungkin membuatkan senyum anda tampak unik, pertaruhkan usaha yang lebih untuk penjagaan dan  hasilnya kelak pasti menggembirakan anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 17 Sep 2018

Untut Bukan Penyakit Keturunan Akan Tetapi Berpunca Daripada Kerosakan Saluran Limpa

Kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh menyebabkan untut.

Sihat Thu, 27 Jun 2019

Banyaknya kalori terbakar dengan kerja rumah, kagum tak?

Selain rumah bersih, pinggang pun semakin ramping!

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

Sihat Thu, 26 Jul 2018

Hidap Diabetes Semasa Hamil, Adakah Boleh Mengancam Nyawa Bayi?

Ya, semasa hamil pun anda boleh menghidap diabetes!

Featured Thu, 2 Apr 2020

Kes import punca jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat

Penguatkuasaan fasa kedua PKP diperketat

Featured Mon, 7 May 2018

4 Khasiat Epal Hijau Yang Anda Tidak Tahu Selama Ini

Anda mungkin tidak tahu buah epal hijau banyak khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan.

Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Featured Mon, 30 Mar 2020
error: Content is protected !!