Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 28, 2019 @ 10:45am

Apakah tanda-tanda jika kolestrol tinggi dalam badan?

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Kolesterol adalah antara perkara yang ditakuti dalam anatomi tubuh badan manusia kerana jika badan mengandungi banyak kolesterol, pelbagai penyakit akan datang dan seterusnya mengakibatkan pelbagai komplikasi lagin.

Kolesterol adalah lipid yang ada di semua sel dalam tubuh kita. Ramai beranggapan bahawa mereka yang berbadan besar sahaja yang menghadapi masalah ini. Walhal, kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah tidak berkait lanagsung dengan saiz badan seseorang. 

Apabila kolestrol tinggi dalam badan ia menjadi faktor utama bagi serangan jantung. Pembentukan kolestrol adalah sebahagian daripada proses yang menyempitkan arteri di mana plak membentuk dan menyekat aliran darah. 

Oleh itu, anda perlu peka apabila ada  mengalami tanda yang menunjukkan kolestrol tinggi supaya boleh mengambil tindakan untuk menurunkannya. Antara tanda-tanda yang akan dihadapi apabila kolestrol tinggi dalam badan adalah: 

1. Bintik putih bawah mata

Foto: intisari.grid.id

Tanda ini merupakan paling senang untuk di kesan menerusi bintik putih yang wujud pada bahagian bawah mata. Bintik putih pada kulit terutama di bahagian bawah mata dikenali sebagai Xanthoma. Bintik ini terjadi apabila adanya pengumpalan lemak dan kolestrol yang tinggi dalam darah.

Walaupun ia tidak kelihatan bahaya dan tidak menyakitkan, ia boleh membesar dan dapat dilihat dari jauh. Jika tidak diambil tindakan, bintik tersebut tidak akan hilang dengan sendirinya. 

2. Badan berasa letih 

Foto: style.tribunnews.com

Bagi individu yang sering berasa penat walaupun dia tidak melakukan kerja yang berat, mereka perlu berhai-hati kerana petanda berkenaan mungkin menunjukkan bahawa  kolestrol tinggi dalam badan. 

Ini kerana badan tidak mendapat kadar oksigen yang cukup. Perkara ini akan memaksa badan untuk menghasilkan metabolisme yang lebih sedangkan aliran darah mengalami masalah. 

3. Susah untuk bernafas 

Foto: liputan6.com

Jika kandungan kolestrol tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan seseorang sukar untuk bernafas dan sesak nafas. Perkara ini terjadi apabila salur darah tersumbat dan jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen yang cukup dari darah.

4. Perut kembung 

Foto: idntimes.com

Akibat kolestrol tinggi ini, masalah pencernaan dan tahap metabolisme akan terganggu. Ia akan menyebabkan tersimpannya gas yang berlebihan pada saluran usus yang menghala ke kawasan perut. 

Kerana itulah timbulnya masalah kembung perut atau dada. Selain itu, apabila  sistem metabolisme sudah mengalami gangguan, ia akan menyebabkan pengumpulan lemak di bahagian perut. Dengan itu, berat seseorang boleh meningkat dan akhirnya menyebabkan obesiti.   

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 19 Sep 2018

Wanita Mudah Naik Hantu Bila Nak Period, Kenapa Ya?

Ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron punca utama perubahan emosi wanita.

Featured Tue, 30 Oct 2018

Anak Ini Kongsi Kisah Bapanya Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Bapa ini mempunyai 5 orang anak dan 12 orang cucu.

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Thu, 11 May 2023
Featured Fri, 20 Dec 2024

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Mahu Bekas Isteri Mohon Maaf – “Kalau Gagal Saya Tuntut Ganti Rugi”

, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya pada Khamis.

Featured Sun, 8 Apr 2018

12 Benda Mahal Tapi Merepek Yang Selebriti Barat Pernah Beli, No. 11 Paling Gila

Kalau dah artis tu, mestilah mereka berduit. Dan bila ada duit, tak sah kalau mereka tak berbelanja untuk barang-barang yang mereka tak perlu.

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

error: Content is protected !!