Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops October 1, 2019 @ 9:00am

Ketahui makna simbol pada bekas produk kosmetik, jangan pandang remeh!

Apabila anda membeli sesuatu produk kosmetik itu, besar kemungkinan anda hanya akan meneliti kegunaannya, tapi tidak akan memperuntukkan masa untuk membaca apakah bahan terkandung di dalamnya. Mungkin hanya segelintir sahaja yang akan membaca dengan teliti apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk berkenaa,

Selain itu, pernahkah anda meneliti simbol pelik yang ada pada label produk berkenaan?

Jangan pandang remeh terhadapnya, kerana ia lazimnya menyatakan perkara penting seperti berapa lama produk itu selamat untuk dipakai sebelum anda perlu membuangnya disebabkan luput tarikh.

Selain simbol kitar semula, ramai yang tidak dapat mengagak makna di sebalik simbol yang biasa digunakan oleh pengeluar kosmetik.

Ternyata simbol ini tidak banyak, tetapi setiap produk kecantikan pasti ada sekurang-kurangnya satu simbol.

Teruskan membaca panduan yang dikongsikan oleh Bustle di bawah untuk mengetahui maksud simbol berkenaan.

PAO

Foto: Berezka_Klo/Shutterstock

Ia bermaksud ‘Period After Opening’ yang menunjukkan berapa lama produk ini boleh bertahan selepas anda membuka bekasnya.

Huruf ‘M’ itu bermaksud months (bulan) jadi jika produk anda ada simbol ’12M,’ itu bermakna produk itu hanya boleh dipakai selama 12 bulan.

Jangan ingat produk yang anda pakai lima tahun lalu masih selamat untuk dipakai sekarang! Ramuannya tetap ada tarikh luput, jadi ada kemungkinan keadaan kulit anda terjejas jika ia berciri toksik.

Leaping Bunny

Foto: Kudarat Skincare

Inilah logo yang diiktiraf dan digunakan oleh pengeluar kosmetik di serata dunia untuk memaklumkan bahawa tiada haiwan yang digunakan bagi menghasilkan produk mereka.

Mobius

Foto: 90miles/Shutterstock

Logo Mobius ini menunjukkan bahawa bekas produk ini boleh dikitar semula. Kadangkala logo ini mempunyai nombor di tengah-tengahnya. Nombor berkenaan menunjukkan berapa peratus daripada bekas ini telah dibuat daripada bahan yang dikitar semula.

Ecocert

Foto: SCCPRE.com

Simbol di atas memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 95 peratus daripada formula produk di dalam bekas ini mengandungi ramuan semula jadi. Kadangkala ada perkataan lain di sampingnya.

Organic Cosmetic bermakna 95 peratus daripada ramuan semula jadi produk ini datang daripada perladangan organik. Jika logo itu menunjukkan frasa Natural Cosmetic, ia bermakna hanya 50 peratus saja ramuannya ialah semula jadi.

Green dot

Foto: Pro-eorg.com

Simbol anak panah ini menunjukkan syarikat pengeluar ialah sebahagian daripada skim kitar semula di Eropah dan sudah mengikuti peraturan pembuangan pembungkusannya.

Jam pasir

Foto: Wikimedia Commons

Maksud simbol ini tidak patut dikelirukan dengan maksud simbol PAO. Tidak seperti PAO, logo ini menunjukkan bahawa produk berkenaan hanya akan bertahan selama 30 bulan, tidak kiralah jika ia sudah dibuka ataupun belum.

Sila rujuk risalah

Foto: Standard Studio/Shutterstock

Sesetengah jenama kosmetik tidak mampu untuk memuatkan semua maklumat produk di atas bekasnya. Dalam hal ini, mereka akan menggunakan simbol ini. Ia menunjukkan maklumat terperinci boleh didapati pada risalah yang diselitkan di dalam pembungkusan produk berkenaan.

Api

Foto: Lybimkavector/Shutterstock

Apa saja produk yang mempunyai simbol ini mudah terbakar dan patut dijauhi daripada api dan suhu yang tinggi. Simbol ini lazim dijumpai pada produk berbentuk semburan aerosol.

E-Mark

Foto: Viktorija Reuta/Shutterstock

Juga dikenali sebagai tanda jangkaan, ia menunjukkan produk ini telah dibungkus mengikut perjanjian yang ditetapkan oleh pengeluar produk di Eropah.

Ia juga mengesahkan bahawa berat produk yang tertera pada labelnya ialah tepat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Apr 2025

Jeslina Hashim Kekok Dipanggil Che Puan – “Panggil Jes Sahaja”

Katanya, dia lebih selesa apabila orang memanggil namanya sahaja.

Featured Wed, 28 Jul 2021

“Muak Dengan Family Kaya Rampas Kuasa, Ini Baru Realiti..”- Drama Ayahanda Raih Pujian Ramai

Drama Ayahanda yang kini memasuki episod kesembilan semakin hari semakin mencuri perhatian ramai penonton. Bukan sahaja dibarisi oleh nama-nama pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Noorkhiriah  malah drama yang memaparkan konflik dan […]

Featured Sun, 26 Jun 2022
Eat Travel Mon, 26 Nov 2018

Felda Residence Hot Spring, Sauna Semula Jadi Wajib Dikunjungi

Mata air panas terkenal sebagai salah satu rawatan alternatif pelbagai penyakit kulit.

Featured Fri, 10 Apr 2020

FK by Farah Khan, koleksi lebaran pada harga berpatutan buat penggemar fesyen

Koleksi ini diinspirasikan oleh keindahan Marrakech

Featured Thu, 7 May 2026

Martabat Legasi Sharifah Aini Diangkat Dalam Konsert Eksklusif ‘A Tribute To Sharifah Aini’

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa berjudul ‘A Tribute to Sharifah Aini’ sebagai penghormatan kepada Biduanita Negara itu.

Featured Tue, 8 Jul 2025

Pempengaruh Berpakaian Wanita Dicekup JAIM Ketika Buat ‘LIVE’ Di TikTok

Lelaki berusia 25 tahun bukan sahaja ditahan malah kesemua barang miliknya turut disita.

error: Content is protected !!