familuv By: Ad Ops October 3, 2019 @ 10:00am

Panduan posisi tidur selamat dan terbaik bagi wanita hamil

Mengandung selama sembilan bulan bukanlah sesuatu  yang mudah untuk dilalui oleh seorang wanita kerana selain membawa ‘nyawa’ lain di dalam kandungan, situasi berkenaan juga kadang kala menjejaskan emosi dan kesihatan wanita atau ibu berkenaan.

Semestinya dia memerlukan rehat yang cukup dan mendapat khasiat yang diperlukan bagi memastikan bayi dalam kandungan akan membesar dengan sempurna.

Salah satu cara ialah dengan tidur, tetapi langkah ini mungkin sedikit mencabar kerana perut mereka yang kian membesar akan menyebabkan posisi tidur juga perlu betul. Mana boleh tidur sembarangan!

Wanita-wanita hamil melaporkan mereka sentiasa mengalami keletihan, terutamanya ketika trimester pertama dan ketiga. Usaha menampung berat badan berlebihan boleh menguatkan lagi rasa letih ini. Ia akan jadi lebih memudaratkan jika mereka tidak mendapat tidur yang cukup.

Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan wanita mengandung untuk meningkatkan prestasi tidur mereka, menurut Medical News Today.

Posisi tidur terbaik

Sumber: Pulmonology Advisor

Dalam trimester pertama, seseorang wanita hamil itu boleh tidur dalam apa jua posisi yang selesa baginya, tidak kiralah terlentang, mengiring mahupun meniarap. Apa jua kombinasi pun selamat.

Ketika ini, uterusnya belum lagi membesar dengan cukup untuk mengganggu tidur. Bagaimanapun, perubahan hormon, rasa lapar pada waktu malam, rasa loya ataupun simptom kehamilan lain boleh menjejaskan pengalaman tidur mereka.

Dalam trimester kedua dan ketiga pula, lebih ideal untuk wanita ini tidur mengiring di sebelah kiri. Posisi ini mampu memaksimakan peraliran darah ke uterus tanpa meletakkan tekanan pada hati.

Wanita yang mengalami sakit belakang ataupun pinggul ketika hamil patut cuba letakkan sebiji bantal atau dua di celah lutut, atau bengkokkan lutut ketika tidur. Posisi ini akan memberi kelegaan.

Posisi tidur lain yang boleh menyelesaikan isu kehamilan biasa termasuklah:

  • Tingkatkan bahagian atas badan dengan beberapa biji bantal untuk mengurangkan rasa pedih ulu hati
  • Tinggikan kaki dengan bantal ketika baring untuk mengurangkan bengkak dan sakit kaki
  • Gunakan bantal kehamilan untuk menatang badan dan menampung bahagian belakang

Sumber: Chicago Tribune

Posisi tidur yang patut tidak digalakkan

Pakar kehamilan tidak mengesyorkan anda tidur dengan posisi berikut:

Meniarap

Ramai wanita hamil risau jika mereka tidur meniarap, tumbesaran fetus mereka akan terganggu. Sebenarnya uterus mereka mampu melindunginya dengan baik, jadi mereka tidak patut elak daripada tidur meniarap pada trimester pertama.

Cuma lama-kelamaan, apabila perut mereka semakin membesar, wanita hamil akan rasa tidur meniarap amat sukar atau mustahil. Bagi mereka yang gemar tidur meniarap, jangan risau kerana ia tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Terlentang

Di trimester ketiga (selepas minggu kehamilan ke-28), posisi tidur terlentang memberi tekanan kepada saluran darah utama yang mengalirkan darah ke uterus.

Tekanan ini boleh menyekat bekalan oksigen ke fetus. Ia juga boleh mendatangkan simptom kehamilan seperti rasa pening dan pedih ulu hati pada si ibu.

Jika anda risau anda akan terbangun dalam posisi tidur terlentang, anda boleh gunakan bantal untuk sokongkan badan dan bantu kekalkan posisi mengiring.

Sumber: Bragging Mommy

Risiko kekurangan tidur

Jangan pandang remeh terhadap tidur terutamanya apabila anda sedang hamil. Tanpa tidur yang cukup, wanita mengandung boleh mengalami keletihan dari segi fizikal dan emosi. Akibatnya, susah bagi mereka untuk melakukan tugasan harian.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan gangguan emosi seperti kemurungan serta kecederaan akibat keletihan. Bayi di dalam kandungan juga boleh terancam; isu yang boleh terjadi termasuklah tumbesaran fetus terbantut dan preeklampsia.

Kesimpulannya, jika anda sedang hamil dan sering sukar untuk mendapatkan tidur yang lena, anda patut bercakap dengan doktor mengenai cara baaimana memperbaiki kualiti tidur anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Nov 2021

Gadis Sebak Dapat Pulang Ke Tanah Air Selepas Dua Tahun Tanggung Rindu

Berkhidmat sebagai barisan hadapan semasa pandemik sememangnya tidak mudah. Bukan sahaja sibuk dengan tugasan yang perlu dipikul malah terpaksa tinggal berjauhan dan menanggung rindu terhadap keluarga. Itulah yang dilalui oleh seorang gadis yang bekerja sebagai […]

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Sun, 14 Nov 2021

Janna Nick Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 34

Anugerah Bintang Popular (ABPBH ke-34) yang bertemakan ‘Kita Bersama’ malam ini berlangsung dengan meriah menerusi siaran langsung di TV3. Mempertandingkan sebanyak 14 kategori utama dan 4 kategori online, keputusan disampaikan oleh barisan pelakon, personaliti media […]

Featured Sun, 1 Jul 2018

5 Stail Tudung Bawal Yang Paling ‘In’ Untuk Tahun Ini

Kalau nak bergaya macam hijabista famous, jom belajar 5 stail tudung bawal ini!

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Tue, 21 Jun 2022

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Alhamdulillah. Janjih tak buta lagi okay!