Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Sihat By: tex_admin October 15, 2019 @ 7:46pm

Adakah normal bagi sesetengah orang berpeluh ketika tidur?

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda berpeluh ketika tidur? Situasi di mana anda sering terjaga daripada tidur dan perlu menukar cadar dengan kerap.

Keadaan ini  berlaku bukan disebabkan anda berada dalam keadaan cuaca panas ataupun memakai selimut terlalu tebal ketika tidur, akan tetapi ia berlaku disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan. Antaranya adalah: 

Perubahan hormon

Foto: sihat.net

Salah satu penyebab kepada masalah berpeluh ketika tidur ialah tahap estrogen yang berubah-ubah atau menopaus. Bagi wanita menopaus, ia adalah normal jika berpeluh secara berlebihan walaupun ketika tidur kerana dikaitkan dengan keadaan tubuh yang menjadi panas. 

Selain daripada itu, fasa kehamilan juga boleh menyebabkan badan menjadi berpeluh secara berlebihan disebabkan hormon yang tidak menentu. 

Masalah tiroid 

Foto: msn.com

Berpeluh secara keterlaluan dan bertindak sensitif terhadap haba merupakan gejala tiroid atau nama saintifiknya ialah hyperthyroidism. Kelenjar tiroid berfungsi dalam mengawal metabolisme badan.

Akan tetapi masalah ini berlaku apabila kelenjar tiroid bertindak hyperaktif dan mengeluarkan terlalu banyak hormon tiroid yang telah meningkatkan kadar metabolisme badan.

Perkara ini akan membuatkan seseorang itu berasa cepat gementar, mengalami penurunan berat badan yang mendadak serta kuat berpeluh. Oleh itu, segera berjumpa dengan doktor jika perkara sebegini berlaku kepada anda.  

Kanser limfoma

Kanser juga boleh menjadi penyebab seseorang itu berpeluh ketika tidur. Antara kanser paling biasa yang menjadi penyebab kepada badan berpeluh adalah kanser limfoma. Ia merupakan kanser yang menyerang sistem imun dalam badan yang mengakibatkan berlakunya penurunan berat badan, demam dan berpeluh. 

Obesiti 

Foto: doctoroncll.com.my

Obesiti adalah disebabkan oleh lemak berlebihan dalam badan yang boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan lain juga. Antara faktor berlakunya obesiti ialah genetik, tidur yang tidak mencukupi, diet yang tidak seimbang, tidak aktif bersukan dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan. 

Perkara ini akan menimbulkan hyperhidrosis sekunder dan mendatangkan ketidakselesaan pada seseorang. Justeru jika anda mengalami keadaan badan berpeluh, teliti adakah faktor disebutkan di atas ada pada anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Dec 2019

Virus Polio kembali menyerang Malaysia, ketahui petanda & cara mencegahnya

Penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan dan juga maut!

Sihat Fri, 18 Jan 2019
Sihat Thu, 14 Jun 2018

Susah Nak Tidur Pada Waktu Malam? 5 Makanan Ini Boleh Bantu Pesakit Insomnia

Kalau tak dirawat, kualiti hidup pesakit insomnia akan terjejas!

Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

Featured Wed, 7 Aug 2019
Featured Wed, 18 Mar 2020
Featured Tue, 31 Jul 2018

Kesan Radiasi Telefon Pintar Boleh Buat Remaja Jadi Pelupa

Pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak.

Sihat Wed, 21 Nov 2018
Sihat Tue, 5 Nov 2019

Nak hidup lama? Kajian kata ‘jangan banyak berfikir’

Lebih aktif otak anda berfikir, lebih pendek jangka hayat anda.

error: Content is protected !!