Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin October 14, 2019 @ 10:55pm

Glow Doe dUCk Cosmetics bantu serlah solekan

Oleh Saadiah Ismail

Wanita dan solekan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Biarpun hanya secalit gincu sahaja, sedikit solekan penting kerana bagi wanita kehadiran warna pada bibir mampu memberi keyakinan ketika berdepan dengan sesiapa.

Tidaklah wajah tampak begitu polos  sehingga kelihatan suram dan pucat, namun bagi yang ‘kaki mekap’  pasti ada saja bahagian pada wajah yang perlu dikemaskan semula biarpun baru saja selesai bersolek.

Antara cara yang boleh membuatkan solekan tampak lebih menyerlah adalah menggunakan produk  solekan iaitu penyerlah (highlighter) yang  dapat membantu wajah tampak lebih bersinar.

Menyedari aliran terkini itu, jenama dUCk Cosmetics tampil dengan produk penyerlah dikenali sebagai Glow Doe bagi melengkapkan lagi solekan supaya wajah tampak lebih berseri.

Tiga variasi Glow Doe dUCk memberikan solekan yang lebih menyerlah.

Hanya dengan sedikit sapuan pada bahagian tertentu seperti rahang pipi, hidung dan dagu, wajah akan lebih berseri dan solekan tampak kemas bergaya. 

Glow Doe dUCk boleh digunakan dalam sebarang jenis solekan, tidak kira siang atau malam. Teksturnya begitu lembut dan sedikit lembap, namun lama-kelamaan sapuan penyerlah itu akan serasi dengan solekan anda.

Bersempena dengan pelancaran produk baharu itu, dUCk Cosmetics membawakan tiga variasi warna sebagai pilihan bagi memastikan setiap warna kulit sesuai untuk sapuan penyerlah.

Tidak kira apa warna kulit, penyerlah Glow Doe dUCk menyerikan solekan harian anda.

1. There She Glows

Variasi ini sesuai untuk wanita berkulit putih kerana ia memiliki tekstur berwarna seperti merah jambu bagi mereka yang sangat obses dengan warna berkenaan.

2. Let It Glow

Tiga warna penyerlah yang menjadi aliran solekan terkini diperkenalkan oleh dUCk.

Let it Glow mempunyai tekstur yang sesuai untuk setiap wanita, tanpa mengira warna kulit. Pemakaiannya mampu membentuk wajah anda seperti yang diinginkan.

3. Got To Glow

Produk ini khusus untuk wanita yang berani tampil dengan penyerlah yang terang, terutama jika mengenakan solekan yang mampu menyerlahkan wajah.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Glow Doe dUCk yang berharga RM89 setiap satu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 24 Apr 2018

Buat Si Gadis Manis Yang Stailo, 4 Gaya Moden Wanita Hijab Ini Pasti Kamu Suka

Berhijab bukan alasan untuk anda ketepikan penampilan yang kemas dan menarik.

Oh Lawa Thu, 22 Mar 2018

Idamkan Bentuk Kening Yang Menawan? Ikuti 4 Langkah Ini, Pasti Jadi

Kening ibarat bingkai wajah. Jika solekan kening tidak seimbang, samalah seperti kita melihat potret yang senget!

Oh Lawa Wed, 20 Mar 2019
Oh Lawa Thu, 24 May 2018

Wow! Koleksi Lebaran 2018 Oleh Selebriti-Selebriti Malaysia Ini Memang Memukau

Selebriti Malaysia tampil dengan koleksi raya yang memukau.

Featured Tue, 24 Mar 2020
Featured Mon, 5 Nov 2018
Featured Mon, 13 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

7 Tip Pilih Kaca Mata Hitam Supaya Nampak Gorgeous!

Hujung minggu ini ada public holiday sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Bagi yang mencari-cari kaca mata baru untuk digayakan ketika bercuti nanti, semak tip berikut.

Oh Lawa Tue, 16 Apr 2019

Ingin tahu rahsia tudung Sharifah Rose sentiasa kelihatan kemas? Ini jawapannya

Dia tidak pernah kalah dengan setiap gaya yang diperagakan.

Oh Lawa Thu, 12 Jul 2018
error: Content is protected !!