Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Fadzlena Jafar October 21, 2019 @ 11:53am

Adidas buka butik kanak-kanak pertama di dunia

Jenama fesyen sukan terkenal, adidas melancarkan butik fesyen khusus untuk kanak-kanak yang pertama di dunia, adidas Kids bagi memudahkan ibu bapa yang menggemari gaya lasak dan kesukanan.

Butik yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah IOI Mall Putrajaya itu menampilkan rekaan khusus untuk bayi, kanak-kanak dan remaja di bawah satu bumbung.

Pengurus Besar adidas Malaysia, Mr. Ng Chee Loon, berkata pembukaan butik adidas Kids eksklusif untuk kanak-kanak itu adalah langkah pertama bagi Adidas Malaysia untuk membuka lebih banyak butik seumpamanya di negara ini.

Butik baharu adidas Kids din IOI Putrajaya menampilkan himpunan kasut dan pakaian sukan untuk kanak-kanak. Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

“Kami teruja dengan pembukaan butik untuk kanak-kanak ini kerana kami di adidas Malaysia percaya konsep ini akan memberi peluang kepada ibu bapa yang meminati jenama ini untuk mencari barang keperluan yang digemari untuk anak mereka.

“Butik ini adalah butik untuk kanak-kanak pertama di dunia dan Malaysia menjadi negara pilihan berikutan sambutan hebat di Malaysia terhadap rekaan adidas untuk kanak-kanak, malah butik di IOI Putrajaya ini adalah fasa pertama bagi kami membuka butik adidas Kids dan dijangka lebih banyak butik seumpama ini dibuka menjelang akhir tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Butik dengan keluasan kira 82 meter persegi itu dihias dengan warna terang yang menjadikan suasana lebih ceria kepada pengunjung.

Butik adidas Kids di IOI Putrajaya turut diserikan dengan ruang untuk bermainan bagi kanak-kanak. Gambar sumbangan adidas Malaysia.

Selain rak baju, adidas Kids turut menyediakan ruang mainan yang direka khusus untuk si kecil menyerlahkan kreativiti mereka sambil ibu bapa membeli-belah

Butik berkenaan menyediakan pelbagai keperluan antaranya pakaian kasual dan aksesori seperti beg, topi dan kasut yang sesuai untuk bayi sehingga remaja berusia 14 tahun.

Berbeza dengan butik lain, butik adidas untuk kanak-kanak itu dibahagikan kepada tiga seksyen berdasarkan umur bagi memudahkan ibu bapa memilih saiz yang bersesuaian untuk si kecil.

1. Sudut bayi

Koleksi kasut dan pakaian sukan untuk bayi dan kanak-kanak kecil di adidas Kids, IOI City Mall. Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

Pelbagai barangan disediakan merangkumi pakaian kasual seperti baju, seluar, jumper, kemeja-T dan jaket dengan rekaan yang menarik untuk bayi lelaki mahupun perempuan berusia dari lahir sehingga tiga tahun.

Adidas Kids turut menyediakan kasut untuk si cilik yang amat menarik dengan rekaan yang lebih ceria bersesuaian dengan aliran masa kini.

2. Sudut kanak-kanak

Pelbagai rekaan kasut dan pakaian sukan untuk kanak-kanak yang menggemari gaya lasak. Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

Bagi ibu bapa yang meminati jenama adidas, anda boleh memilih pelbagai rekaan untuk anak anda yang berusia dari empat hingga lapan tahun. Antara yang disediakan ialah kemeja-T, seluar kasual dan jaket.

Ibu bapa juga boleh membeli topi dan beg yang sesuai dipakai ke sekolah. Bukan sahaja hadir dengan rekaan menarik, beg yang dipasarkan di butik berkenaan juga tahan lasak.

3. Sudut remaja

Butik baharu adidas Kids itu turut menyediakan rekaan khusus untuk kanak-kanak yang melangkah ke alam remajal. Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

Ada kalanya, agak sukar untuk mencari pakaian untuk remaja berusia antara sembilan hingga 14 tahun. Menyedari masalah berkenaan adidas menyediakan pelbagai rekaan kasual untuk kanak-kanak yang sedang melangkah ke alam remaja.

Ada pelbagai rekaan disediakan daripada pakaian kasual sehingga kasut yang didatangkan dalam pelbagai rekaan menarik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 1 Jan 2019

11 Of The Weirdest Fashion Moments Of 2018

You couldn’t have predicted most of these fashion trends.

Oh Lawa Mon, 14 Jan 2019

Teknik penjagaan lubang tindik telinga

Anda perlu ikuti agar luka anda pulih dengan cepat.

Oh Lawa Thu, 13 Dec 2018

Willow Smith, Si Anak Dara Will Smith Yang Pandai Bergaya!

Pengkritik fesyen di Hollywood menyifatkan stail Willow sebagai unexpected and fun!

Oh Lawa Tue, 16 Jan 2018

Mengapa Pakai Tudung Jenama Tiruan Tak Cool

Kebanjiran tudung tiruan berjenama premium contohnya seperti dUCK scarf seakan sesuatu yang boleh diterima. Walhal, gejala ini amatlah tidak cool langsung! Ini kenapa tudung berjenama tiruan tidak boleh diterima atau layak digayakan: 1) If you […]

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Oh Lawa Mon, 16 Jul 2018
Featured Mon, 6 Jul 2020

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Rekaan lebih kreatif dengan inovasi terkini

Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikuti 10 Tip Ini Supaya Makeup Anda Tahan Lama Pada Hari Raya Nanti

Kalau makeup cair, takut anda nampak macam badut pula.

Oh Lawa Thu, 26 Sep 2019

Butik pop-up Fred Perry dibuka di RexKL

Sasar pelancong asing di Petaling Street

error: Content is protected !!