Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops December 6, 2018 @ 3:00pm

Inilah Apa Yang Anda Patut & Tidak Patut Buat Ketika Menggunakan Exfoliator

Seronoknya jika kulit kita licin macam kaca dan lembut bagai sutera. Untuk dapatkan kulit sesempurna ini, penggunaan facial cleanser atau pencuci muka saja tak cukup. Anda kena pakai exfoliator.

Exfoliation bermaksud menanggalkan sel kulit mati daripada permukaan kulit paling luar. Ia boleh dilakukan dalam dua cara:

  • dengan menyental bersih kulit dengan berus, kain ataupun produk scrub.

Foto: Braun

  • dengan menggunakan produk yang melarutkan sel kulit mati.

Foto: Kirill Linnik/Shutterstock

Bila anda membersihkan muka dengan teknik exfoliate, produk lain seperti krim atau serum akan berupaya untuk menembusi permukaan kulit dengan lebih mudah. Produk tersebut akan dapat diserap dengan lebih efektif.

Tambahan pula, kerana anda menanggalkan sel kulit mati yang kusam, kulit anda akan nampak lebih cerah dan berseri.

Exfoliation adalah langkah yang mudah tapi penting untuk mendapatkan kulit selembut kulit bayi. Jika anda tak begitu mahir dalam memilih produk exfoliator dalam pasaran, ikuti nasihat pakar kulit Dr Robyn Gmyrek.

Di bawah ini, anda boleh pelajari apa yang anda perlu cari dalam sesuatu produk exfoliator itu, mengikut jenis kulit anda sendiri.

Jika anda mempunyai kulit kering….

Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi banyak alkohol. Cari produk yang memiliki ramuan yang melembapkan, seperti minyak kelapa, shea butter atau ceramide.

Memandangkan kulit anda selalu kering, anda hanya perlu exfoliate sekali atau dua kali seminggu, diikuti dengan pelembap yang kuat.

Jika anda mempunyai kulit berminyak…

Kulit jenis ini lebih bertoleransi jadi anda boleh exfoliate sehingga 5 kali seminggu, bergantung kepada produk. Anda patut gunakan yang mengandungi asid alpha atau beta, atau asid salicylic atau glycolic.

Anda masih kena gunakan pelembap selepas itu. Tapi jangan terlebih exfoliate pula! Kulit anda akan menjadi kering dan ini boleh menyebabkan kemerahan dan iritasi. Anda juga mungkin akan menyebabkan lebih banyak minyak untuk keluar daripada kulit, memandangkan ia terlalu kering.

Foto: Yahoo

Jika anda mempunyai kulit normal…

Anda boleh exfoliate dua ke tiga kali seminggu. Walaupun kulit normal tidak begitu ketat peraturannya, jika anda exfoliate terlalu kerap, nanti ia berpotensi untuk bermasalah.

Anda boleh exfoliate dengan berus, kain ataupun produk kimia yang mengandungi gula kasar, serbuk biji aprikot atau kulit kacang walnut, dan jumlah asid yang rendah. Mula perlahan-lahan dan lihat produk mana yang kulit anda boleh tahan.

Jika anda mempunyai kulit kombinasi…

Ini bermakna zon-T anda berminyak manakala kulit pipi anda kering. Jadi anda perlu exfoliate lebih banyak di kawasan zon-T saja. Ia patut diikuti dengan pelembap; sapukan banyak-banyak di kawasan kulit kering dan sikit-sikit di kawasan berminyak.

Akhir sekali, ikuti tip-tip tambahan yang Dr Gmyrek ingin kongsi dan ingatkan.

  • Jangan terlebih exfoliate. Jika tidak, kulit anda akan menjadi merah dan mula menggelupas.
  • Jika anda mempunyai jerawat kronik atau cystic acne yang sudah meradang, anda boleh menerukkan lagi keadaan jika anda gunakan exfoliator di situ, jadi elakkan kawasan kulit berjerawat.
  • Selalu gunakan pelembap setelah exfoliate, kerana anda kena gantikan semula kelembapan yang anda baru saja buang.
  • Periksa produk penjagaan kulit lain yang anda sedang pakai. Sesetengah ubat atau produk mungkin menyebabkan kulit anda menjadi sensitif atau menggelupas, seperti produk preskripsi yang mengandungi retinol atau benzoyl peroxide. Jika anda exfoliate sambil menggunakan produk ini, anda mungkin akan membuatkan kulit anda lebih teruk atau menyebabkan timbul jerawat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Jul 2018

Pelukis Papar Keindahan Egypt Menerusi Fesyen Cutouts. Kreatif & Luar Biasa!

Muhammed Salah mempromosikan negaranya dalam cara yang cukup unik dan kreatif menerusi seni indahnya.

Oh Lawa Sun, 22 Jul 2018

5 Kesilapan Penggunaan Foundation Yang Boleh Buat Jerawat Anda Jadi Lebih Teruk

Foundation memang boleh cover kecelaan tapi ada caranya.

Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?

Featured Wed, 8 Apr 2020

Batik kapas merentas masa, tetap jadi pilihan

Lembut dan selesa, tidak rengsa pada kulit

Oh Lawa Mon, 29 Apr 2019

Penampilan Neelofa semasa di Milan Fashion Show ini berharga RM14,109.07! Anda sanggup?

Dia memang berani dalam memperagakan sesebuah gaya yang berbeza.

Oh Lawa Tue, 16 Oct 2018
Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Untuk Hasil OOTD Raya Yang Meletop! Memang Tak Sah Tanpa Bulu Mata Palsu

Melihat kanak-kanak comel atau teman yang berbulu mata lentik membuatkan hati terasa geram sehingga terdetik alangkah bestnya kalau kita juga dikurniakan kelebihan itu.

Yang selalu merasakan sebegini tentulah orang perempuan, kerana memiliki bulu mata tebal dan lentik menjadi impian setiap kaum hawa. Apatah lagi di zaman sekarang ini, ke pasar, ke pusat membeli-belah atau melepak dengan teman-teman pun wajib berbulu mata!

Featured Wed, 14 Nov 2018

Pelukis Ini Buat Inovasi Bola Menjadi Beg Silang Yang Nampak Trendy!

Harga sebiji beg bola ini bernilai $960 (RM4024.80).

Oh Lawa Thu, 5 Apr 2018

Penangan Gelekan Memukau Izara Aishah, Buat Penonton Terlupa 60 Koleksi Lebaran Rizalman For Zalora 2018

Seperkara yang tetamu sukar untuk ‘move on’, adalah segmen finale menyaksikan gelekan mempersona daripada oleh Izara Aishah mempersembahkan tarian Bollywood.

error: Content is protected !!