Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops November 1, 2019 @ 1:18pm

Solekan sempurna dengan 4 produk Pley! Cosmetics

Jenama produk solekan tempatan, Play! Cosmetics menjenamakan semula produk berkenaan kepada Pley! Cosmetics pada satu majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Pley! Cosmetics, Mea Sukri, berkata penjenamaan semula produk yang sudah berada di pasaran hampir dua tahun itu berikutan masalah dengan isu pendaftaran cap dagangan.  

“Produk Play Cosmetics mula dipasarkan pada 20 Januari 2018 dengan konsep  Play With Makeup kerana kami ingin menggalakkan pengguna untuk menjadi kreatif dengan produk ini. Begitupun pihak kami berhadapan masalah untuk mendaftarkan cap dagangan. 

“Memandangkan kini perkataan Pley kian popular digunakan dalam kalangan generasi baru di Barat yang membawa maksud Play, maka pihak kami mengambil keputusan untuk menjenamakan semula produk ini di bawah nama Pley! Cosmetics bagi memudahkan proses mendaftarkan cap dagangan di bawah kategori Cosmetics, Beauty and Care di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis penjenamaan semula produk berkenaan.

Berkonsepkan tema fun and bright, majlis pelancaran Pley! Cosmetics turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Lufya Omar, Natasha Hudson, Dayah Bakar serta beberapa jurusolek terkemuka Malaysia.

Tampil dengan warna kuning yang menyerlah dan memukau pandangan, produk itu turut digunakan oleh beberapa selebriti tanah air antaranya Aisyah, Puteri Sarah Liyana, Emma Maembong, Nonny Nadhirah, Ezzaty Abdullah, Ika Nabella, Salina Saibi, Sheera Iskandar, Nellissa Nizam, Hanee Haneesya dan ramai lagi.

Pley! Cosmetics bukan sahaja popular di pasaran tempatan, malah sudah memasuki pasaran Brunei dan Singapura. Terbaru, produk ini memasuki pasaran Eropah apabila menyertai Pameran Produk Halal di Manchester pada 26 hingga 27 Oktober 2019. 

Mea berkata, pihaknya menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di luar negara bagi memastikan produk kosmetik yang dihasilkan bermutu tinggi dan sesuai dengan pengguna di Asia.

“Pley! Cosmetics komited untuk menghasilkan produk kosmetik yang bukan sahaja mampu mencantikkan wajah, tetapi juga merawat kulit pengguna.

“Oleh itu, Pley! Cosmetics menjalankan R&D di Jepun bagi semua produk selain memastikan produk dikeluarkan dengan kepakaran pekilang tempatan,” katanya.

Beliau yang juga pemilik Akademi Solekan Mea Sukri di Seri Kembangan berkata, selain menjual produk solekan bermutu, Pley! Cosmetics juga berhasrat untuk membantu pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan rundingan secara percuma.

Artikel berkaitan: Mea Sukri guna duit suami untuk ke London 

Pelancaran Pley! Cosmetics

Pembungkusan produk Pley! Cosmetics ceria dan tampak moden. Gambar Pley! Cosmetics

Berikut adalah 4 produk Pley! Cosmetics yang perlu anda miliki:

1. Turkish Rose Water Spray

Semburan Air Mawar Turki merupakan produk yang diformulasi istimewa dengan air mawar tulen yang diimport khas dari Turki. Turkish Rose Water Spray memberi kesan yang menenangkan kulit wajah, selain memperbaiki kulit kusam menjadi lebih tegang dan berseri.

2. Water Break Face Primer

Produk asas primer Pley! Cosmetics ini ialah gel penutup pori wajah yang sempurna tanpa membuatkan solekan kelihatan bercapuk dan sangat sesuai untuk kulit kombinasi.

3. Faker Than You HD Foundation

Bedak asas Pley! Cosmetics ini direka khas bersama-sama applicator bagi memudahkan wanita bersolek dengan lebih cepat dan sangat mudah untuk digunakan. Menggunakan formulasi teknologi Jepun, Faker Than You HD Foundation bersifat kalis air dan teksturnya ringan, namun mampu menutup cela pada wajah tanpa perlu dioles dengan tebal.

4. Loose Your Fake Loose Powder

Sebagai sentuhan akhir, gunakan Loose Your Fake Loose Powder bagi menjadikan solekan tampak sempurna. Loose Your Fake Loose Powder ialah bedak halus yang lembut, licin serta tampak semula jadi dengan teknik air brush finishing.

Pelancaran Pley! Cosmetics

Antara selebriti yang hadir pada majlis pelancaran Pley! Cosmetics di ibu kota, baru-baru ini. Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Semua produk Pley! Cosmetics ditawar pada harga yang sangat berpatutan dengan kualiti produk yang membuatkan solekan terasa lebih ringan dan nampak segar. Produk Pley! Cosmetics bukan sahaja dihasilkan dalam bentuk yang mudah dibawa dan disimpan dalam beg tangan, malah mudah digunakan serta dicuci untuk berwuduk.

Bagi yang ingin mendapatkan produk Pley! Cosmetics, anda boleh membeli secara atas talian atau hubungi terus ejen dan stokis sah Pley! Cosmetics di seluruh Malaysia. Pley! Cosmetics juga boleh didapati di beberapa farmasi sekitar Bangsar Village dan Subang Jaya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pley! Cosmetics, anda boleh layari lama Facebook dan Instagram Pley! Cosmetics.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Jun 2018
Featured Tue, 25 May 2021

Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka Kepada Individu Bawah 60 Tahun Mulai Esok

Berita baik buat mereka yang masih belum mendaftar vaksin! Slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca akan dibuka mulai  esok (Rabu) bermula jam 12 tengah hari. Perkara itu dimaklumkan Menteri […]

Featured Mon, 17 Oct 2022

“Nak Bawa Beg Sekolah Pun Tak Larat” – Almy Nadia Berang Guru Sekolah Anak Suruh Kurus

Alahai… Kesiannya Adrina sayang 🥺 Awak tetap comel di mata Min ok, makan tau ❤️ Belajar rajin rajinnn

Featured Thu, 20 Oct 2022

“12 Tahun Bersama Jatuh Bangun, Suka Duka Dan Struggle Dalam Perniagaan” – Diyla Titip Ucapan Terima Kasih Untuk DSV

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida, pasti sudah mengenali sosok tubuh seorang wanita yang sering dilihat bersamanya. Wanita yang dimaksudkan itu adalah bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla. Namun, baru-baru ini […]

familuv Fri, 9 Nov 2018

Anak Tak Nak Makan Sayur? Buat Trik Homemade Sosej Ayam Sayur Ini

Sosej ini boleh direbus ataupun digoreng!

Featured Fri, 8 Apr 2022

Coklat Telur Kinder Suprise Didakwa Mengandungi Salmonella

Didakwa mengandungi salmonella, coklat telur Kinder Surprise ditarik balik

Featured Sun, 8 Dec 2024

Taeyang Curi Perhatian Sheila Majid, Pukau Penonton Dengan Nyanyian ‘Antara Seoul & Malaysia’ Di Konsert The Light Year 2024

video nyanyian Taeyang itu juga menjadi antara sohor kini di platform X sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

Featured Thu, 16 Jan 2025

Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

rata-rata dalam kalangan netizen memberikan pelbagai respons terhadap hantaran mesra pasangan itu.

error: Content is protected !!