Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 8, 2022 @ 11:49am

Coklat Telur Kinder Suprise Didakwa Mengandungi Salmonella

Coklat telur Kinder Surprise adalah antara salah satu produk di pasaran yang menerima laporan yang didakwa coklat telur itu mengandungi salmonella.

Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan Eropah (ECDC) akan melakukan penyiasatan terhadap laporan tersebut di sembilan negara di benua Eropah.

Kumpulan Konfeksi Itali, Ferrero yang mengeluarkan coklat Kinder Surprise menarik balik coklat itu dan beberapa produk lain di pasaran Sepanyol, Britain dan Ireland.

Salmonella ialah sejenis bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan, termasuklah demam, kekejangan di bahagian perut dan cirit-birit.

Menurut kenyataan ECDC, isu penarikan ini dikesan selepas separuh kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital mengalami gejala yang teruk seperti cirit-birit berdarah.

“Agensi berkenaan bagaimanapun tidak menyebut Ferrero atau mana-mana syarikat lain namun memberi amaran bahawa kebanyakan kes membabitkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.

“Coklat telur Kinder turut terbabit namun tidak menjelaskan sama ada masalah itu hanya membabitkan produk berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Agensi Makanan Singapura (SFA) juga turut menarik balik beberapa kumpulan coklat Kinder Surprise selepas mendapat notis untuk penarikan balik kumpulan coklat Kinder Surprise dari Belgium.

“Pengguna yang sudah membeli produk yang terlibat dinasihatkan untuk tidak memakannya.

“Bagi yang sudah makan produk itu hendaklah mengambil perhatian terhadap kesihatan mereka dan mendapatkan nasihat perubatan,” kata SFA.

Sumber: BH Online, Mothership

Kredit foto: PA Wire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Ribut Kencang Di Oklahoma, Backstreet Boys Pesan Simpan Tiket!

Hal ini turut disahkan oleh jurucakap di tempat kejadian, Kym Koch Thompson di mana runtuhan pintu gerbang ke arena konsert disebabkan ribut kencang. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…

Featured Sun, 17 Mar 2024

“Past Is Past, Teruskan Hidup”- Oktovia Manrose Anggap Gosip Bercinta Dengan Aliff Aziz Memalukan?

Betullah tu.. nak kenang apanya? Masing-masing dah move on lagipun semuanya ada kehidupan sendiri🙄

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Aman Graseka Enggan Berlakon Akibat Dihalang Isteri?

Semoga segala urusan Aman dipermudahkan🤲🏻

Featured Tue, 5 May 2020

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Gunakan masa ‘terperap’ di rumah untuk jadi lebih sihat

Hiburan Tue, 4 Jul 2023

Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Nampaknya John Dihani dah minta maaf secara terbuka kat IG dia tu, tapi Shuib terima ke? 😌😌

Featured Mon, 14 Apr 2025

Siti Nurhaliza Sedia Berbincang, Isu 11 Lagu Dalam Simpanan Syarikat Rakaman Lama Bukan Masalah

Jika pihak SRC mahu merakamkan semula lagu tersebut dengan penyanyi lain, Siti tak ada  masalah.

error: Content is protected !!