Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops November 6, 2019 @ 10:09pm

Surcaj 10% Touch ‘n Go untuk bayaran ‘parking’ akan dimansuhkan!

Ada berita baik untuk pengguna Touch ‘n Go!

Apabila anda ingin meletak kereta di dalam sesetengah bangunan atau pusat beli-belah, kadangkala anda diberi pilihan sama ada mahu membayar yuran meletak kereta anda dengan wang tunai, ataupun dengan kad Touch ‘n Go.

Pilihan kedua itu memanglah memudahkan, tetapi yang tidak seronoknya, anda akan dikenakan surcaj sebanyak 10 peratus. 

Bagi anda yang tetap ingin menggunakan perkhidmatan ini, ada berita baik: surcaj ini akan dimansuhkan tidak lama lagi! Yay!

Surcaj 10 peratus ini hanya dikenakan di kawasan-kawasan yang menggunakan dua sistem pembayaran. Sumber: Says.com

Pengumuman ini telah dibuat di persidangan Dewan Rakyat semalam (6 November) oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen, menurut laporan The Star.

Untuk pengetahuan anda, surcaj 10 peratus ini hanya dikenakan di kawasan-kawasan yang menggunakan dua sistem pembayaran, iaitu melalui kad Touch n’ Go ataupun wang tunai.

Bagi kontraktor baharu, surcaj ini tidak lagi akan ditawarkan. Bagi kontraktor yang sudahpun menggunakan servis ini pula, kadar surcajnya akan dihentikan secara berperingkat.

Chieng Jen menambah, surcaj ini ialah sesuatu yang ‘diwarisi’ daripada kerajaan Malaysia terdahulu. Kerajaan terkini ingin memansuhkannya tetapi disebabkan oleh adanya kontrak yang sedia ada, ia tidak boleh dilaksanakan serta-merta.

Selepas ini bolehlah kita berjimat! Sumber: NST

Untuk menambah nilai kad Touch n’ Go anda pun anda akan dikenakan surcaj, iaitu sebanyak 50 sen. Tetapi menurut Chieng Jen, kini ada 2,880 lokasi di seluruh Malaysia yang sudahpun memansuhkan surcaj ini. Mereka termasuklah kaunter servis Touch n’ Go, serta cawangan Watsons, Tesco, Guardian, KK Mart dan Caring Pharmacy.

Apabila ditanya, Chieng Jen berkata surcaj ini bukannya dilaksanakan oleh Touch n’ Go tetapi syarikat kontraktor yang menggunakan servis itu sendiri.

Jadi, lepas ini, bolehlah kita berjimat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Sep 2021

ABPBH 34 Kembali, Angkat Tema #KitaBersama

Anugerah pilihan peminat terunggul di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan tahun ini dengan menerap budaya norma baharu dan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), membawa tema […]

Hiburan Wed, 13 May 2026

Ulasan Konsert: Bukan Pada Nada, Fauziah Latiff Membuktikan ‘Kemenangan’ Sebenar Apabila Kekal Dicintai Pendengar

Mungkin nada suara berubah seiring dengan waktu. Mungkin zaman juga sudah berbeza. Tetapi aura, keikhlasan, keramahan dan jiwa seorang Fauziah Latiff tetap sukar digantikan.

Hiburan Fri, 9 Jan 2026

“Saya Sangat Dijaga & Dilindungi, Tak Pernah Disuruh Cipta Kontroversi” – Puteri Sarah

Puteri Sarah mengakui ada situasi di mana isu panas berlaku tanpa dirancang

Featured Tue, 9 Feb 2021
Trending Wed, 7 Nov 2018

Terbaiklah! Mat Redho Harumkan Nama Negara Di Perth

Juara program Fear Factor Malaysia Mohd Redha Rozlan mengharumkan nama negara selepas menjuarai Ninja Challenge League (NCL) 2018 di Perth, Australia.

error: Content is protected !!