Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 9, 2026 @ 2:10pm

“Saya Sangat Dijaga & Dilindungi, Tak Pernah Disuruh Cipta Kontroversi” – Puteri Sarah

Pelakon jelita, Puteri Sarah menegaskan dia tidak pernah dipaksa mana-mana pihak produksi untuk mencipta kontroversi semata-mata demi meraih populariti, meskipun budaya itu semakin sinonim dengan industri hiburan masa kini.

Menurut Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, sejak awal pembabitannya dalam dunia seni, perjalanan kerjayanya berjalan lancar tanpa sebarang tekanan untuk mencetuskan sensasi.

“Alhamdulillah setakat ini tak ada. Dari awal masuk industri pun semuanya okey.

“Saya bermula dengan Datuk M. Nasir dan Datin Marlia Musa, mereka yang jaga saya masa itu.

“Jadi saya rasa sangat dilindungi,” katanya ketika disoal pandangannya mengenai pendedahan beberapa pelakon mendakwa mereka dipaksa untuk mencipta kontroversi demi mendapatkan watak dan kekal relevan dalam industri.

Mengulas mengenai trend artis yang menggunakan kontroversi sebagai jalan pintas untuk dikenali, Sarah mengakui ada situasi di mana isu panas berlaku tanpa dirancang.

“Kadang-kadang kontroversi itu kita tak minta. Tapi kalau nak buat pun, biarlah kontroversi yang baik. Macam Khairul Aming, itu contoh yang positif,” katanya.

Namun, Sarah percaya kontroversi semata-mata tidak mampu menjamin kelangsungan seseorang dalam industri sekiranya tidak disertai dengan bakat sebenar.

“Saya rasa saya bukan orang yang tepat atau layak untuk bercakap tentang hal ini. Pada saya, kalau ada kontroversi tapi tak ada bakat, tak boleh juga. Saya lebih percaya kepada bakat. Kontroversi bukan penentu segalanya,” ujarnya.

Tambah Sarah, pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dan memilih jalan yang lebih tenang dalam meneruskan kerjaya, terutama selepas beberapa perkara yang berlaku di luar kawalannya sebelum ini.

“Saya akui ada benda yang berlaku dulu bukan yang saya mahukan. Sekarang saya dah tone down dan mahu mulakan hidup baharu. Tahun 2026 ni saya nak fokus pada benda baik-baik saja,” katanya.

Menurutnya lagi, tahun 2026 menjadi titik perubahan apabila dia mahu memberi tumpuan kepada pendidikan, perniagaan serta projek lakonan yang lebih berkualiti.

“Saya sambung belajar, fokus bisnes dan drama. Drama saya pun akan keluar bulan puasa nanti. Saya nak tinggalkan yang lama dan fokus pada perkara positif saja,” katanya.

Sarah berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama selebriti TV Tuisyen yang berlangsung di Balai Berita, pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, platform penstriman tempatan Tonton melancarkan inisiatif pendidikan digital menerusi TV Tuisyen yang mula ditawarkan kepada pengguna bermula 1 Oktober 2025.

Lebih menarik, Sarah turut terlibat sebagai tenaga pengajar subjek Matematik Tingkatan Dua di platform berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Suka Anak Jadi Artis” – Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor, Syaikhul Engineer

Artikel Berkaitan: Masih Dalam Group WhatsApp Keluarga Mentua, Netizen Puji Puteri Sarah Beruntung Terus Disayangi

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Mar 2024

“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

Begitulah seorang ibu, sakit mana pun hatinya bab anak mesti nak yang terbaik😥🤧

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Beri Amaran, Che Ta Tak Rela Bermadu!

Cantik cam ni mesti suami tak cari lain lah!

Hiburan Mon, 8 May 2023
Hiburan Thu, 23 Mar 2023
Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Trending Sat, 14 Dec 2019

Penjawat Awam Langgar 20 Kereta Sebab Samun OKU!

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

AIMAN TINO DIIKTIRAF MALAYSIAN BOOK OF RECORDS?

Aiman kini busy dengan promosi lagu lagu terbarunya berjudul Terasa Cinta duet bersama kakak nya, Farah Hezel. Dan, beliau bakal mengeluarkan minuman kesihatan di bawah jenama Jus Manno dalam masa yang terdekat

Events Sun, 5 May 2019

Be the Top Scorer at SuperPark Malaysia and Win Exciting Prizes

SuperPark Malaysia kicks off the SUPER RACE challenge with local fitness and lifestyle personalities Talitha Tan, Akiyo Chai (BaBy Akiyo), and Mia Chai to inspire an active lifestyle.

Featured Tue, 24 Dec 2024

Bercuti Di Atlantis The Royal, Individu Dedah Siti Nurhaliza Duduk Hotel Mewah – “Bilik Paling Murah Pun RM6,000 Per Night”

Beyonce Knowles juga dikhabarakan pernah diundang mengadakan private concert dengan bayaran paling mahal dalam sejarah.

Featured Thu, 14 Dec 2023

Zayn Rayyan Dipercayai Masih Hidup Pada 5 Disember Selepas 5 Jam Dilaporkan Hilang

Allahu, apalah agaknya kisah sebenar disebalik pembunuhan adik Zayn Rayyan ni😥

error: Content is protected !!