Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 17, 2019 @ 11:01pm

Kejuruteraan pembuatan kerjaya sesuai untuk wanita

Oleh Amnan Hibrahim

Di Malaysia, pembabitan wanita dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih pada kadar yang rendah berbanding lelaki. Antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca kepada isu berkenaan adalah persepsi umum bahawa kerjaya dalam STEM khususnya kejuruteraan tidak sesuai untuk wanita.

Selain itu, persekitaran tempat kerja juga menjadi punca utama ramai penuntut wanita tidak memilih bidang STEM sebagai pilihan kursus meskipun mempunyai kelayakan yang bersesuaian. Lazimnya pekerjaan dalam sektor ini khususnya industri kejuruteraan sinonim dengan kerja-kerja yang memerlukan komitmen yang tinggi di samping aktiviti fizikal yang di luar kemampuan seseorang wanita itu.

Bagaimanapun, hal yang demikian adalah kerugian bagi negara kerana Malaysia mempunyai peratusan penuntut wanita yang mengambil kursus dalam bidang berkenaan di pusat pengajian agak tinggi, iaitu 45 peratus berbanding universiti di Amerika Syarikat yang mana hanya mencatatkan 17 peratus penuntut wanita.

Mengulas mengenai fenomena berkenaan, Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Madya Dr Zamberi Jamaludin, berkata masyarakat terutama wanita perlu melihat bidang kejuruteraan dengan perspektif yang lebih luas dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam bidang berkenaan.

Prof Dr Zamberi Jamaludin berpendapat bahawa industri pembuatan menyediakan banyak peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan sifat semula jadi seseorang wanita. Gambar  NSTP/AZIAH AZMEE.

“Tidak semua pekerjaan dalam bidang kejuruteraan memerlukan penggunaan kudrat dan fizikal yang tinggi seperti kelaziman dalam sektor kejuruteraan yang popular seperti kejuruteraan mekanikal dan juga awam.

“Sebagai contoh, terdapat pelbagai kerjaya di bawah industri kejuruteraan pembuatan yang saya rasakan amat sesuai dengan kemahiran yang secara semula jadi dimiliki oleh wanita,” katanya ketika ditemu bual di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 Pekerjaan Profesional Ini Berisiko Tinggi Menyebabkan Kemurungan

Dari kiri, Dr Fairul Azni, Dr Zamberi, Dr Zuhriah dan Dr Seri Rahayu. Gambar NSTP/AZIAH AZMEE.

Yang turut hadir pada sesi temu bual itu ialah  Timbalan Dekan Akademik Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTeM, Prof Madya Dr Zuhriah Ebrahim; Penyelaras Program Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTeM, Prof Madya Dr Seri Rahayu Kamat dan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTEM, Dr Fairul Azni Jafar.

Kejuruteraan pembuatan pemacu ekonomi masa depan

Kejuruteraan pembuatan atau manufacturing engineering bukan bidang baharu, namun pengetahuan masyarakat khususnya di negara ini terhadap prospek pekerjaan dalam bidang terbabit dan sumbangannya masih sangat terbatas.

Setiap produk memerlukan kepakaran dalam kejuruteraan pembuatan bagi memastikan hasil yang terbaik. Gambar hiasan/Ihsan UTeM.

Prof Zamberi berkata, kurang promosi atau salah faham mengenai bidang berkenaan dikenal pasti antara punca kejuruteraan pembuatan tidak begitu dikenali berbanding bidang kejuruteraan lain seperti kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan sivil.

Beliau berkata, terdapat lima aspek dan cabang utama dalam bidang kejuruteraan pembuatan iaitu bahan kejuruteraan, reka bentuk, pengurusan, pemprosesan, dan juga automasi serta robotik di mana bidang-bidang ini dilihat lebih sesuai dengan penuntut wanita.

“Di Malaysia, walaupun industri pembuatan diiktiraf sebagai antara peneraju kepada ekonomi negara, tidak ramai yang jelas dengan apa itu kejuruteraan pembuatan ataupun dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Manufacturing Engineering.

Pembabitan wanita dalam bidang kejuruteraan dapat mengimbangi keperluan industri berikutan sifat semula jadi wanita yang lebih teliti dan kreatif. Gambar hiasan/Ihsan UTeM

“Bagi pelajar lepasan bidang ini, antara skop pekerjaan yang boleh mereka ceburi adalah kejuruteraan proses, kejuruteraan reka bentuk, kejuruteraan perancangan, kejuruteraan pengeluaran, kejuruteraan kawalan mutu dan kejuruteraan robotik serta automasi industri.

“Tambahan pula, kurikulum pembelajaran di bawah kursus kejuruteraan pembuatan turut merangkumi elemen yang ditekankan dalam Revolusi Perindustrian Keempat (Industrial Revolution 4.0) seperti automasi, robotik, kecerdasan buatan, industrial internet of things (IoT), pengaturcaran dan big data,” katanya.

Kemahiran sesuai dengan kehendak kerjaya

Sementara itu, Dr Zuhriah berkata, berdasarkan pengalaman ketika bekerja di industri khususnya dalam bidang pembuatan menunjukkan tidak ada sebarang halangan bagi wanita untuk menceburi dan berjaya dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata, terdapat beberapa skop pekerjaan yang bersesuaian untuk diceburi wanita dengan kemahiran dan kelebihan semula jadi yang ada pada mereka.

“Lazimnya, wanita berkongsi sikap yang sama membabitkan etika kerja dalam kehidupan seharian, misalnya kita boleh lihat sejak alam persekolahan lagi pelajar wanita terkenal dengan sifatnya yang rajin, berdisplin dan teliti ketika melakukan tugasan dalam pembelajaran mereka.

“Sebagai contoh, sifat tegas dan juga ketelitian yang sudah sedia kita tahu amat berguna dalam memenuhi spesifikasi kualiti yang ditetapkan dalam proses pembuatan, bahan dan produk. Mereka tidak memberikan sebarang toleransi kepada sebarang amalan yang mampu menjejaskan kualiti hasil kerja-kerja yang dijalankan,” katanya.

Wanita hari ini tidak kekok untuk melakukan kerja teknikal. Gambar hiasan/Ihsan UTeM

Dr Fairul Azni berkata, negara memerlukan lebih ramai pekerja dalam bidang kejuruteraan pembuatan bagi memastikan agenda untuk menjadikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi di rantau ini tercapai.

Beliau yang juga penyelaras promosi bagi fakulti berkenaan berharap lebih ramai wanita akan memilih kursus kejuruteraan pembuatan bukan sahaja kerana prospek kerja yang bersesuaian, tetapi juga kerana kepentingan bidang berkenaan dalam setiap industri.

“Bidang ini amat penting untuk masa depan kerana kerjaya kejuruteraan pembuatan adalah asas bagi penghasilan pelbagai produk yang berkualiti tinggi dan memenuhi cita rasa terkini masyarakat. Misalnya, jika hendak menghasilkan kereta, perabot, peralatan elektrik ataupun poduk seperti kosmetik, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah penyelidikan oleh jurutera pembuatan.

“Sehubungan itu, pihak kami berharap lebih ramai ibu bapa yang memilih bidang ini untuk anak mereka kerana peluang kerjaya yang pelbagai dan paling penting, bidang ini mempunyai jaminan masa depan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022
#tilljannah Thu, 19 Jan 2023

Lucu! Gelagat Zahirah Macwilson Kacau Aiman Hakim Ridza Undang Tawa – “Suami Takut Kucing, Isteri Kuat Menyakat”

Bagi yang mengikuti kisah pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, sudah pasti mengetahui mengenai aktor itu yang takut dengan kucing. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @fansofisaacraees […]

Featured Mon, 23 Jun 2025

“Bang*ngnya Doktor Ni, Cucu Aku Sampai Insecure” – Rosyam Nor Bengang Jari Cucu Alami Kecacatan

Rosyam Nor berang apabila berkongsi mengenai keadaan cucunya yang mengalami kecacatan jari tangan akibat kecuaian doktor.

Featured Thu, 8 Aug 2019
Featured Wed, 30 Nov 2022

Netizen Terkedu Lihat Cara Alisa Anak Hanis Zalikha ‘Healing’ -“Another Level!”

Anak kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelannya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Hanis di laman TikTok yang memaparkan Alisa sedang duduk dengan memakai […]

Gaya Hidup Wed, 21 Nov 2018

14 Foto Haiwan Lucu Yang Memenangi Comedy Wildlife Photography Awards

Tak sangka haiwan-haiwan liar boleh jadi kelakar macam ini.

Featured Wed, 13 Apr 2022
error: Content is protected !!