Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin November 28, 2019 @ 4:08pm

Festival Batu Permata serikan Jualan Akhir Tahun Habib 2019

Oleh Amnan Hibrahim

Bersempena Jualan Akhir Tahun 2019, Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) menganjurkan Festival Batu Permata Habib dengan mempamerkan koleksi terbesar batu permata bermula 26 November sehingga 1 Disember 2019 di IOI City Mall, Putrajaya.

Festival julung kali diadakan itu menawarkan batu permata dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz, namun apa yang lebih penting pada harga berpatutan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadiq Habib, berkata penganjuran Festival Batu Permata Habib itu bertepatan dengan aliran semasa gaya pemakaian barangan kemas yang mula memberikan perhatian terhadap penggunaan batu permata.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib ketika berucap merasmikan Festival Batu Permata Habib sempena Jualan Akhir Tahun Habib 2019 di Putrajaya. Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH.

“Di seluruh dunia, kita dapat lihat ada permintaan yang tinggi terhadap batu permata pelbagai warna sebagai barang kemas. Selain itu, kita juga dapat melihat pendedahan masyarakat terhadap batu permata sudah menunjukkan peningkatan.

“Ramai daripada pelanggan kami juga menunjukkan minat terhadap batu permata yang lain daripada yang lain. Antara koleksi yang terdapat dalam koleksi permata kami ialah spinel dan paraiba,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Festival Batu Permata Habib, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Habib turut mengadakan pertunjukan fesyen yang menampilkan  12 koleksi batu permata Habib yang digayakan oleh model ala puteri istana, sesuai dengan tema jualan akhir tahun Habib iaitu Magical Holiday Festivity.

ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan Merdeka Habib 2019 Tampil Motif Antik

Pameran batu permata Habib menawarkan pelbagai barang kemas yang diperbuat daripada batu permata indah dan menawan. Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH.

Antara koleksi barangan kemas  yang ditawarkan pada festival berkenaan seperti berlian pelbagai bentuk, potongan dan karat, emas 916 terutama koleksi Oro Italia 916, jongkong emas, batu permata dan mutiara.

Apa yang lebih menarik, terdapat juga koleksi istimewa yang hanya ditawarkan ketika Jualan Akhir Tahun Habib iaitu Koleksi Eksport yang terkenal dengan rekaannya yang eksklusif bagi berlian terpilih pada setiap barang kemas.

Model memperagakan set barang kemas yang diperbuat daripada berlian. Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai festival berkenaan, Meer Sadiq berharap pelanggan yang hadir ke Festival Batu Permata Habib itu dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai batu permata.

“Walaupun secara umumnya ramai yang sudah tahu mengenai batu permata, tetapi pengetahuan mereka mungkin masih belum cukup mendalam. Di sini, kita ada pakar yang begitu arif mengenai batu pertama termasuklah ahli gemologi.

“Di samping itu, ramai kakitangan kami yang memiliki tauliah dalam bidang gemologi. Sehubungan dengan itu, kami dapat memberi penerangan kepada semua pelanggan dengan lebih mendalam lagi mengenai batu permata,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pameran Jualan Barangan Kumpulan Habib Meriah Dengan Promosi!

Sejak kebelakangan ini semakin ramai wanita yang berminat untuk menggayakan barang kemas diperbuat daripada batu permata berwarna. Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH.

Bagi yang yang masih tercari-cari hadiah untuk sambutan akhir tahun mahupun bagi majlis perkahwinan, barangan kemas Habib yang terdiri daripada batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat dalam loket, cincin, gelang dan anting-anting boleh didapati pada harga serendah RM330.

Selain itu, lebih 1,000 koleksi barang kemas yang dihiasi batu permata berharga turut dipamerkan untuk dijual pada Jualan Akhir Tahun Habib.

Pelbagai rekaan barang kemas menarik disediakan sepanjang Jualan Akhir Tahun Habib 2019. Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH.

Jualan Akhir Tahun Habib 2019 berlangsung serentak di semua 28 bilik pameran Habib seluruh negara dengan menampilkan potongan harga menarik sehigga 1 Januari 2020.

Potongan harga istimewa juga ditawarkan sepanjang Festival Batu Permata Habib yang berlangsung sehingga 1 Disember 2019, antaranya:

  • Potongan sehingga 70 peratus untuk barangan kemas berlian dan batu permata
  • Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1,000 dan keatas dalam satu resit (sementara stok masih ada)
  • Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Jika anda selalu gunakan alat ini, jom check cara anda betul atau tak.

Acara Wed, 18 Jul 2018

Gaya Classy Selebriti Di Malam Tayangan Perdana Filem Pulang

Lensa kamera turut tertumpu pada himpunan fesyen yang diperagakan selebriti yang hadir.

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

7 Tip Pilih Kaca Mata Hitam Supaya Nampak Gorgeous!

Hujung minggu ini ada public holiday sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pasti ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Bagi yang mencari-cari kaca mata baru untuk digayakan ketika bercuti nanti, semak tip berikut.

Oh Lawa Fri, 18 Jan 2019

Gigi Hadid wore a chic fashion item for her flights that frequent flyers recommend

The next time you’re travelling, you know what to bring.

Oh Lawa Thu, 20 Sep 2018
Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Featured Mon, 9 Mar 2020
error: Content is protected !!