Eat Travel By: Ad Ops December 18, 2019 @ 5:05pm

Sukan luncur air inisiatif pelancongan baharu di Pahang

Jangan sangka sukan surfing atau luncur air hanya boleh dilakukan di luar negara sahaja, di Malaysia juga sudah ada tempat menawarkan aktiviti rekreasi itu!

Bagi peminat sukan luncur air, anda boleh berkunjung ke Pahang yang terkenal dengan keindahan pantainya dan khusus untuk sukan unik ini, datanglah ke Cherating.

Pantai Cherating adalah lokasi terbaik untuk sukan ekstrem ini kerana ombaknya yang bergelora terutama pada musim tengkujuh,  sesuai untuk aktiviti meluncur air.

Mengambil kesempatan ini, syarikat tempatan Safari Xtreme mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Safari Grom Search.

Pertandingan itu bertujuan untuk menyediakan platform kepada anak-anak muda yang ingin menunjukkan bakat dalam sukan luncur air.

Edisi tahun ini berlangsung pada 13 hingga 15 Disember dengan menawarkan trofi dan hadiah wang tunai antara RM300 dan RM3,000. 

Menarik minat pengunjung

Moena Rashid ialah antara wakil Malaysia keSukan SEA di Filipina. Sumber: Facebook Safari Xtreme

Sejak pertandingan itu mula dianjurkan pada 2017, pihak penganjur bukan sahaja menerima penyertaan daripada warganegara Malaysia, tetapi juga dari luar negara antaranya dari Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang, Datuk Idros Yahya, berkata penyertaan antarabangsa itu membuktikan Cherating wajar dipromosikan ke luar negara, selain diletakkan dalam kalendar pelancongan Malaysia.

“Kami memang mengalu-alukan acara seperti ini dan tidak pernah terlepas daripada menganjurkan program menarik sepanjang musim tengkujuh.

“Pertandingan seperti ini bertujuan untuk memastikan bahawa kehadiran pelancong ke Cherating, sama ada dari dalam atau luar negara, akan berterusan sepanjang tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Safari Grom Search 2019.

Membangunkan ekonomi negara

Pelancong luar mengunjungi Pantai Cherating untuk mencuba nasib. Sumber: Facebook Safari Xtreme

Selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan seramai 30 juta orang pelancong asing dengan jumlah pendapatan sebanyak RM100 bilion.

Beliau berkata, berdasarkan prestasi yang dilihat di Cherating, sukan berkenaan adalah cara baharu untuk mempromosikan destinasi percutian di Malaysia dengan lebih berkesan.

“Kami mengharapkan pengunjung pantai Cherating akan turut menikmati aktiviti dan membeli barangan yang ditawarkan di situ sebagai cenderamata tanda kenangan.

“Pelancong akan pulang dengan memori indah yang diabadikan dalam bentuk gambar. Apabila mereka kongsikannya di laman media sosial, diharapkan ia dapat mempromosi lokasi ini kepada rakan media sosial mereka,” katanya.

Untuk masa hadapan

Anak-anak muda digalakkan mencuba sukan ini. Sumber: @mad.pr0

Pelancongan negeri Pahang juga yakin sukan luncur air di Malaysia berpotensi untuk berkembang, justeru sebuah sekolah luncur air akan dibuka di Pantai Cherating bagi membolehkan sesiapa sahaja datang ke lokasi berkenaan untuk mempelajari sukan berkenaan pada bila-bila masa.

Idrus berkata, lima peluncur air yang pernah menyertai Safari Grom Search dan semuanya berasal dari Pahang telah dihantar untuk mewakili Malaysia menyertai sukan luncur air di Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Idros berkata, pemilihan peluncur air dari Pahang itu diharap dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk aktif dalam sukan itu, selain berpotensi menjadi kerjaya pilihan pada masa depan.

“Dengan semangat skuad Malaysia ini, saya boleh nampak cara yang kita boleh guna untuk menarik minat belia. 

“Di samping mengembangkan ekonomi negara, sukan ini mampu mengembang bakat anak muda kita. Jika mereka cukup mahir, mereka boleh jadikan sukan ini sebagai satu kerjaya pada masa hadapan,” katanya.

 

Jika anda berminat untuk belajar meluncur, ataupun melihat sendiri aksi bakat tempatan dalam sukan ini, bolehlah berkunjung ke Pantai Cherating pada hujung minggu ini.

Pengunjung juga boleh melawati gerai-gerai yang menjual aneka makanan tempatan dan antarabangsa, serta barangan kraf tangan, pakaian dan aksesori.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Dec 2018

Keluarga Ini Tawarkan RM418,050 Kepada Jurufoto Yang Boleh Melancong Keliling Dunia Dengan Mereka

Tugasnya hanyalah menangkap gambar ketika ahli keluarga tersebut bersuka ria.

Featured Fri, 5 Nov 2021

Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi […]

Featured Wed, 7 Aug 2019
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 30 Aug 2022