Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 20, 2019 @ 4:27pm

Sanna Marin, Perdana Menteri Termuda Dunia

Melakar sejarah sebagai Perdana Menteri Termuda Dunia, Sanna Marin, 34, atau nama penuhnya Sanna Mirella Marin, nampaknya telah memadamkan rekod yang pernah dipegang oleh Jacinda Ardern yang menjawat jawatan Perdana Menteri New Zealand ketika berusia 37 tahun.

Dilahirkan dengan paras rupa menawan dan kebijaksanaan, perlantikan Sanna Marin sebagai Perdana Menteri Finland pada 10 Disember lalu, berlaku enam hari sebelum beliau menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun.

Pastinya pengumuman itu menjadi hadiah teristimewa sepanjang hayatnya!

Menggantikan Antti Rinne yang melepaskan jawatan itu baru-baru ini, Sanna Marin sebulat suara dipilih rakyat Finland yang mempunyai populasi penduduk seramai 5.5 million. Sekali gus menjadi Perdana Menteri Wanita yang ke-3 di negara itu.

Pasti ramai yang berminat untuk mengenali Sanna Marin dengan lebih dekat. Siapa dia dan mengapa rakyat Finland begitu meyakini kemampuan beliau? Jom kita soroti latar belakang beliau!

Sanna marin merupakan bekas graduan Sarjana Sains Pentadbiran dari University of Tampere ini dan mula menceburkan diri dalam politik Finland pada tahun 2006 menerusi Parti Demokratik Sosial dan ketika itu beliau baru berusia 21 tahun.

Di sebabkan sifat kepimpinan yang cukup menyerlah, beliau dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Menteri Pengangkutan & Komunikasi pada Jun lalu.

Khabarnya beliau melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik sekali, diperhebatkan dengan beberapa pembaharuan yang memberi nilai tambah dan memudahkan kehidupan rakyat.

Menjadikan medium media sosial sebagai salah satu cara berinteraksi dengan rakyat, wanita hebat yang mengahwini Markus Räikkönen sekitar 2017, mempunyai seramai 124,000 jumlah pengikut di laman Instagram.

Tidak sekadar berkongsi aktiviti lawatan dan kerja-kerja kebajikan beliau, ibu kepada Emma Amalia Marin ini turut berkongsi perjalanan proses kehamilannya termasuk foto menyusukan anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Emma ❤ Kuva: @jpflander

A post shared by Sanna Marin (@sannamarin) on

Sanna Marin ingin menyebarkan mesej kepada wanita khususnya, tidak kira sehebat manapun status dan jawatan yang disandang, itu tidak menghalang wanita untuk terus memainkan peranan mereka sebagai anak, isteri dan ibu.

Menjadikan pengikutnya di Instagram berasa dekat dengan beliau, Sanna Marin tidak canggung berkongsi dengan umum percutian romantiknya bersama suami di Itali serta makan makanan kegemarannya seperti ais krim dan gula kapas. Memang ringkas sahaja kehidupannya meski pun bergelar Perdana Menteri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Anugerah Mon, 9 Jan 2023

AISHM: Dinobat Ikon Sukan Terbaik, Al-Jufferi Anggap Rezeki Anak Bakal Lahir

Tahniah Jufferi! Sememangnya layak digelar Ikon Sukan!

Gaya Hidup Tue, 22 May 2018

Amalkan Makanan Ini Untuk Anak Jadi Genius Seperti Tun Mahathir

Pemakanan anak anda sangat mempengaruhi perkembangan otak mereka.

Featured Mon, 19 Nov 2018

Minum Susu Mentah Selamat Atau Tidak?

Susu mentah mengandungi bakteria yang berbahaya!

Gaya Hidup Sun, 22 Apr 2018

Rimas Rambut Berminyak Dan Berbau? Cuba 3 Tip Ini!

Cuci rambut banyak kali pun rambut tetap berminyak. Anda boleh cuba 3 tip ini.

Gaya Hidup Thu, 26 Apr 2018

Nak Potong Buah Seperti Nanas Tapi Tak Reti? Jom Belajar Dari Video Ringkas Ini

Anda akan rasa, “Kenapa aku tak terfikir nak buat macam ini?”

Featured Wed, 11 Sep 2019
Gaya Hidup Mon, 12 Feb 2018

Apa Rahsia Khloe Kardashian Hingga Berjaya Turunkan 18kg Berat Badan? Baca 11 Tips Ini!

Sejak kecil, Khloe Kardashian memang berbadan montel dan tidak mengambil berat tentang tabiat pemakanannya sewaktu dia membesar.

Gaya Hidup Mon, 1 Apr 2024
Gaya Hidup Mon, 4 Jun 2018

Ini Cara Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Baju, Mudah Saja!

Jangan dibuang baju yang ada bintik hitam. Sebaliknya ikuti cara ini untuk menghilangkannya.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Inilah Rupa Hotel Dash Box Cyberjaya Yang Tular, Memang Syiok Dan Mengujakan

Dash Box menyediakan pelbagai fasiliti dan suasana yang berbeza berbanding hotel lain.

error: Content is protected !!