Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops December 24, 2019 @ 5:15pm

Bakteria berleluasa, ini sebab kenapa anda perlu mencukur bulu

Tidak dinafikan ramai yang agak keliru dengan hukum mencabut bulu yang ada pada badan. Menurut penceramah terkenal, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi perkongsiannya di Berita Harian, hukum mencabut bulu di badan sama ada bulu kaki, lengan dan betis bagi wanita adalah harus.

hukum cukur bulu

Ramai yang keliru dengan hukum mencukur bulu. Kredit foto: Carousell

Bagi bulu ari-ari atau kemaluan serta bulu ketiak, hukumnya adalah disunatkan dalam agama. Bagaimanapun, mencukur atau menipiskan bulu kening adalah dilaknat oleh Allah SWT seperti ditegaskan oleh Nabi SAW dalam hadisnya:

“Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan yang merubah ciptaan Allah SWT.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar)

Kebaikan mencukur bulu

Selain faktor kebersihan, mencukur bulu amat penting dalam soal penjagaan serta kesihatan diri. Jika bulu tidak dicukur, ia boleh meningkatkan risiko penyakit kepada individu.

Misalnya bulu pada bahagian sulit, jika dibiarkan lebat, ia memberi lembapan di kawasan tersebut sekali gus menyebabkan bakteria membiak. Jika tidak dirawat, ia juga mampu menjejaskan kesihatan.

Selain mengurangkan kutu, parasit dan sebagainya, mencukur juga mampu mengurangkan bau badan sekali gus dapat meningkatkan tahap keyakinan diri.

cukur bulu Ardell Aryana

Kredit foto: Garrison Cohen

Hairy Mary, resolusi baru untuk mencukur

Berita gembira buat semua. Kini, terdapat resolusi baru untuk memudahkan rutin mencukur. Selepas menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan kecantikan dan fesyen, pelakon Ardell Aryana kini melebarkan sayap dengan membuka pusat laser bulu, Hairy Mary.

Perniagaan berkenaan diusahakan bersama-sama bapa saudaranya, Dr Por Yan Sheng dan ini merupakan kerjasama sulung mereka.

ardell aryana cukur bulu

Ardell dan Dr Por ketika majlis pelancaran premis terbaharu Hairy Mary di Publika.

Pusat laser bulu yang dibuka di Publika, Solaris Dutamas itu merupakan cawangan ketiga dibuka selepas di One City, Subang Jaya dan Mid Valley, Bangsar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hairy Mary (@hairymary.co) on

“Idea untuk kerjasama ini tercetus kerana saya sendiri peka dengan penjagaan kebersihan diri. Sebagai wanita, ada bahagian tertentu contohnya seperti Miss V yang perlu dirapi dan dikemaskan.

Pastinya penjagaan di bahagian tersebut perlu diutamakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah bergelar isteri demi memberi kebaikan saat bersama suami,” ujar isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa itu.

Menurut Ardell, tidak dinafikan ada juga yang bertanya sama ada wanita Islam dibolehkan melakukan rawatan laser buang bulu, namun dia sudah memastikan perkara itu dengan bertanyakan kepada mereka yang arif dalam agama.

“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan. Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Por berkongsi Hairy Mary yang beroperasi sejak 10 Oktober 2018 menawarkan khidmat mencukur bulu dengan menggunakan rawatan istimewa dipanggil Thor Light.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hairy Mary (@hairymary.co) on

“Melihat pada permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita, saya berusaha mencari teknologi dan rawatan yang paling sesuai serta efektif untuk menanggalkan bulu.

“Saya telah meneliti berpuluh-puluh teknologi di pasaran dan akhirnya memilih teknologi Thor Light yang berasal dari Korea sebab ia adalah yang paling efektif dan sesuai untuk masyarakat Asia,” kata Dr Por yang juga merupakan pakar estetik berlesen.

Jelas Dr Por lagi, Thor Light berfungsi pada semua jenis kulit dan rambut, di mana ia menggabungkan sistem penyejukan yang mengurangkan kesakitan atau rasa tidak selesa semasa rawatan. Laser untuk menanggalkan bulu ini juga tidak menyakitkan berbanding penggunaan waxing.

“Selaku pusat penanggal bulu profesional,  kami mahu memberi alternatif terbaik sekali gus mempraktikkan cara mencukur tanpa sakit.

ardell aryana hairy mary

Visi Hairy Mary adalah untuk menjadi syarikat menanggalkan bulu terulung di Asia dalam jangka masa lima tahun lagi.

“Apa yang membezakan Hairy Mary daripada yang lain adalah kerana syarikat kita memberi 100 peratus perhatian kepada rawatan penanggal bulu secara kekal. Kami percaya bahawa untuk memberi hasil rawatan yang berkesan dan efektif, fokus dan dedikasi untuk selalu meningkat dan menghasilkan teknologi yang terkini adalah penentuannya.”

Menawarkan perkhidmatan terbaik dengan harga berpatutan, Hairy Mary menyediakan rawatan tanggal bulu secara kekal dengan hasil keberkesanan maksimum. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 3 Jan 2022

Diiktiraf Malaysia Book of Records Dengan Lebih 17,000 Penyertaan, Ustaz Uqais Qorny Catat Sejarah Talaqqi al-Quran Tanpa Henti Selama 24 Jam

Bersempena kedatangan tahun 2022, Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf program anjuran pendakwah bebas, Ustaz Uwais Qorny menerusi program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi. Lebih manis, program itu berjaya meraih dua […]

Gaya Hidup Mon, 15 May 2023

Kongsi Kisah 12 Tahun Tinggalkan Dunia Mak Nyah, Cikgu Ery Keluarkan Buku ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’

Cikgu Ery berkongsi ceritanya sepanjang 12 tahun meninggalkan dunia mak nyah.

Gaya Hidup Mon, 5 Feb 2018

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Ikan

Suka makan ikan? Mungkin ada di antara anda yang tidak berapa gemar dengan makanan laut ini berbanding ketam, sotong, dan udang. Tetapi tahukah anda ikan sebenarnya punya banyak manfaat pada kesihatan. Malah, sangat baik untuk program diet kerana ia rendah kalori serta tinggi protein.

Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

Featured Thu, 1 Aug 2019

Figura Edisi Merdeka, Ogos 2019: Deskripsi Jiwa Merdeka Sarah Hildebrand

Tinggalkan kesedihan, beri fokus untuk perkukuhkan nama.

Acara Mon, 2 Dec 2019

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Kandungan bermanfaat untuk ibu bapa dan wanita

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Pancaran Cahaya Cacing Glowworm Cetus Panorama Luar Biasa Di Dalam Gua Waitomo

Sesuai dengan jolokannya sebagai bintang-bintang, cacing dengan nama saintifik Arachnocampa Luminosa itu menggantung dirinya di langit-langit gua dan memancarkan cahaya hijau atau biru yang berkilauan.

Featured Fri, 17 Apr 2020

Keselamatan dan kesihatan murid lebih utama, Peperiksaan UPKK turut dibatalkan

Satu kaedah pentaksiran baharu akan diperkenalkan

Gaya Hidup Wed, 18 Apr 2018

Kalau Sudah Pekena Sate Zainab Ismail, Pasti Tak Pandang Sate Lain Lagi

Menjadikan Sate Zainah Ismail cukup istimewa, kerana rempah ratus yang diperap membuatkan sate ini lazat dimakan sekalipun tanpa kuah kacangnya.

Featured Fri, 21 Jun 2019

Panduan pilih, pasang kerusi kereta bayi & cara pujuk anak untuk biasakan diri

Ketahui panduan ini sebelum membeli kerusi kereta bayi untuk si kecil.

error: Content is protected !!