Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom January 17, 2020 @ 12:32pm

Kenapa ‘lemau’ setiap kali menjelang Isnin?

Menjelang  hari Isnin sahaja, mulalah diri berasa lemau dan seolah-olah tidak berdaya. Hendak dikatakan tidak cukup rehat, hujung minggu sudah puas berehat.

Acara marathon tidur dan tidur lagi adalah perkara paling nikmat sekali! Secara logiknya, setiap individu sepatutnya lebih bersemangat sama ada untuk ke pejabat mahupun sekolah.

Penyakit ‘lemau’ dan berasa malas untuk keluar bekerja pada hari Isnin ini dialami sesiapa sahaja di seluruh dunia sehinggakan muncul istilah Monday blues.

Sehingga kini tiada penerangan saintifik mengenai gejala bersifat global ini, sebaliknya ia sejenis ‘penyakit’ yang ada dalam diri sendiri, berkaitan dengan tempoh peralihan daripada hari tidak bekerja kepada hari bekerja.

Berikut adalah beberapa penjelasan ilmiah mengapa kita berasa malas pada hari Isnin.

1. Pada hari biasa atau hari bekerja kebiasaannya kita mengerah banyak tenaga dan otak, justeru menjelang hujung minggu kita menjadi malas untuk berbuat apa sahaja.

Contohnya, pada hari biasa kita akan bangun sekitar jam 6 pagi dan aktif bekerja sehingga 10 malam, kemudian tidur. Sementara hujung minggu kita akan berjaga sehingga lewat malam dan hanya bangun sesudah matahari terpacak.

2. Perubahan gaya hidup selama dua hari (Sabtu dan Ahad) ini mengubah keadaan biologi manusia. Akibatnya, jam biologi ini tidak lagi serasi dengan waktu kebiasaan anda bangun tidur semasa hari bekerja lantas menyebabkan anda mengalami Monday blues lantaran tempoh tidur yang tidak mencukupi.

3. Pernah atau tidak berasa mengantuk atau pening ketika bangun pagi pada hari ini? Jika pernah, itu mungkin disebabkan tidur terlalu lama pada hujung minggu yang lalu. Makin lama masa yang diambil untuk tidur, semakin anda merasa mengantuk.

4. Jika anda tidak lagi berminat dengan kerja yang anda buat sekarang, anda kemungkinan besar mengalami fenomena psikologi Monday blues. Jika setiap hari anda merasakan perasaan yang sama, lebih baik anda membuat pertimbangan sama ada hendak mencari kerja yang anda suka atau terus bekerja dalam bidang yang diceburi sekarang.

Namun adakah Monday Blues hanya mempengaruhi mereka yang tidak suka pada kerja mereka sahaja?

Kajian yang dilakukan oleh  pengeluar makanan Marmite yang berpengkalan di United Kingdom  mendapati bahawa inividu yang berusia di antara 45 hingga 54 tahun sering menjadi mangsa kepada fenomena yang dinamakan Monday Blues ini.

Fenomena Monday blues ini memperlihatkan pelbagai paten disiplin yang pelbagai bergantung kepada individu yang terbabit.

Ada yang tiba di pejabat selepas dua jam waktu bekerja bermula, ada yang  langsung tidak melakukan apa-apa dan hanya bergelak ketawa sahaja sepanjang tempoh waktu bekerja dan ada juga yang hanya memperlihatkan kesibukan seolah-olah merekalah yang paling rajin sedang hakikatnya tidak melakukan apa-apa pun sehingga menjelang tengahari.

Keadaan ini menunjukkan kesan psikologi tempoh peralihan hari cuti kepada hari bekerja terhadap tahap produktiviti pekerja

Bagaimana pula dengan mereka yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu seperti mereka yang bekerja di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu? Tiada bezanya.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Positive Psychology pada tahun 2012, dapatan perubahan mood individu pada hari Isnin sehingga Khamis tidak menunjukkan kesan yang ketara.

Perubahan tabiat kerja yang signifikan hanya dapat disaksikan sehari sebelum tiba cuti hari minggu.

Ada juga kajian yang dijalankan oleh universiti berbeza menunjukkan fenomena Monday blues lebih ketara pada hari Isnin.

Cara mengatasi Monday blues

1. Jaga waktu tidur

Menurut pakar perubatan tidur, Dr Gregory Carter, mereka yang merancang  untuk mendapatkan semula tidur mereka yang tidak cukup sebelum ini boleh melakukannya dengan teknik tidur lebih awal dan bangun pada waktu yang sama pada hujung minggu.

Ini kerana jika anda tidur melebihi masa anda bangun pada hari bekerja, ritma sirkadian anda akan terganggu. Ini seterusnya akan mempengaruhi jam biologi individu menyebabkan rasa susah untuk bangun pada hari isnin.

Foto: Synovis

2. Makan coklat

Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh Astrid mendapati bahawa coklat boleh membuatkan anda berasa lebih gembira. Ia mengandungi hormon serotonin dan boleh merangsang perembesan endorfin.

3. Siapkan kerja lebih awal

Sebelum masuk pejabat, biasanya kita sudah tahu apakah tugasan atau perbincangan yang patut dilaksanakan minggu hadapan. Jika tidak mahu dibebani kerja pada hari Isnin, cuba belajar siapkan sesuatu tugasan itu lebih awal.

Foto: Design Taxi

4. Positifkan diri

Hadapi masalah Monday blues ini dengan fikiran  dan semangat yang positif. Jangan terlalu mengikut rasa yang tidak mendatangkan keuntungan atau kebaikan kepada prestasi kerja dan kehidupan seharian anda. Pastinya ada sesuatu yang menarik atau momen yang menggembirakan di tempat kerja yang boleh digunakan sebagai pengukuh semangat untuk anda terus bekerja dalam keadaan yang lebih produktif dan positif.

Foto: Inc.co

5. Pilih pakaian dan warna yang merangsang semangat anda

Tidak salah kalau hendak melaram ke pejabat asalkan tidak keterlaluan, yang penting anda gembira dan berasa selesa dengan penampilan yang dikenakan setiap kali ke tempat bekerja.

Bila terlihat cantik atau tampan, pasti ramai yang memuji dan ini boleh membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.

Warna terbaik untuk hari Isnin adalah putih. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kamu berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Foto: Pinterest

Diharapkan perkongsian Hijab & Heels ini sedikit sebanyak dapat merangsang semangat anda untuk ke pejabat setiap kali menjelang hari Isnin. Jadikan ia sebagai permulaan hari yang membahagiakan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 May 2019
Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

The Shorea, Villa Mewah Dengan Seni Bina Yang Memukau Di Lereng Bukit

Bagaikan dejavu, saat menghala perjalanan dari Lebuhraya LEKAS (Senawang-Jelebu) Negeri Sembilan.

Gaya Hidup Mon, 4 Jun 2018

Ini Cara Nak Hilangkan Bintik Hitam Pada Baju, Mudah Saja!

Jangan dibuang baju yang ada bintik hitam. Sebaliknya ikuti cara ini untuk menghilangkannya.

Featured Wed, 26 Sep 2018
Gaya Hidup Mon, 28 May 2018

Selalu Pakai Minyak Wangi? Ini 4 Tanggapan Salah Yang Anda Mungkin Ada Tentangnya

Untuk anda yang selalu pakai minyak wangi, take note ya!

Featured Tue, 10 Jul 2018

Kalau Tak Nak Saiz Badan Bertukar XXL, Jangan Lakukan 4 Perkara Ini!

Jangan lakukan perkara ini kalau tak nak menyesal badan gemuk!

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

A.Day Lifestyle tawarkan produk gaya hidup tempatan dengan 1001 cerita

Tampilkan produk 100 artis dan pereka tempatan

Gaya Hidup Wed, 29 May 2019

Dr Irma, wanita serba boleh berjiwa seni

Seni adalah minatnya sedari dulu

Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Acara Thu, 25 Jul 2019
error: Content is protected !!