Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops April 4, 2019 @ 3:00pm

5 tradisi kehamilan keluarga diraja Britain dipecahkan Meghan Markle

Tidak lama lagi keluarga diraja Britain akan menerima seorang lagi ahli apabila Meghan Markle melahirkan cahaya mata pertamanya bersama Putera Harry.

Kehadiran Meghan, 37, di dalam keluarga berkenaan sejak pasangan ini berkahwin pada Mei tahun lalu sering menjadi topik perbualan ramai.

Ini disebabkan oleh Meghan sendiri, seorang warganegara Amerika Syarikat, yang kerap dilihat mencabar peraturan yang telah lama ditetapkan oleh kerabat diraja Britain, terutamanya dari segi fesyen.

Dan memandangkan beliau sedang hamil sekarang, tradisi kehamilan diraja pun ada yang beliau pecahkan.

1. Menghadiri baby shower

Pada Februari lalu, Meghan terbang ke New York dari Britain untuk menghadiri majlis baby shower yang dianjurkan oleh sahabat selebritinya.

Acara ini diadakan bagi meraikan  wanita yang hamil. Tetamunya yang terdiri daripada rakan dan saudara-mara, lazimnya akan memberikan hadiah untuk bayi yang akan dilahirkan.

Meghan, bekas pelakon TV, dilaporkan telah meluangkan lima hari di New York dan dilihat di beberapa lokasi mewah. Baby shower berkenaan, yang mengambil tempat di hotel eksklusif The Mark, ialah acara kemuncak bagi lawatannya ke bandar itu.

Antara yang hadir termasuklah isteri pelakon George Clooney, Amal, pelakon rancangan televisyen Suits, Abigail Spencer dan ratu tennis dunia Serena Williams.

Menurut Victoria Arbiter, seorang yang pakar dalam hal diraja, baby shower dianggap tidak sesuai bagi ahli kerabat diraja Britain.

Katanya keluarga diraja ini sememangnya sudah kaya-raya, jadi smajlis baby shower yang mewah akan dilihat sebagai tidak sesuai. “Tiada apa yang mereka tidak boleh beli sendiri untuk anak mereka.”

2. Melancong

Foto: The Straits Times

Meghan berkongsi berita mengenai kehamilannya sebaik sahaja beliau mendarat di Australia ketika membuat lawatan Komanwel bersama Putera Harry Oktober lalu.

Ketika beliau hamil juga, mereka telah melawat  New Zealand, Fiji, Tonga dan Morocco. 

Bagaimanapun, terdapat satu peraturan tidak bertulis yang mengatakan ahli kerabat diraja Britain yang hamil tidak patut melancong langsung, kalau boleh.

3. Mendedahkan jantina bayi dalam kandungan

Satu lagi tradisi keluarga diraja ialah untuk merahsiakan jantina bayi, tetapi ada ura-ura yang mengatakan Meghan dan Harry sudah pun mengetahui jantina cahaya mata mereka.

Bagaimanapun, awal tahun ini, Meghan menegaskan bahawa mereka ingin membuat kejutan, tetapi dekorasi berwarna merah jambu dilihat menghiasi acara baby shower Meghan di New York.

Hal ini telah mewujudkan spekulasi yang mana Meghan mungkin akan melahirkan bayi perempuan.

Foto: Harper’s Bazaar

4. Bercadang untuk melahirkan anak di tempat lain

Sebelum ini, wanita daripada golongan keluarga diraja Britain melahirkan anak mereka di rumah tetapi Lindo Wing di Hospital St Mary, London telah menjadi lokasi pilihan terbaru.

Puteri Diana dan Kate Middleton memilih untuk melahirkan anak mereka di unit bersalin peribadi di situ.

Bagi Meghan pula, ada pihak yang mengatakan beliau akan memecah tradisi ini dengan melahirkan anaknya di hospital The Portland atau Hospital Frimley Park yang lebih hampir dengan kediaman mereka, Frogmore Cottage.

5. Tidak memberitahu Ratu Elizabeth terlebih dahulu mengenai berita kelahiran

 

Secara tradisinya, apabila  bayi diraja itu selamat dilahirkan, Ratu Elizabethlah orang pertama yang patut tahu mengenainya sebelum orang lain.

Bagaimanapun, ada laporan mengatakan ibu Meghan, Doria Ragland, akan berada di sisi Meghan sepanjang masa beliau melahirkan anak.

Foto: Getty Images

Oleh itu, besar kemungkinan Doria akan tahu terlebih dahulu mengenai kehadiran ahli kerabat diraja terbaru ini. 

Sumber: Express.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Aug 2019

Almari pakaian anda tidak teratur isinya? Ikuti nasihat pakar ini

Bila dah tersusun cantik, baru sedap mata memandang.

Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

Featured Mon, 12 Nov 2018

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Teliti dahulu logo halal sebelum membeli!

Featured Wed, 22 Feb 2023

Rancang Sebelum Berkahwin, PU Riz Buka Klinik Estetik Konsep Tradisional Islam

Wahh tahniah! PU Riz pun dah ikut jejak isteri buat bisnes

Featured Thu, 14 Jun 2018
Gaya Hidup Wed, 24 Jul 2019
Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini

Featured Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!