Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 7, 2018 @ 4:00pm

Ryan ToysReview Jana Pendapatan 2 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu. Terbaru RM92 Juta, Wow!

Anda harus membaca kisah ini dan menjadikannnya inspirasi untuk berjaya.

Ryan, baru sahaja berusia 7 tahun namun tahukah anda berapa pendapatannya? Percaya atau tidak, dia menjana pendapatan $22 million atau RM92 juta? Ya, RM92 juta!

Jumlah itu meningkat berbanding tahun lalu di mana Ryan menduduki tangga ke 8 antara artis-artis YouTube yang berpendapatan paling tinggi dalam tahun 2017.

Foto: frekvence1

Bagaimanapun pada tahun ini, Forbes mengisytiharkan kanak-kanak comel ini sebagai bintang Youtube atau YouTuber dengan bayaran paling tinggi untuk tahun ini apabila meraih jumlah pendapatan hampir RM92 juta dalam masa 12 bulan sehingga 1 Jun tahun ini. Sekaligus mengalahkan raja YouTube, PewDiePie.

Forbes memberitahu jumlah pendapatan Ryan dikira berdasarkan beberapa laman web pengiraan pendapatan YouTube seperti Captiv8, SocialBlade dan temuramah bersama beberapa YouTuber.

Jika dipecahkan hasil pendapatannya sebanyak $21 juta (±RM88 juta) hasil daripada iklan tanpa langkau yang dimainkan sebelum videonya bermula dan baki $1 juta (±RM41 juta) pula daripada video yang ditaja.

Apa yang dilakukan Ryan sehingga dia menjadi kaya-raya? Haa, kalau nak tahu jutawan kanak-kanak ini hanya membuat review permainan di saluran YouTubenya, Ryan ToysReview. Setakat ini Ryan mempunyai seramai 17 juta subscribers.

Video Ryan pada mulanya hanya menunjukkan Ryan bermain permainan yang dimilikinya. Tetapi apa yang membuat video Ryan semakin istimewa selain daripada keletahnya ialah cara kreatif Ryan membina ‘kota’ sendiri menggunakan Lego sahaja.

Itu salah satu video yang membuatkan Ryan berbeza dengan YouTuber lain. Rata-rata pengikut setia Ryan adalah kanak-kanak dan juga ibu bapa.

Seperti video terbaharu yang dimuat naik, menunjukkan Ryan sedang bermain permainan baharu seperti kereta mainan Lighting McQueen, beg roda yang dipenuhi dengan kereta mini Lighting McQueen dan banyak lagi. Video yang berdurasi hampir 30 minit ini pastinya akan menarik lebih ramai penonton dan subscribers baharu.

Foto: Kidscreen

Sumber: Forbes

Sumber Video: Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Oct 2021

Facebook Kini Dikenali Sebagai Meta

Wow, makin lama makin canggih!

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Gaya Hidup Sat, 30 Jun 2018
Gaya Hidup Sun, 26 Apr 2026

Gaya Hidup Bijak… Aplikasi Emas Digital Kini Jadi Pilihan Simpanan Lebih Fleksibel, Yana Samsudin Pun Approve!

Dalam dunia yang semakin pantas, cara orang mengurus kewangan juga mula berubah. Kalau dulu simpan emas identik dengan barang kemas atau jongkong fizikal, kini trend baharu mula mendapat perhatian iaitu emas digital yang boleh diurus […]

Gaya Hidup Thu, 19 Mar 2020
Gaya Hidup Wed, 18 Apr 2018

Kalau Sudah Pekena Sate Zainab Ismail, Pasti Tak Pandang Sate Lain Lagi

Menjadikan Sate Zainah Ismail cukup istimewa, kerana rempah ratus yang diperap membuatkan sate ini lazat dimakan sekalipun tanpa kuah kacangnya.

Featured Wed, 8 Apr 2020
Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Resipi Mudah Untuk Biskut Oat Coklat, Tak Perlu Bakar Dalam Oven!

Bukan kek saja yang anda boleh buat tanpa menggunakan ketuhar, ya. Biskut pun boleh!

Gaya Hidup Sat, 21 Apr 2018

Diiktiraf Rumah Paling Mahal, Tabiat Tuan Rumah Ini Berbelanja Sangat Menggerunkan!

Misteri rumah paling mahal di dunia iaitu Chateau Louis XIV terbongkar apabila ramai pihak cuba menjejakinya sebelum menemuinya di sempadan utara Perancis berdekatan dengan Versailles.

error: Content is protected !!