Featured By: Ad Ops February 12, 2020 @ 8:43am

Datuk Faridah Hanim Haron, The Real Iron Lady

Siapa yang tidak kenal Datuk Faridah Hanim Haron, usahawan terkenal yang disegani bukan sahaja kerana mempunyai syarikat bertaraf antarabangsa, tetapi juga dikatakan antara pakar strategi yang banyak membantu syarikat tempatan untuk berkembang ke tahap lebih baik.

Datuk Faridah Hanim Haron

Kredit gambar: Instagram Datuk Faridah Hanim Haron

Di sebalik senyuman manis dan personaliti yang keibuan, beliau yang lebih dikenali sebagai Ibu Hanim pernah melalui pelbagai cabaran dan dugaan yang bukan calang-calang insan dapat melaluinya.    

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

Ibu Hanim pernah diuji apabila bayi sulungnya berusia lapan bulan meninggal dunia ketika dalam kandungan. Beliau juga pernah terlibat dalam kemalangan ngeri di Dungun, Terengganu dan mengalami kecederaan teruk sehingga koma dan lumpuh. Tidak cukup dengan itu, wanita kuat ini turut diuji apabila anak lelaki kesayangannya mempunyai masalah pendengaran.

“Saya harungi pelbagai cabaran dalam hidup. Lebih kurang 28 tahun saya menanggung kesakitan. Selepas kemalangan yang berlaku sekitar tahun 1991, doktor beritahu yang saya tidak boleh berjalan lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

“Jika dilihat keadaan yang dialami selepas kemalangan dahulu, saya sepatutnya hanya terlantar atas katil. Namun doktor sendiri terkejut kerana selepas setahun menjalani rawatan fisioterapi, saya dah semakin pulih dan mampu berjalan,” kongsinya kepada Hijab & Heels.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

“Dengan kecederaan di leher, sakit di bahagian belakang serta adanya besi dan enam skru di badan, saya semakin tidak kuat. Tambahan pula pada usia 55 tahun sekarang, saya mengalami Rheumatoid Arthritis di mana kaki dan tangan saya menjadi bengkok. Tisu saya juga semakin menipis. Saya juga ada darah tinggi dan pernah buang rahim kerana ada tumor di bahagian ovari.

“Saya sudah tidak mampu, namun saya kena kuat. Alhamdulillah, saya tidak pernah putus asa atas apa yang berlaku. Allah bentuk saya dengan segala cabaran ini agar saya terus kuat,” tuturnya sambil mengakui mendapat kekuatan dan semangat melawan kesakitan daripada keluarga tercinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

Biarpun perjalanan hidupnya penuh onak duri dan perlu menempuhi pelbagai dugaan, Ibu Hanim tetap bangkit meneruskan kehidupan. Lebih membanggakan, anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur itu mampu menempa kejayaan yang luar biasa apabila memegang beberapa jawatan penting.

Antaranya Pakar Pembangunan Organisasi/Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Kepimpinan serta Pembelajaran di Petronas, menjadi Ketua Hakim untuk pelbagai Konvensyen Kualiti serta pernah bekerjasama dengan beberapa Konsultan Perniagaan Antarabangsa seperti McKinsey, Accenture, Denison dan Boston.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

Selain itu, beliau juga adalah Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd serta pernah menjadi Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di SPRM yang mana sumbangannya ketika berkhidmat di situ membuatkan beliau terpilih untuk menerima anugerah ‘Panglima Mahkota Wilayah’ yang membawa pangkat ‘Datuk’ dianugerahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada tahun 2017.

Wanita cekal ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Industri (Latihan dan Konsultasi Perniagaan) di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 oleh Niagatimes dan Anugerah Khas di Majlis ‘The Young CEO Award’ di mana kedua-dua anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

Memiliki kelulusan MBA (Keusahawanan) dari Institut Keusahawanan Australia dan pengalaman 20 tahun dalam bidang Pembangunan Modal Insan, Ibu Hanim kini komited dalam membantu dan memberi nasihat serta rundingan kepada syarikat-syarikat Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk merealisasikan visi dan misi melahirkan syarikat-syarikat tempatan yang akan menjadi kebanggaan negara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

Menerusi program Business Sustainability Solution (BSS) yang dilaksanakan pada tahun 2017, Ibu Hanim tekad berjuang untuk membantu usahawan-usahawan tempatan dalam mengstruktur kembali dan mengukuhkan asas syarikat yang diusahakan agar mampu bertahan lama di dunia perniagaan yang semakin mencabar.

“Saya sedih melihat keadaan ekonomi negara sekarang. Perjuangan saya bukan satu perkara yang main-main, saya mahu mengukuhkan ekonomi untuk kesejahteraan dan keharmonian generasi akan datang,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

“Usahawan kita bijak, ada potensi dan peluang, cuma tidak ada ilmu. Mereka tahu nak capai keuntungan tapi tiada panduan yang betul. Jadi, saya mahu menggunakan pengalaman yang saya ada dalam dunia korporat untuk membantu membimbing mereka.

Apa yang saya lakukan dari hati yang ikhlas. Saya mahu terus berjuang sehingga nafas yang terakhir untuk membantu usahawan-usahawan di luar sana,” tuturnya optimis dalam melahirkan lebih banyak syarikat yang mampu bertahan hingga beberapa genarasi akan datang.

Sementara itu, 56 syarikat yang berjaya menamatkan program BSS diraikan dalam satu Majlis Malam Aspirasi Pejuang yang diadakan di Hotel Dorsett Putrajaya baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Faridah Hanim Haron (@ibuhanim) on

BSS yang merupakan program pertama dilaksanakan di Malaysia dan Rantau Asia Tenggara adalah program yang menggabungkan ilmu dan pengetahuan luas Ibu Hanim yang direka khas untuk usahawan menggunakan pengalaman beliau dalam mengukuhkan syarikat.

faridah hanim haron

Malam Aspirasi Pejuang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Program selama sembilan bulan ini menitikberatkan pada pelaksanaan sebenar di syarikat masing-masing yang dipantau secara berkala. Kini, program BSS sudah memasuki ‘batch’ ke-7 dan hampir 200 syarikat telah mengikuti program BSS.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Mar 2020

Sudahlah enak dimakan, bagus pula untuk antipenuaan, jagung oh jagung!

Pati minyak jagung banyak digunakan dalam produk kosmetik

Featured Wed, 27 Dec 2023

Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan Untuk Pembangunan Semula

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran bagi projek pembangunan tersebut pada Jumaat lepas dan perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Featured Fri, 5 Nov 2021

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment. Bangunan YG Entertainment […]

Featured Fri, 11 Aug 2023
Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Thu, 20 Oct 2022

“Whatever You Give Me, I Give It Back To You” – Aleeya Zailan Dermakan Duit Gifts TikTok Untuk Saham Akhirat

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila mendermakan wang hasil ‘gift’ pemberian peminatnya di TikTok kepada golongan yang memerlukan. Aleeya dan suami  turut ‘turun padang’ bersama-sama menyediakan makanan untuk […]

Eat Travel Tue, 20 Aug 2019
Featured Sun, 27 Mar 2022

“Hubungan Kami Baik, Perbincangan Dah Ada Untuk Mendirikan Rumah Tangga” – Syafiq Kyle

Alhamdulillah, katanya mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. 😍❤️