Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie February 27, 2020 @ 6:39pm

Pakej percutian mewah glamping di tengah kota raya

Aktiviti berkhemah lazimnya digemari mereka yang berjiwa lasak, namun bagi wanita yang meminatii konsep percutian sebegitu, tetapi ingin berada dalam suasana mewah ala puteri lilin, boleh memilih glamping.

Konsep perkemahan mewah di tengah kehijauan hutan rimba itu menggunakan kanopi yang dilengkapi kemudahan asas seperti penghawa dingin, televisyen, kerusi, meja dan juga katil yang selesa untuk bermalam bersama-sama seisi keluarga atau rakan.

Jika sebelum ini glamping popular sebagai percutian di hutan atau di padang pasir, kini Colony, syarikat yang menawarkan ruang kerja berkonsep terbuka memperkenalkan Castra by Coloni yang menyediakan pakej percutian glamping di tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur.

Timothy dan Audrey menyampaikan ucapan ketika majlis pelancaran glamping Castra by Colony di ibu kota, baru-baru ini. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Pengasas bersama Colony, Timothy Tiah, berkata pihaknya sentiasa memikirkan idea segar untuk memenuhi keperluan penggemar aktiviti glamping yang sentiasa mahukan kelainan dan pembaharuan dalam setiap percutian mereka.

“Colony sentiasa mencari idea baharu untuk pengemar kegiatan ini dan bermula daripada ruang kerja yang diwujudkan beberapa tahun lalu, kini kami memperluaskan perkhidmatan dengan mewujudkan Castra by Colony pula.

“Konsep glamping ini menumpukan pada kegiatan luar bersifat semula jadi, namun pada masa sama tidak mengenepikan kemudahan kontemporari dan memastikan ia juga selesa untuk pengguna,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Castra by Colony di ibu kota-baru-baru ini.

Audrey di hadapan kanopi Castra by Colony yang boleh memuatkan 10 penghuni pada satu-satu satu masa. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Colony, Audrey Oii.

Pakej Castra by Colony menyediakan percutian di dalam kanopi yang dilengkapi kemudahan asas seperti di dalam bilik hotel, tetapi terletak di ruang terbuka di atas bangunan Star Boulevard KLCC di tengah-tengah kota raya dengan beratapkan langit biru.

Destinasi glamping dengan suntikan Bohemian itu turut disertakan dengan pelbagai akiviti menarik seperti berbeku dan spa bergantung pada permintaan pelanggan.

Pihak media menikmati suasana glamping ketika majlis pelancaran acara berkenaan di Star Boulevard KLCC, baru-baru ini. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Berkeluasan 4,510 kaki persegi, Castra by Colony sesuai bagi acara keraian, percutian ala perkemahan, bulan madu dan juga menontong wayang di lokasi yang dibina khusus seolah-olah glamping yang menyeronokkan.

Setiap kanopi boleh memuatkan 10 individu pada satu masa dan pakej bermula pada harga RM2,500 untuk semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

Gambar telur ayam ketepikan rekod ‘likes’ dipegang Kylie Jenner!

Kylie membuat video lucu dengan memecahkan telur ayam di jalan raya. Haha!

Gaya Hidup Thu, 1 Mar 2018

Stresnya Rambut Banyak Gugur! Ini Tips Kurangkan Rambut Gugur

Setiap wanita pastinya tidak akan lari daripada masalah keguguran rambut. Lagi-lagi pada mereka yang lepas melahirkan anak.

Acara Mon, 24 Jun 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels-ASNB bantu lahir usahawan wanita

Latihan asas kemahiran untuk jana pendapatan

familuv Tue, 6 Dec 2022

Berjaya Miliki Kereta Mewah Porsche 911 Carrera 4s Hampir RM1 Juta, Aisyah Hijanah Zahirkan Rasa Syukur

Personaliti Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen memiliki kereta impian.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) Menerusi entri tersebut, Aisyah […]

Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Gaya Hidup Wed, 6 Mar 2019
Featured Thu, 15 Mar 2018

Doktor Bongkar Ais Mampu Bakar Lemak Dalam Masa 30 Minit. Wow, Kena Cuba Ini!

Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Ayam Kampung Publika Gerenti Bikin Anda Jilat Jari, Tak Percaya Cubalah!

Restoran Ayam Kampung Publika antara restoran yang menghidangkan ayam kampung goreng original yang boleh anda nikmati bersama lauk-pauk yang lain.

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018
error: Content is protected !!