Euforia Bola 2026
Acara By: Padin October 10, 2023 @ 7:13pm

Tewaskan 400 Peserta Dalam Cabaran Makan Ayam Pedas Berapi Level 5, Pakcik 58 Tahun Menang Wang Tunai RM3,000!

Menewaskan hampir 400 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Fire Chicken Challenge anjuran jenama ayam goreng terkenal berasal dari Indonesia, Richeese Factory, pesara veteran berusia 58 tahun, Lee Chee Wan menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan baucar bernilai RM500.

Menggemari makanan pedas sejak 20 tahun lalu, pesara berasal dari Seremban ini bersyukur tidak pernah berhadapan sebarang masalah.

“Saya happy bila diumumkan sebagai pemeang. Ini salah satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Sebenarnya, saya suka makan pedas. Kalau tak pedas tak selera. Makan pedas ni kena praktis, saya sudah makan pedas 20 tahun. Syukur selama ini saya tak pernah ada masalah menikmati makanan pedas,” katanya.

Dalam cabaran yang berlangsung di Pusat Beli Belah MyTown itu, peserta dikehendaki mencabar ketahanan diri mereka untuk menghabiskan ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken dalam masa yang paling pantas.

Selain juara, tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan baucar bernilai RM500. Manakala tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM1,000 dan baucar bernilai RM500 dan para pemenang saguhati akan menerima wang tunai RM250 dan baucar bernilai RM250 setiap seorang.

Dalam pada itu, Lee Chee Wan juga mempunyai tips tersendiri untuk muncul sebagai juara.

“Saya tahu Richeese Factory popular di Indonesia kerana kepedasannya. Apabila ia dibuka di Seremban, saya terus cuba dan saya suka. Sebelum menyertai persaingan ini, sudah enam kali saya makan ayam Richeese Factory di cawangan sana.

“Petua saya ialah sebelum makan pedas, kena basahkan mulut dengan air dan kunyah sedikit demi sedikit lepas tu baru makan besar. Hadiah kemenangan RM3,000 ini saya nak guna untuk perbelanjaan harian, makan bersama keluarga pada hujung minggu,” tambahnya.

Menurut Pengurus Negara Richeese Factory Malaysia, Joel Lee, Pertandingan Fire Chicken Challenge ini diadakan untuk memberi peluang kepada para pengemar ayam goreng istimewa Richeese Factory Fire Chicken untuk mencabar tahap kepantasan dan had kepedasan mereka.

“Pada masa yang sama, inilah cara kami untuk turun padang dan menerima maklum balas orang ramai tentang ayam goreng dan produkproduk Richeese Factory.

“Pertandingan Fire Chicken Challenge dibuka secara percuma untuk disertai oleh orang ramai dengan cara mengimbas kod QR yang disediakan untuk mengisi borang pendaftaran,” katanya.

Richeese Factory diperkenalkan di Malaysia sejak lapan bulan lalu dengan pembukaan cawangan pertamanya di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya.

“Sehingga akhir September 2023, terdapat sejumlah 8 cawangan Richeese Factory di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Sasaran Richeese Factory adalah 15 cawangan pada tahun ini dan menambah 30 cawangan lagi pada tahun hadapan.

“Maklum balas positif terhadap kualiti dan keenakan produk Richeese Factory memberi keyakinan kepada kami untuk terus memajukan perniagaan di Malaysia dengan memasuki pasaran di semua negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

“Apatah lagi, ayam goreng Fire Chicken kami telah mula mengumpul ramai penggemar setia terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia. Keistimewaan Richeese Factory yang unik ialah sos keju yang melengkapi setiap hidangan makanan yang disediakan.

“Ini membezakan Richeese Factory dengan jenama-jenama lain yang ada dipasaran. Selain itu, Richeese Factory turut menyediakan sos BBQ dengan tahap kepedasaan yang bermula dari tahap 0 hingga 5,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]

Acara Sun, 13 Nov 2022
Acara Fri, 13 Dec 2019

MSU angkat motif songket dalam larian antarabangsa

International Songket Run 2.0 diiktiraf MBR

Acara Tue, 12 Apr 2022

“Sebelum Body Shaming Orang, Cermin Diri Sendiri Dulu” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong memberikan reaksi terhadap isu body shaming yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut Chacha, meskipun memiliki masalah berat badan dan pernah menjadi mangsa body shaming, Chacha bersyukur masih ada lagi yang […]

Acara Mon, 29 Oct 2018

Milik Siapakah Trofi Drama & Filem Terbaik Anugerah Skrin 2018?

Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung pada 2 November ini jam 9.00 malam.

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

error: Content is protected !!