Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops February 28, 2020 @ 6:16pm

Resipi bancuhan air Milo seperti trak Milo, sedapnya!

Sebut sahaja trak Milo, pasti kita semua akan mengimbau kembali kenangan ketika zaman persekolahan. Sewaktu trak Milo datang ke sekolah sama ada ketika Hari Sukan, Hari Kantin atau apa sahaja aktiviti yang berlangsung di sekolah, pasti murid atau pelajar menjadi teruja dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman percuma itu walaupun cuaca panas terik.

Air Milo daripada trak ini mempunyai rasa uniknya yang tersendiri dan memang sedap. Saat airnya sejuk mengalir di tekak, memang terasa lega dan puas. Secawan memang tak cukup, sampai sangguplah untuk beratur sekali lagi.

resipi air Milo lori

Kredit gambar: SK Agama Bintulu

Apabila dah meningkat dewasa, pasti ada yang merindui momen tersebut bukan? Kalau mahu beli di kedai atau bancuh sendiri rasanya pasti tidak sama seperti yang dibuat oleh pekerja trak Milo.

Seorang pemuda bernama Syahrin berkongsi resipi bancuhan Milo yang diperoleh menerusi pengamatannya ketika pekerja trak Milo membancuh air.

Bagaimanapun, resipi yang dikongsi merupakan untuk bancuhan berskala besar, sesuailah bagi mereka yang ingin mengadakan jamuan untuk tetamu yang ramai.

Bahan yang diperlukan:

  • 8 tin susu pekat
  • 8 tin susu cair
  • 4 liter air panas
  • 4 paket Milo 1 kg (jumlah keseluruhan 4 kg)
  • Ketulan ais

Cara penyediaan:

  1. Masukkan susu cair dan susu pekat ke dalam bekas air.
  2. Kemudian masukkan serbuk Milo.
  3. Seterusnya, masukkan air panas dan kacau sehingga campuran menjadi rata dan sebati.
  4. Akhir sekali masukkan ketulan ais ke dalam bancuhan tadi. 

Bagi bancuhan yang berskala kecil, anda mungkin boleh menggunakan sukatan di bawah.

resipi milo sedap

Kredit gambar: Milo.com.my

Bahan yang diperlukan:

  • 10 sudu besar serbuk Milo
  • Setengah liter air panas
  • Setengah liter air sejuk
  • Setengah tin susu cair
  • Setengah tin susu pekat

Jadi selepas ini kalau mengidam tidak perlulah lagi nak mencari trak Milo atau membazir duit membeli air Milo di luar. Anda hanya boleh buat sahaja sendiri di rumah. Selain jimat kos serta mudah untuk disediakan, rasanya sangat sedap. Memang puas hati dan berbaloi, selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 27 Mar 2019
Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Eat Travel Fri, 30 Nov 2018

Inilah Sebab Anda Perlu Beli Insurans Pelancongan & Panduan Ketika Membelinya

Jangan sangka ia tak berguna langsung; nanti menyesal.

Eat Travel Wed, 6 May 2020
Eat Travel Sun, 30 Sep 2018
Eat Travel Sun, 5 Apr 2020

Rendang cendawan ekspres, mudah dan sedap!

Menu ini jimatkan masa di dapur

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

30 Foto Keajaiban Semulajadi Di Dunia Yang Menakjubkan, No. 8 Paling Wow!

Memang syok kalau dapat pergi cuci mata in person.

Eat Travel Thu, 21 Jun 2018

8 Fakta Tentang Jepun Yang Anda Mungkin Tak Tahu, #4 Paling Susah Nak Percaya

Ada banyak lagi perkara tentang negara matahari terbit ini yang kita belum terokai.

Eat Travel Sat, 28 Jul 2018

Tak Usah Gusar Jerawat Atau Masalah Gout Bila Makan Apam Balik Istana

“Saya guna bijirin kering atau ‘nestum’ dan tak pakai kacang. Sebab kacang, orang tua tak boleh makan, takut dapat sakit gout dan perempuan pula tak gemar kerana naik jerawat” – Bob

error: Content is protected !!