Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar March 17, 2020 @ 8:00am

Ikan singgang juadah ringkas, tetapi banyak khasiat

Gambar hiasan/Laman Resepi

Sejak tular isu seorang doktor yang mempertikaikan soalan wartawan mengenai khasiat ikan singgang dalam mengurangkan gejala COVID-19 pada satu sidang media, baru-baru ini, juadah yang ringkas itu terus menjadi sebutan ramai.

Menu ikan singgang boleh didapati di kebanyakan negeri di Malaysia. Ada yang memasak juadah ini dengan perisa yang pedas, ada juga yang sekadar menggemari rasa masam ikan singgang.

Walau apapun resipi yang digunakan, biasanya ikan singgang menggunakan empat bahan utama, iaitu bawang besar, bawang putih, lengkuas dan air asam jawa atau asam keping. Selain bahan berkenaan, ada yang menambah serai, cili padi dan halia untuk menyedapkan rasa.

Antara ikan yang biasa digunakan bagi memasak singgang ialah  ikan kembung, ikan tenggiri, ikan merah dan ikan tongkol, namun ada juga yang menggunakan daging menggantikan ikan. Sebagai tambahan, tomato dan bendi turut dimasukkan dalam juadah itu.

Meskipun ikan singgang biasanya direbus, ada juga negeri yang menggoreng ikan terlebih dulu. Gambar hiasan

Persoalannya, benarkah seperti yang ditularkan bahawa ikan singgang mampu mengurangkan gejala COVID-19? Kebanyakan warganet berpendapat, jawapan pada soalan berkenaan sebenarnya terletak pada ramuan yang digunakan untuk menyediakan ikan singgang.

Bawang besar, lengkuas, bawang putih dan asam jawa atau asam keping mengandungi pelbagai khasiat yang bermanfaat dalam mengurangkan gejala batuk, gangguan pernafasan, selain bersifat antiradang dan mampu menurunkan panas dalam badan.

Berikut adalah khasiat empat bahan utama yang sering digunakan untuk memasak ikan singgang:

1. Lengkuas

Lengkuas digunakan dalam kebanyakan masakan Melayu. Gambar hiasan/NSTP/Rohanis Shukri.

Lengkuas dikatakan mempunyai bahan yang berkhasiat dalam mengurangkan gejala asma kerana mengandungi bahan antiradang yang sering digunakan masyarakat dulu bagi merawat masalah pernafasan.

Masyarakat dulu juga menggunakan lengkuas bagi merawat batuk. Caranya mudah iaitu memasukkan kepingan lengkuas yang sudah dihiris ke dalam air dan dibiarkan semalaman sebelum diminum.

2. Bawang putih

Bawang putih mempunyai bahan antibakteria. Gambar hiasan/NSTP

Sejak ribuan tahun lalu masyarakat di China dikatakan menggunakan bawang putih yang mengandungi bahan bersifat antibakteria, mampu membunuh parasit, memperbaiki sistem pernafasan dan penghadaman.

Kajian saintifik mendapati bawang putih juga bersifat antibiotik, mampu mengurangkan gejala batuk, menurunkan tahap gula dalam badan dan tekanan darah.

3. Bawang besar

Bawang besar boleh dihidangkan mentah dalam salad. Gambar hiasan/NSTP/MUHAMMAD SULAIMAN

Amalan makan bawang besar amat bermanfaat kerana bawang besar kaya dengan serat yang baik untuk sistem penghadaman, selain meningkatkan imunisasi atau pertahanan badan.

Pengambilan bawang besar juga dikatakan digunakan masyarakat dulu bagi memudahkan pengeluaran kahak apabila seseorang itu mengalami batuk atau asma.

4. Asam jawa/asam keping

Asam jawa boleh mengurangkan kepanasan badan. Gambar hiasan/Vitamin Kita

Asam jawa kaya dengan vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosforus, serat dan karbohidrat, namun jika diminum setiap hari dikatakan dapat melindungi diri daripada pelbagai penyakit serta dapat menurunkan suhu badan ketika demam.

Asam keping atau lebih dikenali nama asam gelugor pula mengandungi vitamin C yang tinggi, sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Dec 2024

Insiden Bendera Malaysia Dipasang Secara Terbalik, Penaja Lee Zii Jia Mohon Maaf

Victor Malaysia tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Wed, 30 Jun 2021

“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri. Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat […]

Featured Fri, 28 Nov 2025

Buka Baju Atas Pentas Bukan Isu, Nidji Masih Tahu Hormat Peminat Di Malaysia

Nidji tidak akan melakukan hal yang sama di Malaysia dek kerana masih tahu peraturan dan menghormati peminat di lokasi pemsembahan mereka.

“Kadang-kadang buka baju ketika membuat persembahan di Indonesia itu bukan suka-suka tetapi sebab cuacanya

Featured Tue, 2 Sep 2025

“Kawan-Kawan Yang Hilang & Tak Lagi Bersama Saya Adalah Berkat Dari Doa Yang Allah Kabulkan” – Fazura

Fazura akhirnya menjawab persoalan mengenai hubungan bersama teman-teman rapatnya.

Featured Fri, 7 May 2021

Sebab Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tidak Berjaya Walaupun Lulus Fasa 1, Tarikh Rayuan BPR

Umum maklum, semua pemohon BPR fasa kedua boleh membuat semakan status mulai 7 Mei . Difahamkan, bayaran melalui akaun masing-masing akan diberi kepada penerima yang berjaya mulai 7 Mei hingga 12 Mei. Namun, mengikut pemerhatian […]

Featured Tue, 8 Oct 2019

Pertolongan cemas bayi? Anda mesti ambil tahu!

Hadapi situasi cemas bersama bayi anda dengan yakin

error: Content is protected !!