Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 7, 2021 @ 3:50pm

Sebab Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tidak Berjaya Walaupun Lulus Fasa 1, Tarikh Rayuan BPR

Umum maklum, semua pemohon BPR fasa kedua boleh membuat semakan status mulai 7 Mei .

Difahamkan, bayaran melalui akaun masing-masing akan diberi kepada penerima yang berjaya mulai 7 Mei hingga 12 Mei.

Namun, mengikut pemerhatian di laman sosial, ramai penerima BPR yang mengeluh kenapa mereka tidak menerima bayaran fasa kedua walaupun fasa pertama telah lulus.

Berikut merupakan sebab kenapa rayuan BPR Fasa 2 tidak berjaya dan antara sebab mengapa penerima berstatus TIDAK LULUS walaupun telah menerima bayaran BPR Fasa 1.

Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus?

Menurut FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya.

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
  • Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

Tarikh Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua

Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut kenyataan media, rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan.

Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh pihak LHDNM .

Sumber : LHDN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih […]

Featured Tue, 8 Apr 2025

“Kau Hamak Sangat Ke Duit Raya?” – Kak KM Luah Rasa Kecewa, Puluhan Parcel & Duit Hilang

Alahai, kesiannya! Next time Kak KM jangan bagitahu ada apa dalam parcel tu.

Hiburan Tue, 2 May 2023
Featured Thu, 12 Sep 2024
error: Content is protected !!