Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom March 19, 2020 @ 3:00pm

Elak keluarga bertelagah, wasiat penyelesaian terbaik!

Ajal tidak mengenal usia, bila-bila pun kita boleh kembali kepada Maha Pencipta, jika Allah SWT berkehendak sebegitu.

Justeru itu, apa persiapan dalam menghadapi saat-saat tidak terjangkakan ini, lebih-lebih lagi jika suami yang meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Bagaimana nasib isteri dan anak, apabila harta pusaka yang ada tidak sempat diwasiatkan?

Foto: YouTube

Mengambil kisah pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey sebagai teladan, pada saat tanah pusaranya masih merah, timbul kontroversi apabila ada pihak bertelagah soal pemilikan harta yang ditinggalkan.

Cara yang paling baik menangani pertelagahan harta dalam kalangan keluarga adalah hibah dan berwasiat kepada orang tersayang.

Tetapi bagaimana wasiat boleh dilakukan?

Jika seseorang yang telah memenuhi syarat tertentu dalam pemberian wasiat, semua pihak yang terbabit mestilah mematuhi rukun wasiat itu sendiri terlebih dahulu iaitu pewasiat, penerima wasiat, harta yang akan diwasiat dan lafaz.

Wasiat menjadi sah bila seseorang individu itu memenuhi syarat berikut:

1. Akal/waras

Akal atau waras merupakan syarat yang mesti ada terutama dalam soal memberi hadiah dan hibah. Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang gila atau terencat akal, orang pengsan atau mabuk.

Semua golongan ini dianggap orang yang kehilangan akal yang merupakan asas kepada taklif (penyerahan tugas), justeru individu berkenaan tidak layak memberi hibah atau wasiat.

2. Baligh

Syarat ini juga penting dan tidak sah wasiat daripada kanak-kanak walaupun telah mumaiyiz kerana ia tidak layak untuk berhibah atau memberi wasiat.

3. Pilihan

Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang yang dipaksa kerana ia bermakna menyerahkan hak milik, maka perlu melalui keredaan dan pilihan si pemiliknya.

Foto: Afyan

4. Merdeka

Tidak sah daripada seorang hamba, sama ada hamba tulen (yang tidak akan dibebaskan), mudabbar (yang dibebaskan selepas kematian tuannya) atau mukatib yang dibebaskan dengan melunaskan bayaran tertentu kepada tuannya kerana hamba bukan pemilik.

Selain itu, hukum syarak mengaitkan wasiat dengan pusaka dan perwarisan sedangkan hamba tidak boleh mewariskan hartanya. Dengan itu hamba tidak boleh terbabit dalam soal wasiat.

Harta yang diwasiatkan juga tertakluk kepada beberapa syarat bagi menjadikan ia sah. Ini kerana, wasiat tidak sah jika gagal memenuhi syarat berikut:

  •  Harta tersebut mestilah halal untuk dimanfaat. Wasiat harta yang diharamkan adalah alat muzik dan alat judi adalah tidak sah.
  • Harta tersebut mestilah boleh dipindah milik. Mewasiatkan hukum qisas dan hak syafaat adalah tidak sah kerana ia tidak boleh dipindah milik apabila pemiliknya tidak boleh untuk memindahkan hak miliknya.

Lafaz wasiat

Wasiat tersebut perlulah melalui lafaz sama ada dalam bentuk jelas atau kabur seperti berikut:

  • Saya mewasiatkan untuknya RM1,000 (contoh) atau serahkan RM1,000 kepadanya selepas kematian saya atau memberikan kepadanya selepas kematian saya.
  • Saya mewasiatkan harta itu menjadi haknya selepas kematian saya.

Lafaz wasiat yang jelas ini diterima sebagai suatu wasiat dan sah dilaksanakan menurut lafaz tersebut.

Oleh itu, sekiranya penerima wasiat meninggal dunia sebelum kematian pewasiat, maka wasiat tersebut terbatal dengan sendirinya kerana wasiat hanya berlaku selepas kematian pewasiat.

Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas kematian pewasiat, tetapi sebelum dia bersetuju menerimanya, maka ia masih sah dan warisnya akan mewakili untuk menerima atau menolak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Dec 2022

Pilih Sesuatu Ikut Keupayaan & Minat, Syamira Nazir Ingin Fokus Dalam Kerjaya

Pengacara Syamira Nazir yang mula mencari tapak dalam dunia seni menceburi sesuatu bidang mengikut keupayaan dan minat. Biarpun tidak muncul sebagai seorang pelakon di kaca televisyen, Syamira yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 memberitahu dia […]

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Ini Impian Arwah Masa Hidup”- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung. Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali allahyarham. Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggalan legasi perniagaan […]

Featured Wed, 8 Dec 2021
Featured Thu, 28 Oct 2021

Kerana Cinta, Puteri Jepun Lepaskan Takhta Gelaran Kahwini Rakyat Biasa

Kerabat diraja Jepun, Puteri Mako akhirnya berkahwin dengan kekasihnya sejak dari zaman remaja, Kei Komuro sekaligus melepaskan gelarannya. Kedua-duanya yang berumur 30 tahun memilih untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan tradisional diraja malah menolak wang 1.3 […]

Featured Wed, 24 Oct 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Buah Mangga Berupaya Upgrade Kecantikanmu!

Masker buah mangga berupaya mencerahkan kulit.

Featured Fri, 29 Jun 2018

Lagu Tema Filem Pulang ‘Layarlah Kembali’ Nyanyian Dayang Nurfaizah Runtun Emosi

Merdu dan mantap sungguh vokal Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu tema filem Pulang.

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Featured Sun, 24 Apr 2022
error: Content is protected !!